Assalamualaikum,
Kehadapan semua sahabat-sahabat bekas pelajar Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar.
Di sini ada berita yang baru diterima dan baru sahaja disahkan. Sahabat kita saudara Khairuddin bin Md. Zin dah nak bernikah. Berikut adalah alamat dan tarikh perkahwinan:
Pada : 28hb Januari 2007 (Ahad)
Alamat : 615, Kg. Baru Sg. Kroh, Kampar, Perak.
No. Tel: 013-6348670 @ 012-3132124
Oleh yang demikian, buat sahabat-sahabat dijemput untuk berkonvoi ke sana. Sila maklumkan kepada Fitri Roslan 012-5981257 untuk turut serta dan tindakan seterusnya.
Marilah bersama kita memeriahkan majlis ini.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, January 17, 2007
Kenduri kahwin Wak Din!
Thursday, January 11, 2007
Tengok Bola!
Assalamualaikum semua....
Apa khabar? Saya dah seminggu dah demam ni... Tak tahu la kenapa. Tapi dalam demam-demam pun pi gak Stadium Shah Alam semalam. Buat apa? Apa lagi, tengok bola la Perak lawan Selangor Liga Super 2007.
Pergh.... Power team Perak main....tapi first half je la... Semasa nak masuk entrance gate stadium tu, terserempak la ngan Riduan dan akhi Fakhrulrazi. Kenal lagi ker akhi Fakhrulrazi tu? Ala.... MPMI yang satu batch ngan Leh tu. Mmm.. tak sangka plak boleh terjumpa depaa kat situ. Pastu, pakat-pakat la tengok sama. Kami masuk lambat sikit.. Tak sempat nak tengok 3 gol awal.
Perlawanan mula pukul 8 malam. Tu pasal tak sempat tu... Balik kerja kul 6pm. Pastu nak solat maghrib lagi... Apa la FAM ni buat match mula awal... kalau lambat sikit ok gak.. ni mesti ramai yang dok ada kat stadium tu kantoi maghrib. Kena minta FAM tukar jadual perlawanan ni. Tak fikir kemaslahatan orang Islam betul la.
Kiranya Perak menang 4-2. Separuh masa kedua tak plak Perak score. Dah tinggal 9 orang player Selangor pun tak boleh score. Yela.. dah dua pemain Selangor kena kad merah. Ni la masalah team Perak yang cepat berpuashati dengan apa yang ada. Kiranya peluang semalam adala lebih 20 peluang depan gol. Kena palang n tiangnya jangan cakap la adala dekat 10 kali.
Kalau ikutkan semalam, Perak dah berpesta gol dah. Kieta Mandjou yang score hatrick tu pun dah banyak sangat peluang disia-siakan. Nak gol cantik la konon. Bayangkan 1 by 1 dengan goalkeeper je dah lebih 5 kali. First half je enjoy tengok, bila masuk second half gerakan Perak jadi slow. Macam tak nak main je.. Tiket dah bayar RM10. Tapi tak puashati sangat ngapa tak dikeluarkan Kieta tu lepas banyak kali sia-siakan peluang.
Buat kengkawan yang nak tengok bola kat sekitar Lembah Klang bila ada match Perak, boleh la call saya ek? 013-3243229. Boleh kita pi sekali.
Ok, jumpa lagi akan datang.