Friday, September 25, 2009

UNDANGAN PERKAHWINAN FARIATUL HUSNA BINTI AHMAD ALWI

salam.. seperti yg telah diberitahu sebelum ini dlm chatbox hijau, salah seorang sahabat kita iaitu FARIDATUL HUSNA BINTI AHMAD ALWI telah menjemput semua sahabat ke majlis perkahwinannya pada 27 SEPTEMBER 2009 di alamat NO. 719, LORONG 22, TAMAN RIA, 34700 SIMPANG,TAIPING,PERAK.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, September 15, 2009

FADILAT PUASA BAGI KESIHATAN..

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).

Para ilmuwan menganggap berpuasa sebagai fenomena yang penting dan semula jadi, di mana kehidupan yang sempurna dan kesihatan yang baik tidak dapat diperoleh tanpa berpuasa. Apabila seseorang atau bahkan seekor haiwan tidak berpuasa, maka ia akan terjangkit berbagai macam penyakit.

McFadon, seorang ahli kesihatan Amerika, menyatakan: "Setiap orang perlu berpuasa, kerana kalau tidak berpuasa maka ia akan sakit. Sebab racun makanan berkumpul dalam tubuh dan membuatnya seperti orang sakit, memberatkan tubuhnya, dan mengurangkan vitalitinya.

"Apabila ia berpuasa, maka berat badannya menurun, dan racun-racun terurai daripada tubuhnya dan keluar, sehingga tubuhnya menjadi bersih secara sempurna dan sel-sel kembali baik".

Menurut kajiannya, di antara manfaat kesihatan daripada berpuasa ialah:

*Merehatkan tubuh dan memperbaiki saraf.

*Menyerap zat-zat yang mengendap di usus. Pengendapan dalam jangka waktu yang lama mengakibatkan perubahan endapan itu menjadi kotoran yang beracun.

*Memperbaiki fungsi pencernaan dan penyerapan.

*Mengembalikan virtaliti organ pembuangan, dan memperbaiki fungsinya untuk membersihkan tubuh, yang mengakibatkan terkawalnya kestabilan dalam darah dan berbagai cairan dalam tubuh.

*Mengurai zat-zat yang berlebihan dan endapan di dalam jaringan yang sakit.

*Mengembalikan keremajaan dan vitaliti sel-sel serta berbagai jaringan dalam tubuh.

*Menguatkan indera dan meningkatkan IQ.

*Memperelok dan membersihkan kulit.

Alexis Carrel, pemenang hadiah nobel di bidang kedoktoran, dalam bukunya Man the Unknown menyatakan: "Banyaknya bahan makanan dapat melemahkan fungsi organ, dan itu merupakan faktor yang besar bagi berdiamnya jenis-jenis virus dalam tubuh.

"Fungsi tersebut adalah fungsi adaptasi terhadap bahan makanan yang sedikit. Gula pada jantung bergerak, dan bergerak pula lemak yang tersimpan dalam kulit.

"Semua organ tubuh mengeluarkan zat khususnya untuk mempertahankan keseimbangan dalaman dan kesihatan jantung. Berpuasa benar-benar memberikan dan pengganti jaringan tubuh kita".

Allah berfirman yang bermaksud: Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. (al-Baqarah: 185).

Sementara Prof. Nicko Lev dalam bukunya, Hungry for Healthy menyatakan: "Setiap orang mesti berpuasa dengan berpantang makan selama empat minggu setiap tahun, agar ia memperoleh kesihatan yang sempurna sepanjang hidupnya".

Seterusnya, menurut penelitian beliau, mukjizat penepatan waktu berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam, adalah dengan tidak berlebihan saat berbuka puasa. Penelitian ilmiah membuktikan bahawa jarak waktu yang tepat untuk berpuasa adalah antara 12 hingga 18 jam. Selepas itu, simpanan gula dalam tubuh mulai terurai.

Dreanik dan kawan-kawannya, pada tahun 1964, mencatat sejumlah penyakit komplikasi kritis akibat berpuasa lebih dari 31 hari.

Di sini nampak jelas mukjizat Nabi SAW dalam larangan berpuasa bersambung (tidak termasuk puasa sunat Syawal).

