Tuesday, December 05, 2006

Jejak Sahabat Lama!

Assalamualaikum...

Kali ni jawatankuasa telah menjejak beberapa org sahabat lama kita yang dah lama kita tak jumpa...

Sahabat-sahabat ingat lagi tak Mohd Ridzuan Mhd Zulkapli???? Elleh.. yang azan suara sedap masa form 1 tu... Selalu sakit perut tu.. Haaaa... dah ingat dah?

Kami ada la pergi menziarahi ke rumah dia ni. Sekarang ni dia dah kahwin dah.. Dengan student Uniten. Dah ada anak 1 and half.... heeheehee... satu lagi on the way.. dah sarat pun..

Sekarang ni dia bertugas di Uniten sebagai Pegawai Agama. Imam Masjid Uniten la tu....

Ni ada la serba sedikit gambar kenangan penulis dengan sahabat lama kita ni... Sesiapa nak hubungi Ustaz Ridzuan ni... boleh la call 012-2358451.




Untuk pengetahuan sahabat semua, majalah Alumni ni terpaksa ditangguhkan penerbitan nya kerana ramai pihak-pihak tidak memberikan gambar kepada jawatankuasa.... Kepada sesiapa yang nak maklumat tentang dirinya tercatat kat majalah ni... bolehlah menghantarkan maklumat diri dan gambar diri berserta pasangan kepada idrisiah98@yahoo.com atau pos kepada Saudari Sakinah Sakor di alamat Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, 33000, Kuala Kangsar Perak..

Paling senang scan gambar dan sertakan maklumat peribadi ... pastu send kat email rasmi.
Bayaran sebanyak RM15.


Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, November 30, 2006

Jemputan Majlis Perkahwinan Ashraf Rezal.

Assalamualaikum....

Selamat Pengantin Baru!
Kahwin... kahwin... kahwin...! Ramai dah kengkawan kita ni dah kahwin... Dari yang perempuannya sehinggalah yang lelakinya.. Dari yang sekecil-kecil fizikal manusia.. hinggalah sebesar-besar manusia..

Kali ni ada jemputan dari Saudara Ashraf Rezal untuk semua sahabat yang ada kesempatan mencemar duli untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan beliau dengan pasangannya.

Butir-butir lanjut seperti berikut :


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Walimatul Urus

Haji Abdul Manan Bin Ahmad
&
Saodah Binti Omar

Dengan segala hormat dan penuh takzim mempersilakan,
Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
…………………………………………………………………………………………….
sekeluarga hadir ke majlis perkahwinan kedua-dua anak lelaki kami

Ashraf Rezal BinAbdul Manan
dengan
Noorasyikin Binti Sahat

DAN

Hafez Rezal BinAbdul Manan
dengan
Norfarida Binti Mohd Hadzir

Pada hari Ahad, 24 Disember 2006 bersamaan 3 Zulhijjah 1427
di kediaman kami yang beralamat:
No 101, E Perumahan Awam 3, Jalan Padang Tembak,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.

Berkat kehadiran dan doa restu Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik akan
menyerikan lagi majlis kami serta
mendapat keredhaanNya.
Terima Kasih

Turut Mengundang:
Seisi Keluarga
Tel: 012-5275044/012-5210157 / 013-3747184

Aturcara Majlis:
11 pg – 3 ptg - Jamuan Makan


Oleh itu, saya wakil dari pihak pengantin lelaki sekali lagi bermohon sembah menjunjung kasih kepada sekalian sahabat handai untuk memeriahkan serta menghuru-hara kan majlis ini bagi meraikan perkahwinan yang berkat ini.

Jangan pula datang tangan kosong je... kalau boleh bawalah buah tangan sebesar kotak televisyen, tak pun home theater sebijik dua... bukan apa pengantin baru ... baru nak mula melayarkan bahtera rumahtangga. Jangan lupa reramai datang meriahkan suasana. Sesiapa yang berminat nak berkonvoi dengan editor, silalah hubungi saya selepas pesanan penaja.

Ok semua, ada pelan ke rumah pengantin di bawah ni. Jadi, moh le ke rumah pengantin. pakat pi sama-sama ye???


Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, November 07, 2006

Koleksi gambar SALAM 98!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

I created a Slide Show! Check it out!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

LAPORAN SALAM 98


Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Program SALAM 98 yang telah lama kita cadangkan sebelum ini akhirnya telah berjaya diadakan di Sg. Perak Safari Resort, Kuala Kangsar, Perak.

Program ini telah dihadiri lebih kurang 50 orang bekas pelajar Madrasah Idrisiah batch SPM 1998.
Pelbagai aktiviti telah diisikan antaranya Mesyuarat Agung, sukaneka, makan malam di tepi Sg. Perak dan sesi ramah mesra bersama sahabat-sahabat lama... lepas je bergamabar.. semua pakat ramai-ramai berkonvoi ke rumah cikgu-cikgu di sekitar sekolah.

Best ooo...!!! Sapa tak pergi, kira rugi gak le.. coz nak dibuat program macam ni ntah bila lagi gamaknya....
Percaya atau tak???.... Haznor Aznee yang dulu tu kecil je.. tapi sekarang ni dah tinggi tau.. kiranye kalah la Endera ngan Munir yang tak datang tu....

Rasanya program ini mendapat sambutan yang baik daripada sahabat-sahabat sebaya... Tapi, kalau ada ramai sahabat yang memang kita sedia maklum dapat menghuru-harakan suasana... mesti lagi gempak program SALAM kita ni... Toi tak Baim???

Ni ada nak citer sikit ni.... Dah ramai sahabat kita ni yang dah ada anak.... bersuami... beristeri... kiranya ada family sendiri laa... Alhamdulillah, saya je belum sampai seru nak dikahwinkan dan berkahwin.

Ramai juga sahabat kita ni yang dah mempunyai kerjaya yang membanggakan. Antaranya... pensyarah, ustazah, peguam, jurutera, pegawai IT, usahawan, pegawai bank dan surirumah sepenuh masa...

Pada Majlis Makan Malam bersama bekas Guru... Ramai cikgu-cikgu kita yang dah lama tak jumpa hadir. Bermula ngan mudir baru... Ustaz Kamaruddin (ajar khat dulu..), cikgu Hamdan (English), cikgu Rahman, cikgu Rahim (Prinsip Akaun), cikgu Sheikh (Sains), cikgu Yaakob (Sejarah), cikgu Zakaria, Ustaz Anwar, cikgu Nik Habibah (B.Melayu), cikgu Kamaruddin Wok (Maths), cikgu Nazri(Maths), ustazah Masyitah(P.Islam) dan siapa lagi ek??? Saya terlupa la pulak.... Ramai gak la malam tu.. Siap ada slide show buat kengkawan yang hadir... Terkena gak le info dalam tu.......

Ok... sesapa nak tengok gambar bebanyak... nanti saya bagi yang lain yek??
Jumpa lagi! Rajin-rajin la lawat blog kita ni. Meriahkan la chat kat sebelah ni...
Ilal liqa'. :)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, November 06, 2006

Kisah Mufti Perak menghadap Sultan Perak.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Ucapan Mufti Perak:-
HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam danorang Islam di negara ini.Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian, menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umatIslampada ketika ini.

Bencana umat Islam Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah.
Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskanPerkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every personhasthe right to profess and practice his religion).Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu KetuaHakimNegara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur.

Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya. Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraanitu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada.

Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Kanada, Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini. Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk. Gerakan Kristian dan Hinduisme Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar.

Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur.Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapisaya dicabar oleh menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang.Ini mengikut jangkaan Persatuan India Muslim. Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.
Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu dipintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu dipintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbakistan dan China, walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaransalam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suciAl-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia.
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.
Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu,cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astoragunamajalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada HussinAb. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam. Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya. Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar.

Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan cajkuasarohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu.
Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia. Harap kepada siapa? Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim.

