Tuesday, October 09, 2007

Jemputan Kahwin Lagi!

Assalamualaikum...

Bunga rampai ditacik-tacik,
Hati longlai bertambah asyik,
Bunga rampai harum baunya,
Kalau dah jodoh bertemu jua.

Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan ini iaitu bulan kita berlumba-lumba memperbanyakkan amalan, ada jugak sahabat kita yang nak kahwin lepas raya ni... Baguih la kahwin tu... tapi tak baguih tu asyik berdua-duaan je... Nasib baik dah nak kahwin.. Heheheee.. :)

Sapa plak yang nak kahwin ni??? Seperti yang telah dihebah dan diheboh-hebohkan di chatbox, InsyaAllah sahabat kita Shahril Mokhtar @ Sharut akan mengadakan majlis pernikahan beliau dengan bakal pasangannya Saudari Siti Nazirah pada:

Tarikh : 26hb Oktober 2007 (Jumaat)
Tempat : Al-Muttaqin, Taman Meru


Seterusnya majlis kenduri di rumah pengantin perempuan (Nazirah) akan diadakan pada :

Tarikh : 27hb Oktober 2007
Tempat : No. 524, Laluan Taman Meru 37, Taman Meru, Ipoh, Perak.

Dan InsyaAllah keesokan harinya plak majlis sambut menantu di rumah Sharut akan diadakan pada :

Tarikh : 28hb Oktober 2007
Tempat : No. 19, Persiaran Lahat Baru 4, Bandar Lahat Baru, Perak Darul Ridzuan.

Oleh yang demikian, saya yang diamanahkan oleh pihak pengantin lelaki dengan ini menjemput seluruh sahabat untuk bersama-sama menghadiri majlis tersebut bagi meraikan sahabat kita ni yang dah dok lama bercinta. InsyaAllah..kahwin jugak depa naaa???

Jadi apa tunggu lagi?? Masing-masing cuba try test check diary or planner annually. Mana la tau ada kesempatan boleh pergi... Jangan lupa bawa semua anak isteri. Kalau nak bawa bapa mertua pun boleh join sekali... Almaklumlah makan n minum free, tapi kena la bawa hadiah buat sisipan pasangan raja sehari. Bukan selalu nak adakan majlis kenduri ni.. Paling banyak pun 4 kali... Itu pun kalau poket penuh berisi dan banyak duit di peti besi.

Buat kengkawan yang nak sertai rombongan n pergi bersekali. InsyaAllah cuba le rajin-rajinkan diri call Encik Khairul Fitri.. Kiranya dia jadi ketua rombongan kita kali ni... Nak kumpul2 mana2 call la dia ni...

Tahniah buat Oat dan juga Lee! Moga berbahagia hingga ke akhir nanti. Buat akhirnya, SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI! Jumpa lagi...

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..