Di samping itu, penelitian ilmiah membuktikan kepentingan makan sahur dan berbuka adalah untuk membekalkan tubuh dengan zat asam lemak dan amino, tanpa kedua zat ini, lemak dalam tubuh kita akan terurai dalam jumlah besar, sehingga mengakibatkan sirosis pada hati, dan menimbulkan berbagai bahaya besar bagi tubuh.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Umatku akan tetap dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan makan sahur." (riwayat Ahmad)

Mengenai bersahur (makan sahur), Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bersahurlah kamu sekalian, kerana bersahur itu ada keberkatannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Waktu bersahur itu selepas pertengahan malam sampai menjelang terbit fajar (waktu Subuh).

Menyegerakan berbuka, iaitu setelah mengetahui waktu Maghrib. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka." (riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdoa sewaktu berbuka dan sepanjang melaksanakan puasa. Dari Abdullah bin Amr bin As r.a, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi orang yang sedang berpuasa, saat berbuka doanya tidak ditolak". (riwayat Ibnu Majah).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga doa yang tidak akan ditolak Allah, orang yang berpuasa sampai ia berbuka, imam (pemimpin) yang adil dan orang yang teraniaya". (riwayat Tirmizi).

Adapun doa saat berbuka yang bermaksud: "Telah hilang haus dan telah basah tenggorakan, dan telah tetap pahala insya-Allah". (riwayat Tirmizi).

PETIKAN DARI UTUSAN ONLINE..

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Sunday, August 23, 2009

Mari Beramal

Assalamualaikum... terlebih dahulu salam Ramadan buat semua... sebenarnya ada request dari salah seorang warga idrisiah yang kita amat kenali, yelah dalam bulan puasa nie lah peluang besar buat kita untuk beramal jariah... selepas terawikh malam pertama aritu... aku bersama kirud bertemu dengan akhie salim... dan beliau ada kata idrisiah nak buat more lepas terawikh... jadi dia ada minta laa jasa baik dari batch kita untuk menyumbang seringgit dua... dia ada contact dengan batch2 akhie, dan ukhtie kita, mereka dah pun mula menyumbang... sesiapa yang berhajat bolehlaa sumbangkan dengan masukkan sumbangan dalam akaun sakinah sakor (akaun alumni kita) atau berjumpa terus dengan beliau di idrisiah... kalau dapat kumpul RM 1000 memang cantik sangat lahh... akhirul kalam selamat menyambut Ramadan... moga berjumpa lagi. - Sa'e

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, July 27, 2009

Lama Tak Jumpa!

Assalamualaikum,

Lama tak jumpa terasa sungguh rindu.... Cewah, macam mat jiwang plak.
Apa khabar sahabat semua? Lama dah teman tak berbicara kat sini... Kiranya sudah hampir 4 purnama agaknya.

Alhamdulillah, di kesempatan ini teman nak bercerita la serba sedikit mengenai perancangan Alumni kita. Buat masa ini, teman idok le jugak dengor apa2 perkembangan n perancangan bahkan tindakan daripada mana2 pihak sahabat2 kita yg merancang, merangka mahupun menyibuk berkenaan tentang perkara ALUMNI ini. Dulu ada jugak le teman dengar n risik2 kengkawan kita kat KL tu nak organize kat KL.... Apa cerita??? Jadi ke idok?

Jawantankuasa kita dah lantik... mintak tolong la laksanakan tanggungjawab... Jangan biar Alumni kita ni jadi hidup segan, mati tak mahu.... Bior le hangat2 tahi ayam, tapi ada jugak tahinya.... ini Alumni kita ni bukan nak katakan tahi.. baunya pun idok mandang...

Sa'e dah nikah n bakal ada cahaya mata... Teman udah ada anak sepasang lelaki n perempuan.. Kirud idok nikah2 lagi.... Fitri, InsyaAllah akan bernikah end of th year.... Baim dah ada anak 2 mungkin nak masuk 3 kot.... Heheheeee...

Sapa lagi??? Endera, Hisham n Mizi idok teman dengor apa2 cerita depa.... Ada sesapa boleh respond?

InsyaAllah le hari raya tahun ni kita cuba organize ALUMNI ek? Kita try cuba test tengok le sesapa yg berkelapangan.... Ada tu, cuma nak ada effort lebih sikit je....

Untuk pengetahuan sahabat2 semua, teman dah pindah ke Ipoh... Jadi bolehla kita selalu2 jumpa... buat small gathering ke.... sapa ada suggestion??? Hari tu umah Ina... akan dtg apa kata kita gather kat umah Ipin plak.... Umah teman nanti2 le... tengah proses mengecat ni...