Allah S.W.T berfirman:"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaituyang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T. Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan.Kenapa di Acheh dan Bangladesh? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan. Demikian, sedikit ringkasan.
Wallahu a'lam.

fowarded by Azlina Izuddin

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, October 23, 2006

SELAMAT HARI RAYA PUASA!

Assalamualaikum,

Bulan Ramadhan di penghujung hari,
Mengintai kini Syawal nan suci,
Maaf bermaafan menginsafi diri,
Semoga ukhuwwah kekal abadi.

Berakhirnya terawih sayu di hati,
Entahkan sempat bertemunya lagi,
Selamat menyambut Aidilfitri,
Bersama hidupkan ziarah di Syawal ini.

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang diingati. Dah lama blog kita ni sunyi sepi tak dikunjungi. Kenapa ni??? Ada apa-apa yang tak memuaskan hati? Apa-apa beritahu dan tegur la apa-apa yang kurang kat blog ni...
Terlebih dulu nak mohon maaf andai sepanjang perkenalan ada terkasar bahasa terlanjur bicara, terlebih laser dan tersalah perilaku sengaja atau tak sengaja. Maafkanlah ya...
Bila teringat kenangan beraya, ramai insan-insan yang mula diingat bersama. Yelaa... dah 25 tahun hidup di dunia boleh tahan lamanya. Tapi yang paling dihormati pada sikap segelintir sahabat kita, mereka ni rajin sungguh menziarahi rumah sahabat-sahabat lama.
Kalau sahabat nak tau siapa mereka-meraka ni semua, endera, munir, gjie dan beberapa orang yang terlupa namanya. Bukan takde yang lain ziarahi kita, tapi mereka ni sanggup datang jauh-jauh dari KL buat beraya di rumah member-member yang ada. Baguih dok ada la depa semua ni yaa....
Dalam menyambut Aidilfitri, ramai sahabat kita yang sebelum ni beraya dengan family sendiri, tapi tahun ni lain sekali, yelaaa kan... kena beraya ngan family keluarga tiri..opss... keluarga belah suami ataupun isteri. Dulu confirm bayar zakat fitrah sendiri, tapi sekarang dah ada tanggungjawab yang perlu digalasi. Alhamdulillah, moga kekal bahagia suami isteri. Walaupun pelbagai dugaan dan pancaroba yang bakal dihadapi.
Yang bujang tak lupa juga, panjang langkahnya mencari insan yang boleh dicinta, hari raya ni la nak cucuk jarum bolot peluang yang ada, menziarahi rumah bakal jadi mertua. Nak datang hari biasa.. alamak kantoi la pula... malu kat mak bapak orang di sana.
Bercerita kisah rancangan kita nak buat program SALAM 94-98. Sahabat-sahabat semua jangan pulak buat-buat lupa dan hilang ingatan, semua AJK dah sibuk buat persiapan, takdela gempak sangat samapai masuk TV9, cuma ala kadar tapi mungkin akan bawa seribu kenangan.
Sahabat-sahabat jangan plak lupa, cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita ada dijemput bersama, antaranya cikgu adib, ustazah aminah, cikgu nazri dan mungkin akhi salim pun ada. Jangan lupa ye, kita jumpa di sana.!!!! :) SELAMAT HARI RAYA!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, October 03, 2006

Tahukah anda Sejarah Terawih?

Sejarah Terawih

Assalamualaikum,
Kali ini ada serba sedikit ilmu yang dikirimkan oleh saudara dan sahabat kita Nur Hafizuddin dari Syria. Kiranya rajin jugak pipud ni send and lawat blog ni... Yang lain tak rasa tercabar ke??? Yang dok jauh2 pun boleh send nukilan... inikan kita yang dekat.. tak terasa tak tahu laaa.. :(
Okey, ini tazkirah dan ilmu yang nak dikongsi oleh Pipud bersama....
MENURUT buku Ensiklopedia Malaysiana, terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas, mengambil udara baru dan seumpamanya. Dalam erti kata yang khusus, terawih ialah ibadat sembahyang pada bulan Ramadan. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Aishah bahawa Nabi Muhammad s.a.w.melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat.
Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai sembahyang fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad s.a.w.melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.
Saidina Umar bin Al-Khatab ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih berjemaah. Sewaktu beliau menjadi khalifah, solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.Kebiasaannya Saidina Umar bersolat terawih selepas solat Isyak pada setiap malam bulan Ramadan. Pada zaman ini di kebanyakan negara umat Islam menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid selepas solat Isyak.
Pengikut Mazhab Maliki bersolat terawih sebanyak 36rakaat pada setiap malam Ramadan dan jumlah bagi seluruh bulan Ramadan ialah 1,080 rakaat. Mazhab Syiah pula menggalakkan dilakukan 1,000 rakaat terawih dalam tempoh sebulan Ramadan. Di Masjid Al-Haram Mekah, sembahyang terawih dilakukanoleh jemaah yang besar.
Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali terawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan. Solat terawih termasuk solat tahajjud atau shalatullail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran. Solat terawih dikategorikan sebagai sunat muakkad yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara sendirian atau berjemaah.
Menurut Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat,walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Wujud kekhuatiran ada kemungkinan ia menimbulkan riakatau sifat malas individu yang menyimpang daripada tujuan utama untuk berkumpul dalam satu jemaah.
Barangkali orang yang berpegang pada alasan tersebut ingin berkata bahawa melakukan solat lebih baik daripada meninggalkannya kerana malas (bila sendirian)dan lebih baik daripada riak (solat berjemaah). Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikansolat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yanghanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat itu mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, September 25, 2006

RAMADHAN OH RAMADHAN!

Selamat Datang RAMADHAN!

Alhamdulillah, dapat jugak sampai kita bersama kali ini di Ramadhan yang ke sekian kalinya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu di Ramadhan kali ini. Mungkin juga ini Ramadhan yang terakhir bagi kita. Jadi bersama-samalah kita manfaatkan peluang di Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin agar tiada sebarang penyesalan di hari kemudian.

Di Ramadhan ini, adalah lebih kita perbanyakkan bacaan Al-Quran. Tingkatkan amalan-amalan sunat dan perkasakan lagi amalan fardhu. Jangan pulak nak kejar yang sunat, perkara fardhu diketepikan. Kalau boleh, di Ramadhan ini jangan pulak diperbanyakkan tidur. Cuba sibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah. Tolong-tolong masak ke, apa-apa jela yang datangkan manfaat.
Ingat! Dalam Ramadhan ni ada 3 peringkat. Peringkat pertamanya rahmat, kedua keampunan dan peringkat ketiga diselamatkan dari azab api neraka.
Jadi, sama-samalah kita menghidupkan Ramadhan ini menjadi 'Madrasah' bagi diri kita agar sampai ke terminal taqwa di sisi Allah Ta'ala. Amin!
KEHADIRAN Ramadhan yang kita lalui sekarang hendaklah disambut dan dipenuhi dengan amal soleh. Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu begitu saja tanpa dipenuhi dengan kegiatan atau amalan berfaedah yang mendapat keberkatan dan keredaan Allah.Kita perlu memanfaatkan kedatangan Ramadan sebaiknya dengan doa dan harapan amalan puasa dan ibadat lain diterima Allah. Suasana orang yang menyambut Ramadhan berbeza. Ada yang gembira dan tidak sabar mengalu-alukan ketibaan Ramadhan.
Ada juga tidak ceria dengan kedatangannya kerana tidak terasa keseronokan dan kenikmatan berpuasa. Malah golongan ini terasa terseksa hidup dalam sebulan ini. Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila datang hari pertama Ramadhan, maka bertiup angin al-Mutsiiratu dari Arasy dan menggerakkan daun-daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. "Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: ?Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadhan) sebagai isteri hamba-hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada Ramadhan dengan bidadari cantik."
Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian bulan Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.Kita harus bersyukur kerana dapat menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka. Semoga kita mendapat ketiga-tiga kelebihan itu. Bagi mereka yang ingin menjinakkan hati untuk merasakan keseronokan Ramadhan, perlu dibuat beberapa inovasi dalam pengisian dan menghayati bulan mulia ini.
Mungkin saranan amal Ramadhan di bawah ini lebih praktikal untuk keseronokan berpuasa dan menggamit kegembiraan.Kita perlu mencipta suasana ceria dan menyeronokkan pada Ramadhan agar jiwa tenang dan puas dengan amalan yang hanya sebulan ini. Badan dakwah dan kebajikan atau organisasi Islam di setiap daerah menyediakan kain rentang dengan ungkapan mengalu-alukan Ramadhan seperti "Ahlan Wa sahlan Ya Ramadan" dan "Ramadan Karim, samalah kita merebut piala Ramadhan."
Jika sudah terlepas awal Ramadan, kita masih sempat membuatnya untuk menyambut hari raya seperti "Raya Tanpa Maksiat." Mungkin di rumah kita boleh cipta suasana sebegini. Hantar ucapan atau sistem pesanan ringkas (SMS) "Selamat Berpuasa" kepada rakan. Latih anak-anak kecil lima tahun ke atas untuk mula berpuasa. Berikan ganjaran dan galakan kepada mereka. Galakkan iftar (buka puasa) secara berjemaah bersama ahli kariah dan rakan di surau atau bergilir-gilir di rumah ahli keluarga terdekat, jiran atau sahabat handai.
Dengan cara ini, kita juga dapat merapatkan silaturahim sesama umat. Galakkan menghantar juadah berbuka kepada jiran. Namun isteri atau kaum ibu jangan keterlaluan menyediakan juadah sehingga kepenatan. Ini akan menjejaskan tumpuan untuk melakukan ibadat seperti solat Tarawih. Jemput rakan beriftar di rumah, pejabat atau tempat biasa kita berkumpul atau bertemu. Bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga di rumah atau rakan sepejabat ketika waktu rehat.
Inilah peluang mendapatkan bekalan ruhiyah pada bulan mulia ini. Galakkan bertadarus bersama isteri dan anak. Tadabbur, telaah dan mengkaji isi kandungan al-Quran. Baca tafsir dan maknanya untuk meningkatkan ilmu dan iman. Al-Quran, pemberi panduan, pemisah antara hak dan batil, seterusnya membebaskan kita dan manusia daripada kesesatan. Rajinkan diri bersolat jemaah Tarawih di surau dan masjid. Inilah peluang untuk menambah amalan solat dan meramaikan kenalan baru..
Rajinlah berqiamullail di surau dan masjid. Kalau takut hendak buat seorang diri, ajak rakan dan ahli keluarga yang lain.Setiap hari ringankan tangan untuk menghulur sedekah wang, walaupun RM1 dan harta (infaq) seperti sumbangan untuk tabung Palestin, tanah wakaf, sekolah, anak yatim, fakir miskin, tabung iftar di surau dan masjid. Derma kepada orang yang memerlukan dan galakkan anak menjadi dermawan dan suka menyumbang. Iktikaf di masjid. Ini secara tidak langsung memberi peluang kita beruzlah dan fokus untuk mengenali diri dan menghampirkan diri kepada Pencipta kita, selepas setahun sibuk dengan dunia dan kehidupan.
Bersedia untuk "Kembara Ramadhan" pada 10 malam terakhir bersama kaum keluarga, rakan atau sekampung. Kembara Ramadhan adalah ekspedisi untuk mengejar harta karun malam seribu bulan, Lailatul Qadar yang hanya berlaku sehari dalam setahun. Semoga puasa kali ini lebih baik daripada pada tahun sebelumnya. Amin!

Sesiapa ada tazkirah nak bagi ke... send kat
idrisiah98@yahoo.com.

Salam Ramadhan.....
P/S: "Bila sebut Ramadhan... terkenang plak sahabat kita si Ramadan tu. Apalah khabar dan cerita dia ek???"

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, September 22, 2006

MEETING FINAL TOUCH SALAM 94-98

Assalamualaikum pembuka cerita,
Buat sahabat tersayang semua,
Sudah lama blog ni tak di'update' isinya,
Alhamdulillah... ada jugak kelapangan nak berbicara.

Apa khabar semua? Lama kan dah takde sesiapa yang menambah tokok isi kandungan blog kita ni.. Asyik-asyik saya juga nak kena menyemakkan serba sedikit butir mutiara kata yang tak seberapa.

Kengkawan semua pun yang ada idea dan ada masa nak berkongsi cerita atau apa-apa info, hantar jelah nukilan cerita ke, gambar ke, cerita peribadi ker, apa-apa jelaaa kat
idrisiah98@yahoo.com

Okey semua. Nak buat pengumuman ni!


PERHATIAN! KEPADA BEKAS PELAJAR IDRISIAH TAHUN 1994-1998 YANG BERMINAT UNTUK TURUT SERTA DALAM MAJLIS ALUMNI IDRISIAH "SAHABAT LAMA (SALAM 94-98)" ANDA SEMUA BOLEHLAH MENGHUBUNGI CIK SAKINAH SAKOR.
LAGI SATU NAK KASI INGAT! 7 HB OKTOBER 2006 HARI SABTU ADA MEETING KAT BILIK MESYUARAT DI MADRASAH IDRISIAH. NI LAST MEETING NI...
This last final touch akan dihadiri oleh ramai kengkawan yang komited. Jadi sesiapa yang rasa nak tahu setakat mana progress nya majlis kita ni boleh la datang meeting jam 9pagi.
HARAP MAKLUM!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Saturday, August 12, 2006

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum...
Apa kabo sahabat-sahabat sekalian..semoga semuanye sihat belaka..
Ni aku nak amik kesempatan nak jemput semuaa batch kita hadir ke majlis perkahwinan aku pada hari Ahad,3-9-2006..kat shah alam..Eh,aku nak kawin ke?Nak wat camne..dah jodoh..
Jadi aku harap korang semua sekeluarga dapatla datang kat kenduri aku ni..kepada siapa yang dah tau ni,aku wakilkan korang jemputla kawan2 kita yang lain..aku minta maaf banyak2 tak dapat nak pos kad kat korang..masa dah suntuk la..tak terkejar aku..banyak benda nak kena buat...
Akhir kata,jangan malu jangan segan..silalah datang ke kenduri kawin aku..korang bolehlah tengok attachment kad kawin aku..

alamat aku:No.34,Jalan Bawal 4,17/3D,
Seksyen 17,40200 Shah Alam.

Penting:Bawakla hadiah BESOR-BESOR yek..



Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, August 01, 2006

SALAM 94-98 (Sahabat Lama 1994-1998)

Assalamualaikum,
Apa khabar kawan-kawan semua. Maafkan kami semua yang menghadiri meeting hari tu... Lupa plak nak beritahu apa keputusan yang telah kita decide... Sibuk sangat la sekarang ni... Banyak kerja yang perlu dibereskan...
Nak tahu ker result meeting itu hari??? Untuk pengetahuan semua, InsyaAllah kita akan anjurkan majlis Seperti berikut:
Nama Program : SALAM 94-98
Tarikh & Masa : 3hb - 5hb November 2006 (check-in 5ptg)
Tempat : Sg. Perak Safari Resort, Kuala Kangsar, Perak.
Oleh demikian, sahabat-sahabat semua tunggu je surat jemputan kat rumah masing2. Kalau tak dapat jemputan, sila telefon Cik Sakinah Sakor.
Lagi satu nak ingatkan, jemputan tu kena reply kat Cik Sakinah Sakor berserta bayaran sebulan sebelum tarikh kejadian.
Harap-harap sahabat berikan kerjasama ramai-ramai kita hadir ke majlis yang julung kali kita adakan.
Tentatif program ada dalam surat jemputan....
Sekian dulu, harap maklum.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, July 11, 2006

Kembali terjalin...