Okla, jumpa lagi.... Apa2 hal call le ye???

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, April 16, 2009

PENGANTIN2 BARU...

SAHLAH & SUAMI
(7 MAC 2009)

MUHAMAD FAISAL & AZLINA
(27 & 28 DEC 2008)

AZILAWATI & SUAMI
(13 DEC 2008)

NUURUL HILLMI & SUAMI
(6 DEC 2008)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, March 17, 2009

KONTROVERSI !!!

Naik bas mini ke Kuala Sepetang,
Mencari jodoh peneman hati,
Bertemu lagi tanpa diundang,
Buka cerita yang penuh kontroversi.

Assalamualaikum semua sahabatku sekalian. Tak kira yang berada dekat di depan mata ataupun yang jauh di hujung dunia. InsyaAllah kali ni kita akan berbincang mengenai komitmen sesama kita dalam menjayakan ALUMNI IDRISIAH 1998.

Rasanya belum terlambat teman nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat semua sahabat yang baru mendirikan rumahtangga. Diharapkan dengan pertambahan tanggungjawab sahabat semua terhadap rumahtangga tidaklah membataskan komitmen ataupun penyertaan dengan Alumni kita ni.

Berbalik kepada isu komitmen, kalau nak difikirkan. Dah ramai antara kita yang banyak tanggungjawabnya, peranannya, bidangkuasanya dan juga sibuk dengan kerja2 lain. Pendek kata, tak sempat la nak join program kita ni..... Toi tak?

Tapi kan.... pernah tak kita terfikir yang kalau kita tak mulakan Alumni ni dari sekarang.... alamatnya nak tunggu sampai tua.. n pencen.... idok le dapat kita teruskan ukhuwwah kita ni. Almarhum la jawabnya Alumni kita ni....

Teman rasa, baik kita buat sikit2. Dalam setahun sekali pun takpela..... Kalau nak buat selalu macam susah pulak nak jumpa2 kan..... Yang rasminya, kita buat setahun sekali reunion kita ni... Kalau ada kengkawan yang nak buat aktiviti selalu.. idok le diwajibkan semua turut serta. Mana yang ada kelapangan je la ye!!!!!

Atas dasar komitmen ni le teman rasa... bior le sahabat2 kita yang dok tinggal kat Perak ni yang organize Alumni tahun ni. Nak harap yang jauh nun.... idok le gamaknye nak tertanggung. Bior le kita buat, walaupun kurang sambutan asalkan ade je ke iye....!

Perkara komitmen ni tak dibayar dengan wang ringgit ataupun takde elaun yang dijanjikan. Cuma kalau mana kengkawan yang berkesempatan menyertai Alumni ini... mungkin akan ada rasa seronok mengimbau sejarah hidup membesar bersama di zaman sekolah. Kenangan orentasi bersama, mandi paip bomba, mandi sungai Perak bila sekolah takde air, makan kat dewan makan berebut2 dan macam2 lagi le... Bukan senang kita nak gather semua sekali dari form 1 sampai form 5. Tapi, mungkin inilah saja cara yang dapat kita mengekalkan lagi ukhuwwah sesama kita.

Memang ramai yang mengeluh. Katanya bukan dapat apa pun.... Bebuang duit n masa je join benda2 macam ni... Mungkin ada yang berfikir macam ni... Tapi, kalau ada yang masih tegar dengan sikap ada pun takpe, takde pun takpe.... Memang teman idak le dapat nolongnyeee...

Ruang dan peluang ni kenalah kita bersama manfaatkan dan jangan mengharapkan sesuatu yang belum tentu natijahnya. Apa yang penting...... kerjasama..... Wonderpet.... wonderpet.... kami datang.... Apa yang penting, kerjasama. :)

Okey, sesamalah kita fikirkan. Bertemu lagi....

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, March 06, 2009

UNDANGAN PERKAHWINAN SAHLAH




salam... dijemput sume kengkawan menghadiri majlis perkahwinan SAHLAH BINTI ZAKI bersama dgn pasangannya pada hari Sabtu bersamaan dgn 7 MAC 2009 bertempat di BS 12, KPG BUKIT SEMANGGOL, 34400 SIMPANG 4 SEMANGGOL, PERAK.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..