Assalamualaikum,

Apa khabar semua?? Dah lama tak update blog ni.. rindu la nak dengar cerita kengkawan yang lain..
Endera Faizal, Ibrahim, Hafizuddin, Fakhrulzee, Meor Saiful dan semua2 yang rajin lawat blog ni.. Terima kasih la kepada semua. Selalu2 la ek enter this blog.

Ha.. Baim! Macamana preparation for ur wedding? Dah banyak yang dibeli?? Norul Aina plak macamana? Dah bersedia ker nak jadi seorang isteri yang solehah???

Heroq plak sorang lagi, tak pernah nak join kita dalam blog ni.. Endera kasi komen sikit pasal Heroq... Sibuk kot nak prepare macam2.

Anyway, mana2 kengkawan yang ada gambar kahwin yang nak ditunjukkan pada blog ni, bolehla send kat email
idrisiah98@yahoo.com.
Luqman yang dah kawin tu pun boleh send gambar kahwin kat sini.. Kurang2 ada gak input yang nak kita letak dalam blog ni... Sesapa saja la sahabat yang rasa ada bahan yang menarik boleh dikongsi bersama, send je la kat email ni.... harap sangat!

Yang muslimatnya plak, senyap sunyi je... Takde sorang pun yang respond this blog. Dah tak nak mengaku kawan ker?? Okeyla kita kasi cabar sama bekas pelajar puteri Idrisiah, sesiapa yang join this blog, nanti saya belanja dia makan..... Sapa cepat dia dapat!!!!

For all information, kita akan buat meeting ketiga kat Idrisiah pada 22/7/2006 bermula jam 10pagi. Harap maklum. Ni kira meeting last la... coz lepas ni surat jemputan akan kita mula kirimkan pada semua sahabat untuk Majlis Alumni 1994-1998 Madrasah Idrisiah.

Jadi kepada sesiapa yang nak datang dialu-alukan. Sebelum terlupa, buat sahabat2 yang dah berpindah alamat dan rasa nak turut serta, sila hantarkan alamat anda ke email
idrisiah98@yahoo.com. Yelaa.. takut nanti ada yang tak dapat surat jemputan, merajuk la pulak.

Ops! Lupa plak nak bagitahu. InsyaAllah, majlis ni akan kita laksanakan:

Tempat : Sg. Perak Safari Resort
Tarikh : 29hb - 31hb Disember 2006 (Jumaat - Ahad)
(check-in petang till malam)


Apa2 nanti akan kita maklumkan dalam surat jemputan tu. Kena reply tau? Kalau tak, nama takde dalam reservation utk bilik/dorm n makan minum.

Salam permisi... Jumpa lagi!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, June 16, 2006

Dalam kenangan...


Assalamualaikum,

Apa khabar??? Hahahaaaa... Di sini ada berita baru yang kami terima....
Nak tau??? Alahai!

Khabarnya sahabat kita si Ashraf Rezal anak pakcik Abdul Manan tu dah nak bernikah.. Betul ker Endera Faizal? Eh, tanya Endera pulak, mana dia tau. Ibrahim tahu? Fitri tahu tak? Abid, confirm tak tahu.. Hafizuddin tau? Iftitah, lagi la tak tau kan??

Haa..! Dia dikhabarkan la, akan bernikah hujung tahun ni. 23/24/25hb Dis 2006 kot. Entahlah!

Apa-apa pun kita sama-sama tunggu jemputan dia ke Majlis Perkahwinannya. Dah nak kahwin dah sahabat kita yang dulunya paling comel ni kan? Dah besar panjang dah...

Ops! Lupa pulak. Sebenarnya hajat di hati menulis ni nak cerita pasal gambar kat atas tu... Tau tak gambar siapa?? Kalau nak tahu, ni la gambar sebahagian muslimat-muslimat sahabat kita yang pergi melawat Istana Kenangan masa form 1. Gambar ni ihsan dari Fairuz. Bukan apa, nanti kata blog ni sibuk ngan jejaka-jejaka idaman Malaya je.. Takde pulak peluang buat mereka bekas pelajar puteri nak participate dalam cerita-cerita di Idrisiah.

Kalau tak salah saya la, dari kiri berdiri tu Puan Arbik, Cik Rahayu, ni pulak tak ingat laaa, pastu Puan Asiah dan Cik Hafidah.
Yang duduk kiri sekali...mmmm.. tak ingat laa.., pastu Cik Sakinah Mukti (dah jadi lecturer dah..), Cik Norain Shatun dan Puan Latifah.

Cewah! Dah ada yang titlenya berubah.. Almaklumlah, isteri orang. Jadi, perempuan-perempuan yang pernah belajar di Idrisiah.. diminta beri respon tentang gambar ni.. Kot ada yang jealous gambar dia takde kat sini.. boleh la hantar gambar lama dan kenangan masa kita muda-muda dulu..

Mana K.Kin, Rahayu, Fadzliah??? Aina mana?? Eda? Yong??? Komen la sikit...

Ok, ni nak ingatkan lagi.. Jangan plak lupa 24hb ni kumpul kat rumah Fitri, ada meeting and gathering for Majlis Reunion kita nanti.

Ingat ya? Apa-apa pertanyaan boleh la hubungi tuan rumah sendiri. Encik Khairul Fitri bin Roslan. Nak datang ramai-ramai pun takpe. Dia tak kisahnya. Makan minum akan dia sediakan katanya. Datang bawa diri dan cadangan yang bernas-bernas je.

Cukup sampai di sini, moga kita jumpa lagi di lain kali... Ilal liqa' :)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, June 12, 2006

Perutusan dari Mesir!

Assalamualaikum pembuka bicara,
buat semua sahabat yang setia,
Kali ni ada karya dari luar negara,
Juah dari Mesir sampai kat Malaysia.

Kehadapan sahabat2 ku yang diingati. Tujuan saya menulis ini adalah bertujuan untuk memberitahu kepada semua rakan2 di Malaysia dan di seantero dunia bahawasanya hari ini merupakan hari pecahnya rekod blog ni. Ada muslimat berkarya......

Hahahaaaa.....
Teruskan ...chaiyuk!!! chaiyuk!!! Tu pun dari Mesir... Apa perempuan2 di Malaysia ni sibuk sesangat ker???
Tapi karya dia tak berkaitan sangat ngan blog kita ni.
Bagi tak menghampakan.... Saya letak juga laa..
Lepas ni harap2 nya makin ramai sahabiah join ek??
ok.. inila orangnyaa.....

P/S: PAKAT-PAKAT SOKONG BRAZIL. JUARA WORLD CUP 2006
*****************************************

assalamualaikum...
kenal tak lagi ngan ana.. hafidah hassan.. masih belajar di universiti al azhar.. baru sahaja selesai imtihan.. doakan ana najah thn nie. tahniah dengan adanya blog idrisiah nie..
salam perjuangan.. email ana fidas_81@yahoo.com
no phone ana kat mesir..+2 010-3711013.
sampai kan salam buat semua.. doakan kejayaan ana yer.. wassalam

Tak ingin kujadi seorang dara,
Yang bangga dengan kecantikan dan wajah rupawan,
Yang kuimpikan muslimah sejati,
Seri wajahnya bukan karena solekan,
Cahaya paras rupa dari kesegaran wuduknya.

Tak ingin kujadi seorang wanita,
Yang bangga dengan suara yang merdu bak buluh perindu,
Menyanyi lagu mendendang irama,
Yang kuimpikan kelembutan suara,
Mengalun tajwid kitab suci, menghafal zikrullah,
Buat bekalan di hari penghisaban.

Tak ingin kujadi perempuan ,
Yang megah dengan hiasan gemerlapan,
Berbaju tetapi bertelanjang,
Yang kuimpikan muslimah sejati,
Menutup segala keindahan,
Demi menjaga maruah diri.

Tak ingin kujadi teman bermusim,
Yang menukarkan kasih sayang dengan kemewahan,
Yang kuinginkan teman sehidup semati,
Memberi kasih sayang setulus hati,
Bukan cinta dari mata bertuankan nafsu.

Tak ingin kujadi isteri yang bertakhta,
Yang mengharap redha suami bila kekayaan di depan mata,
Yang kuimpikan isteri solehah,
Menjadi sumbu cahaya suka duka perjalanan.

Tak ingin kujadi seorang mama,
Yang membiarkan anugerah Illahi tanpa didikan asuhan,
Yang kuimpikan menjadi seorang ibu,
Ibu mithali yang menjadi semangat juang putera- puteri.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, June 09, 2006

Nombor telefon kengkawan!!

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Kali ni saya rasa nak menghebahkan nombor telefon semua kawan2 kita. Ada sesiapa nak, boleh la ambil ye? Lagi satu, sesiapa yang takde nombor dia kat sini, bolehlah berbuat demikian dengan menghantar kat email idrisiah98@yahoo.com.
Kalau nak lagi senang, terus je taip kat post comment. Okey, ambil perhatian ek...
Muslimin
  • M.Faizal - 013-3243229
  • Ashraf Rezal - 013-3747184
  • Ibrahim Alang - 013-5305541
  • Faisal Ismail - 019-5289607
  • Luqman - 012-9830220
  • Endera Faizal - 016-6012026
  • Abid - 019-5923870 / 0175513654
  • Shahril Rahim - 012-6045363
  • Amir Sharifuddin - 012-5809858
  • Azmi - 012-2208719
  • Fakhrul Dahri - 012-3819951
  • Fitri - 017-5608406 /013-5939373
  • Fuad - 017-5190119
  • Helmi Bahrum 012-5727462
  • Aizuddin - 017-3103281
  • Akhiruddin - 012-3861569
  • Fakhruddin - 019-3051180
  • M.Khairuddin - 013-5143407
  • Termizi - 0193436568
  • Munir Irfan - 012-4363030
  • Nahar - 019-2533100
  • Shahril Mokhtar - 012-5654504
  • Khairul Hisham - 012-3581904
  • Afizal - 017-6999789
  • Faisal Arifin - 019-3342032
  • Iftitah - 0133014232
  • Mohd Adib-07-96083105
  • Zainal ariffin - 012-2411831
Muslimat:
  • Rabiatul Adawiyah - 012-5504689
  • Sakinah Mokti - 012-5694454
  • Fadzliah - 012-6527024
  • Fairus - 012-5780986
  • Zuraida - 013-6233960
  • Aina - 013-5300753
  • Zahanim-0132330769
  • Arbik Adawiyah-0193473921
  • Asiah-0122600210
  • Nur Rahayu(Ayu)-0165679048
  • Nor Azizah-0126245945
  • Noor Dina-016054574
  • Nor Zuraida-0136233690
  • Nuurul Hillmi-0126362419
  • Ruhul Husna-0126931746

Tu je setakat ni yang ada... yang lain semuanya tukar2...

Jadi sesiapa yang agak2 takde tu, mintak2 la post no kat sini ek? Senang nak contact.
Endera... kasi update sikit nombor2 phone kat sini.... Ibrahim, Titah, Luqman dan Fitri tokok tambah la mana2 nombor yang takde tu.
Jumpa lagi, Ilal liqa' :)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, June 08, 2006

3 Ibnu Khaldun

Assalamualaikum,

Kabare?? Okey kawan2, ni ada gambar kelas 3 Ibnu Khaldun pulak. Ramai saya tak ingat nama mereka. Kalau kawan2 yang ingat, bagitau la ye??


Nak jugak kenang2 dan ingat semula kenalan lama ni. makin hari makin tua kita. Ingatan tentang kisah lama pun dah semakin pudar. Kalau tak kita cuba memperingati semula.... Alamat terus hilang la kenangan itu.. Betul tak??

Mari sama2 kita cuba ingat nama mereka.....














Mula berdiri dari belakang : Nor Dina, alamak ni tak ingat la nama dia..., Asmahani (anak Pak Is), Hafizah Yahya, Wahidah, ni saya tak kenal(bagitau ye sapa yang kenal), lagi sorang saya tak tahu..????

Berdiri barisan kedua: Norhayati, Sakinah Sakor, Suriani, Iza Suzianie, lagi sorang saya tak ingat!!!, Faizatul Adawiyah, Nurul Helmi.

Duduk dari kiri: Azrin, Ibrahim Pakir, Isyazi, Shahril Mokhtar, Akhiruddin, Aznor Aznee, Cikgu Sheikh, Rosli Awang, Taufik, Adib, Shahrir, Zaidi, Asrul.

Itulah nama2 yang dapat saya ingat! Kalau kawan2 ingat dan tahu nama yang tak disebut tu... atau salah ke sebut nama dia... habaq mai naa???

Okey, mari sama2 bukak cerita pasal kenangan kita kat Idrisiah... Masa kecik2 laaa..Dah besar2 ni baru lagi... mana tau, yang mana kita lupa boleh sama2 diingatkan semula...

Kasi komen lagi ini gambar ek?
Jumpa lagi.. Ilal liqa':)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Wednesday, June 07, 2006

3 Ibnu Sina

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sibuk juga blog kita ni sejak dua menjak ni. Tapi si teruna je ker??? Mana si dara nya??? Takkan nak berkawan ngan si teruna je... Nama pun sekolah campur lelaki perempuan. Rasa2 nya ada jugak si dara yang tengok blog ni. Respon la sikit wahai anak2 dara di luar tu.... Jangan sampai si mak dara yang interframe udah!!!!
Okey, atas permintaan ramai... Moh kita menjenguk gambar kenangan kelas 3 Ibnu Sina pulak... Kelas ni cukup ramai hero2 nya berbanding heroin. Al-maklumlah, cikgu Adib guru kelasnya.
Moh kita tengok ek????

Kiri belakang sekali : Shahril Rahim (Apek sungguh), Meor Saiful, Meor Abid.
Depannya pulak: Amir Sharifuddin, Yusuf, Amrul Fahmi, Termizi, Razak, Saiful Adli, Khusyairi, M.Khairuddin, Helmi Bahrum, Munir Irfan.

Perempuan pulak : Pakai spek ni tak ingat la nama dia..(sapa ingat bagitau ye?), Norainshatun, lagi sorang saya tak ingat laa.. (habaq mai naa..), Latifah, Rahayu, Lailatul Akma, Arbik, Hafidah, Azilawati.

Duduk dari kiri : Hahahaaaa..... Tak payah kenal pun takpe!!! Elleh2!!!! Kurusnya diaaa... Endera Faizal yang pandai cover perut, Hairul Nizam, Azmi, Kamarul Arifin, Fakhrulzee, Cikgu Adib, Faisal Ismail, Effendi, Shahrul Nizam, Ilham.

Begitulah serba sedikit perkenalan kita dengan sahabat2 yang kita sendiri pun dah kenal.. cuma kurang ingatannya pada mereka. Apalagi, lepas ni rajin2 la berhubung. Jangan sampai kahwin pun tak ajak. Ada ke patut kahwin sendiri tak nak ajak kawan2 sekolah??? Tak patut!!! Tak patut!!! Apa ke hal nya tak dijemput kawan sama2 bermain takraw dan karom tu... Memang laaa!!!

Okey, Kawan2 apalagi..... Jalankan tanggungjawab anda... Bagi komen... Kutuk laaa habis-habisan... Mana la srikandi2 Idrisiah ni..??? Komen ye??
Ilal liqa'.. Jumpa lagi! :)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, June 05, 2006

ketika suatu waktu

mmm...

cmane la nk stat nie...

... mula2 masuk skool kena amik exam

... then...

bile udah masuk skool.. kena lak hafal mathurat... igt lagi masa mula2 kumpul dlm dewan besar / musolla.... klu tgk blik pixx tue... sume npk innocent... alim ulama sume...

hehehe... kemudian diperkenalkan pada batch yg aku dok rasa gempaq gak la... akhie fatih, akhie firdaus rizal n da geng... satu permulaan yg baik.. yg indah, yg horor, yg lawaks...

sume npk serba 'indah...' 40 hari tue x leh jmpe mak bapak, putus trs sume hubungan...

ada yang nangis, ad ayg kontrol ayu, ada yg kontrol macho... x kurang ada yg suke n gbira...

mathurat, sajada, yassin, insaan... sume kna hafal time 40 hari...

tu la kan... hnye dek krena didikan guru2 n akhie2 yg x la sehebat mana bg sesetengah org.... tp cukup hebat bg aku... smpai skrg, trasa sentimentak idrisiah di hati..

... bile tbyg, tatkala mengankat sekujur tubuh bernama MUSA, trasa semacam ada aura dan kekuatan utk trskn idup... bjuang utk idup n utk agama.... aku bangga.. lahir sbgai anak didik IDRISIAH...

ya akh wal ukht... byk lagi yg akn ku nukilkan...

ini hnya permulaan kenangan dari ku....

BILIK 4 - tempat bermula segalanya
BILIK 29 - tempat aku berakhir

IDRISIAH - segalanya pasti.... aku idup kini kerana jasamu

SIR CARLITO da JOGA BONITO

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Sunday, June 04, 2006

3 Ibnu Rushd.

Satu kenangan yang tak dapat dilupakan!
Alhamdulillah, susah nak cari gambar lama ni. Jumpa juga akhirnya. Kira2nya dah 10 tahun yang lalu gambar ini diambil. Lain benar dengan yang sekarang.

Kali ni saya nak cuba memperingatkan semula semua sahabat2 kita yang berada di Ting. 3.

Bermula ngan kelas 3 Ibnu Rushd.













Dari kiri barisan belakang: M.Faizal, Faisal Arifin, Zaki, Khairi, Sopian, Fitri, Fakhrul, Fuad, Khairul Hisham.

Kiri dua dari belakang: Ashraf, Afizal, Nor Amir, Khairuddin, Hafizuddin, Ibrahim, Fakhruddin, Luqman, Hasnul, Fadhlan.

Kiri tiga dari belakang: Sahlah, Nadzirah, Ainin Sumaiyyah, Asiah, Fairus, Sakinah.

Duduk dari kiri: Zuraida, Aina, Fadzliah, Iftitah, Ustzh. Masreah, Zahanim, Naemah, Rabiatul Adawiyah.

Semuanya 32 orang pelajar 1 orang guru kelas. Alhamdulillah, semua dah berjaya dengan pencapaian masing2. Sahabt2 komen dulu la... Nanti2 saya pulak komen. Kelas lain nanti di lain ketika. Ada gambarnya, tapi tatap dan tenung la gambar sahabat kita ni dulu. Biar sampai puas. Jgn pulak rasa rimas. Dah banyak yang melepas, ada dah jadi suami dan isteri yang ada class!!

Cuba teka mana saya?????


Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Daulat Tuanku!!



Assalamualaikum,

Kepada sahabat2 semua... Sorry bebanyak. Lupa pulak nak letak gambar. Endera! Jgn marah ye? Nanti kena jual.

Lagi satu... Sesiapa yang nak datang 24 Jun 2006 kat rumah Fitri boleh la datang ramai2. Bila lagi nak berziarah sambil jumpa kawan2 yang datang. En... Ajak la sesapa yang hang nak ajak.. Sangatlah dialu-alukan. Lagi ramai, lagi senang kerja kita.... Lagi program berjalan lancar. Sama2 kita tolong bantu untuk jayakan Perhimpunan ALUMNI 94-98.

Saya sukalah disini menjemput semua yang berminat untuk menyertai perhimpunan ini agar pakat berkerjasama, berganding bahu menyumbang keringat serta idea pengisian dalam majlis yang dijangkakan akan diadakan pada bulan Disember tahun ini. Tengoklah kalau boleh diadakan pada Hari Raya Puasa, kita akan cuba usahakan. Tapi kalau dah buat masa raya jgn pulak tak datang! Apa2 pun, nanti mai meeting kedua 24 Jun ni, kita sembang panjang2.

Selamat Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong!

Permisi dulu! Ilal liqa' :)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, June 02, 2006

Meeting ALUMNI 98!

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, meeting ALUMNI 98 pada 27 Mei 2006 di Bilik Mesyuarat Madrasah Idrisiah telah selamat diadakan. Untuk pengetahuan sahabat2, cuma 10 orang saje yang datang. Yang lain semua last minute cancel nak datang. Macam2 la alasannya.... Ada yang kata ada KDC (kursus dalam cuti) la... Kerja la.. Macam2 lagi la... Banyak sangat excuse!!! Maklumlah, ramai sahabat2 kita ni cikgu. Tapi takpe. Dengan yang sikit ni, insyaAllah bersemangat untuk mengumpul semua sahabat kita yang lain. Amin!
Dalam meeting tu, kita telah sepakat tubuhkan satu jawatankuasa penaja ALUMNI98. Tujuannya adalah untuk merancang bagi mengadakan PERJUMPAAN BESAR-BESARAN Batch 1994-1998. Dalam perbincangan tu, jumhur telah menetapkan satu organisasi penaja seperti berikut:
Pengerusi : Yang Berkobar-kobar M. Akhiruddin Timb. : Rahayu
S/U : kkin (Sakinah Sakor) Bendahari : Yang kurang jimat Faisal Ismail
Penajaan : Yang Besar Fitri & Yang sihat selalu Fakhruddin
Penerbitan : Yang Mulia Muhamad Faizal Abdul Wahab , seorang isteri solehah Rabiatul Adawiyah & Yang dikhuatiri Endera (bukan datang pun..)
Publisiti & Protokol : Fitri & Fairus
Jemputan : semua ajk
Jamuan & Penginapan : Jawatankuasa tertinggi
Meeting kedua insya Allah 24 jun 06 sabtu di Ipoh rumah Khairul Fitri.
Jadinya, 24 Jun nanti diharapkan lebih ramai lagi yang akan hadir turut sama menyumbang tenaga, idea dan pendapat dalam meeting ni ek?? Nama2 yang berkaitan diwajibkan datang. Jangan pulak nanti kata tak diberitahu ye??? Kalau tak tahu rumah Fitri kat mana, pergi je kat Masjid Jalan Dairy. Ada le orang yang nak menjemputnya.
Kalau sahabat nak tahu lebih lanjut, boleh la pi tanya kat Sakinah Sakor ye?? Database semua sahabat2 kita sedang di'update'kan. Sesiapa yang banyak tahu tentang alamat sahabat2 terbaru, minta send semua alamat2 kat email idrisiah98@yahoo.com.
Berikut adalah gambar2 yang telah diambil semasa meeting tu. Komen2 la ye?? Ma'as salamah.
Ilal liqa' :)
P/S : Kudin masuk wad kat Hospital Manjung. Accident katanya. Jari kaki kelingking dia retak. Semoga Kudin cepat sembuh.... Syafakallahu fika.. Amin!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

LAMBAIAN SHAM !!!

Assalamualaikum,
Ni sahabat kita sorang ni memang cukup suka benda2 macam ni... Betul tak Pipud? Kali ni Nur Hafizuddin pulak nak berkarya. Boleh tahan jugak madahnya. Cayalah Pipud!! Jangan lupa cakap Melayu Perghak kita udah yee??? Blajo rajin2! Kaut ilmu yang baik dari sana banyak2. Buat ditabur kepada anak bangsa kita nanti.
Baca ye sahabat2 semua.... (macam pertandingan puisi plak???) :)
***********************
Lambaian bermadah lenggokan balaghah
Lambaian hakikat bukan berhelah
Lambaian penuh hikmah
Lambaian diiringi rahmah
Lambaian diselubungi barakah
Lambaian menilai sa'adah (kebahagiaan)
Lambaian menuju ke Jannah
Lambaian buat mereka yang kenal faedah
Lambaian buat mereka yang bimbang salah
Lambaian menjauhi bencana padah yang mengundang tulah

Lambaian silaturrahim sesama ummah
Lambaian menyatukan insan berbalah, lupakan sengketa
sudah
Lambaian dari satu darah, satu fikrah
Lambaian usaha yang dikerah, tidak kenal penat lelah
Lambaian pejuang pantang kalah, tidak rela menyerah
Lambaian pahlawan membunuh pemusnah, inilah sumpah
Lambaian pendekar warisan Tok Ayah, warisan anak Tuah
Lambaian lautan darah merah, semangat yang tidak akan
patah
Lambaian terus melambai walau kehabisan anak panah
Lambaian jitu tidak bisa punah, tidak kenal pasrah

Lambaian mengesakan ALLAH
Lambaian menyeru kehidupan SUNNAH
Lambaian inilah yang menghidupkan ukhuwwah ummah
Lambaian inilah menyatukan arah
Lambaian JIWA AGAMA, BANGSA dan WATAN bermaruah

Lambaian melamar kerinduan sudah
Lambaian bertaut di hati, nostalgia silam tetap basah
Lambaian persahabatan tetap utuh walau usia terus
dimamah
Lambaian tegal kukuh tidak bisa ditarah
Lambaian kasih terus diasah hingga hari qiamah
Lambaian buat taulan, guru dan kerabat seukhuwwah
LAMBAIAN SHAM inilah JIWA IDRISIAH



Nukilan : Muhammad Nur Hafizuddin Bin Dzulkarnain
Pipud2000@yahoo.com
Ex-Idrisiah 94-98
Ex-DQ 99-02
Damsyik (Sham), Syria 200A3-????

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, June 01, 2006

Info kengkawan kite!!!

Assalamualaikum semua,



Anak pak Khalil di Kuala Lumpur,
Membuat perniagaan siang dan malam,

Endera,adakah dikau semakin subur?

Ataupun dirimu itu semakin 'mengancam'.....!!! (Jgn marah nanti kena jual..!)



Apa khabar semua...!!! Ni saya ada terima email dari Endera Faizal. Mungkin dengan info-info ni, ianya bermanfaat pada kita semua. Thanks En.... teruskan usaha istiqomah anda. Chaiyuk!!!
Sesiapa yang ada idea atau karya yang kena mengena ngan blog kita ni, pakat2 send la ye? idrisiah98@yahoo.com.


Lain kali hantar lagi ya En??? Cari la kawan2 kita sekitar Lembah Klang. Gracias.. Syukria.. Syukran. :)

********************
Endera nukilkan....

aku nak berkarya tp tak pandai .. jd aku nak buat list update pasal kengakawan yg aku tau la apekejadah yg diorang tgh buat sekarang nih...and the list goes like this....

1)
Endera Faizal Abdul Khalil
Pekerjaan : Multimedia Designer
Tinggal : Petaling Jaya
Status : Bujang & Masih belum ader awek..tp tgh ngorat..hahah
Nama Panggilan kt sekolah : End yg jujur
Lain-Lain info : Saper tgk filem Castello Endera yg design poster...skrg bukak bisness advertising sendiri bersama dengan gjie dan beberaper kawan yg lain...saper nak buat advertising ker printing ke aper2 jerla sila emailkan ke nuwave.enterprise@gmail.com .. support kengkawan beb sebab company nih pun baru bukak..ehhe

2)
Shamsul Azizi Samsudin
Pekerjaan : Masih belajar di UiTM Shah Alam Degree in Marketing..sebelum ni belajar kat UiTM Sarawak pastu UiTM Melaka
Tinggal : Shah Alam
Status : Sudah berpunya
Nama Panggilan kt sekolah : Gjie yg JAHAT
Lain-Lain info : Mamat nih mmg semakin pandai sekarang dlm bab marketing sebab tu Endera ngan gjie nih bersepakat membuka company sendiri bersama beberape kawan lain..jadi ader bisness nak bagi sila email kat nuwave.enterprise@gmail.com

3)
Ahmad Tarmizi
Pekerjaan : Tak pasti tp kat Pejabat Register Company kat The Mall KL tu ar...tp mantap gak ar jawatan die
Tinggal : Sekarang Shah Alam tp tak lama lagi pindah Sunway..dekat ngan ofis aku..yeay!
Status : Masih Mencari
Nama Panggilan kt sekolah : Mizi @ Yusry .. hahaha
Lain-Lain info : Mizi seorang yg sangat pandai selepas Endera Faizal...sebelum ni die belajar kat UiTM Kedah pastu sambung degree kat UiTM Shah Alam amik course retailing...akan sambung ke Master dlm waktu terdekat nanti...Badannya masih kurus tp semakin hensem...

4)
Munir Irfan Ramlee
Pekerjaan : Business baja dan tolong bisness bapak die..
Tinggal : Bagan Datoh
Status : Sudah dipunyai
Nama Panggilan kt sekolah : Munir / Irfan / Cipan
Lain-Lain info : kaya skrg mamat ni..nak beli baja call die..mmg puas hati sebab baja air..die kata bagus baja tuh..dah buat pertandingan memancing kat kg die sebanyak 2 kali dan mendapat pulangan yg menggalakkan..

5)
Ahmad Ilham Mat
Pekerjaan : Pegawai Bank AmBank kat KL
Tinggal : Pandan Indah .. rumah die ader kolam besar..best..selalu lepak situ..hehe
Status : Bertunang..tp senyap-senyap
Nama Panggilan kt sekolah : Arm / Mat
Lain-Lain info : baru beli kereta .. dah kaya gak .. selalu main futsal kat ampang .. eh saper sini suker men futsal? ... dah gemok sikit sebab hati dah senang ... Nak mintak tolong bank loan call ar die ...

6)
Khairul Hisham Yusoff
Pekerjaan : Penolong Kaunseling kat Pusat Dadah kat Karak dan part time student UPM
Tinggal : Karak, Pahang
Status : Mempunyai sesuatu
Nama Panggilan kt sekolah : Syam / Arjong
Lain-Lain info : Baru beli kerete gak .. semakin berkeyakinan dlm hidup dan sanggup menghadapi risiko utnuk maju kehadapan ... dah nak abis belajar dah .. amik course HR tak silap ...

7)
Shahril Mokhtar
Pekerjaan : Kerja Library kat Tg Malim..kalau tak silap arr..
Tinggal : Tanjung Malim
Status : Bertunang ngan Nazirah bdak idrisiah gak tp kelas lain la
Nama Panggilan kt sekolah : Sharot / Oat
Lain-Lain info : semakin macho skarang dan ada talent ar nak jadi bapak .. elok sgt ar kahwin pun ... sekarang pakai scooter sbb aritu RXZ die kene curik mase die belajar kat UiTM Shah Alam ... adik die mei skolah idrisiah pun dah tunang gak tahun ni khawin ... susah nak jumper die nih so tak dpt nak citer sgt

8)
Mohd. Amin Hamid
Pekerjaan : Tak tau ar jawatan tp dah kerja ar kat Shah Alam
Tinggal : Klang
Status : Mempunyakan olehnya
Nama Panggilan kt sekolah : Amin / Amin Pala Besor
Lain-Lain info : kKorang ingat lagik tak mamat nih .. dulu idrisiah sampai form 2 jer .. pastu smbg belajar kat bagan dato apentah nama sekolah die .. mempunyai kereta enjin turbo color oren yg teramat la bisingnye rase nak tampar .. badan dah gemok sikit dr dulu .. die org kampung munir irfan gak...kalau ingat ar..

9)
Mohd Zaidi Osman
Pekerjaan : Restaurant Itali Waiter kat TTDI, KL
Tinggal : TTDI
Status : Mingkin telah punya
Nama Panggilan kt sekolah : Zaidi / Osman Kering / Jocker
Lain-Lain info : ni pun sure korang dah luper .. aku jumpe die balik sebab die dapat no phone aku dari abg aku .. giler ilang muncul mamat nih .. die berenti idrisiah maser abis form 3 lepastuh sambung teknik penang ... dulu mase sekolah aku ingat lagik die nih scandal ngan kak wa ngan asiah kan? kan? kan kak wa kan? ahhaah...

10)
Ainin Sumaiyah
Pekerjaan : Jawatan tak tau tp kat ASTRO
Tinggal : tak silap arituh dei cakap kat sentul ker cheras
Status : berkhawin dan mempunyai 2 org anak
Nama Panggilan kt sekolah : Ainin
Lain-Lain info : banyak gak citer aku dengar pasal minah nih ... tp aku tetiber terjumper die mase anugerah era 2003 kat bukit jalil .. terkejut aku..da kurus dah...suami die pun aku jumpe gak..nama faizal tk silap..tp sporting..kat uptown pun aku jumpe sekali..tp aku mintak no tefon die ckp takder...citer hot pasal die sebelum nih adalah fitnah semata2..jgn percaya kawan2..eheheh..

tu je lar details yg aku boleh bgtau dan diharap anda semua sebarkan jugak info terkini pasal korang sumer yeee...

jazakallahukhairankasira




--
Endera Faizal Abdul Khalil

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Wednesday, May 31, 2006

Ingat lagi??? -Part 2-

Assalamualaikum,

Dah lama tak bercerita tentang kenangan di Idrisiah. Rasa terpanggil semula nak menukilakan cerita-cerita kenangan kita bersama.


Mari bersama kongsi ini cerita, sambungan kisah orentasi 40 hari bersama, banyak cerita suka dan duka, menyingkap kenangan di bumi tercinta. Mana lagi, Madrasah Idrisiah laaa....


Maka bermulalah sessi orentasi, mak ayah dah jauh pergi tinggalkan kita mencari ilmu nak mantapkan diri, macam-macam ilmu yang ada kat sini, tak caya tanya akhi2 dan ukhti, ilmu agama, sukan, akademik dan juga ilmu kendiri, ilmu basuh kain sendiri pun masuk dalam pakej sekali.


Makanan terhidang tersedialah sudah, setiap meja 8 orang jadi satu zumrah, makan menghadap rakan sezumrah, jangan gaduh2 memang nasi tak boleh nak tambah, sebab kena makan sama sikit bahagi nasi sama banyaklah, itu masing2 kena ambil endah, kalau ikut hati dan nafsu amarah, alamat tak dapat makan la kawan yang lambat tiba di meja zumrah.


Pelbagai jenis kejadian di dewan makan, dari yang makan penuh sopan, hinggalah makan mengalahkan perangai syaitan, bukan nak baca doa bila mula makan, siap ambil makanan lebih... kesian kat kawan. Berlinang airmata tak dapat makan, kena tunggu semua habis makan, baru la boleh cari mana2 lebihan bekalan. Lepas makan perut pun kekenyangan, patutnya syukur alhamdulillah terima kasih kat Tuhan, ni tidak...ada yang terus lari keluar bertempiaran, lupa kot yang dah kecapi nikmat Tuhan.


Itu cerita dah abih makan, ni nak cerita sebelum nak masuk dewan makan di hari ayam ditetapkan, bukan nak mengaibkan, tapi sekadar nak cungkil telatah dan kerenah sesama kita yang dah jadi kenangan. Kawan-kawan ingat! Dewan makan jadi matlamat, di hari selasa ayam masak merah jadi hidangan paling nikmat, berebut2 siapa dulu masuk dewan makan nak tempah ayam besar2 pelipat, masa ni la boleh tengok siapa baik macam malaikat, dan siapa sebaliknya nak lepas dendam kesumat. Yelah.... siap berlari pecah pintu bukan main ligat, Tuhan je tahu punya la hebat, siap jatuh2 luka-luka tak ingat, mmm.... ni la antara gelagat, bagi bebudak lelaki yang pastinya lebih hebat.


Bagi yang perempuan saya tak tahu, rasa-rasanya semuanya makan tersipu2 malu, yelaaa kan makan depan lelaki nak control ayu, walaupun hakikatnya perut tu lapar mendendangkan lagu. Dengar cerita ada yang siap bungkus makan tak nak makan kat situ, samada malu nak tunjuk perangai sebenar tu, atau memang ada 'excuse' yang tak dapat nak diberitahu.


Rasanya cukup sampai disini dulu, nak sembang panjang2 takut nak baca plak tak lalu, lain kali kita sambung cerita bukannya merapu, sekadar singkapan kenangan dan mungkin penambah ilmu.
Okeyla sahabat-sahabat saya mohon permisi, InsyaAllah ada masa kita 'continue' lagi, mohon maaf andai ada terguris atau terasa hati, bye-bye.. kita jumpa lagi. :)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Mari berkarya!!!

Marilah kita semua berkarya!!!!

Alhamdulillah, meriah jugak blog kita ni. Tapi akan lagi meriah jika kita sama2 berkarya atau send la apa-apa yang best kat email idrisiah98@yahoo.com.

Tengok macam sahabat kita ni. Ada jugak laa karya atau buah tangannya untuk tatapan kita semua. Apa tunggu lagi.. Send la ye??? Ni cerita hal diri beliau serba sedikit.

Nama diberi Faisal Ismail,
Orangnya ramah baik sekali,
Kalau nak ajar budak yang degil,
Boleh bertemu warden Aspura ni. (Jadi warden dah oooo.. ganti Akhi Salim!!)

************************

Assalamualaikum, bertemu lagi kita di arena ini, apa khabar semuanya, alhamdulilah ada juga ruang untuk kita berseloka setelah sekian lama terpisah, itulah ukhuwah yang terjalin setelah sekian lama, lima tahun di bawah satu bumbung, bertemankan tinja merpati bandar diraja hinggakan ada sahabat yang berubah mukanya, penangan dari merpati ini.
Kes takut keluar ke tandas tengah malam, kena rotan sebab tak hafal ma'thurat, (nasib baik tak kena sebab aku tak mengaku aku tak hafal wargh! kah! kah!) dipanggil senior mendendangkan lagu doraemon, berlumba ke kantin kerana sepotong roti canai, zumrah itik(kalau lauk sedap memang nasib tak baik laa)
kena simbah dengan sambal oleh jutawan fakir(abg ehem jgn marah) reformasi terpimpin dan sebagainya, cukup indah kalau dikenang-kenang.

aku kini di sini bersama kirud, sakinah dan rohayu, kembali ke gelanggang permainan kita yang lalu,
banyak sungguh perubahannya, jauh berbeza dari dulu,
datang laa jenguk kalau nak tahu,
yang kekal terus dikekalkan tidak berganti, antaranya mercedez benz dengan 44 tempat duduk, masih ada lagi, boleh sampai ke melaka nun, kuat lagi,

walaupun kekadang risau gak ada bunyi "krek krek ping" dekat gear box, seram.. eiii!
itu cerita benda tak hidup di sini,
Pak Lah... ada lagi!
cuma tak selincah dulu lipat melipat bermain takraw, sekarang lipat net je, sambil mulutnya terkumat kamit berzikir... sambil memuji pelajar yang malas lipat net lepas main.

sahabat-sahabat ku, jenguk laa idrisiah kejap pun jadi laa... percayalah... segala hidupan di dalamnya merindui kita,
akhirul kalam.... datang le ye :p

memento porke porke lafa vor miyamor
silverbug

Ni nama panggilan yang masih diingat!

SHAHRIL RAHIM- AH CHONG
MEOR ABID- ABID
AMIR SHARIFUDDIN- AMIR POT
AMRUL FAHMI- AMRUL
TERMIZI- MIZI
ABDUL RAZAK- AJAK
AHMAD KHUSHAIRY- KUCAI
KHAIRUDDIN- MAMAT
HELMI BAHROM- HELMI
MUNIR IRFAN- IFAN FANIERA
ENDERA FAIZAL-EN
HAIRUL NIZAM- HEIR ROCK
MOHD AZMI- AZMI MATA
KAMARUL ARIFIN- IPIN
FHAKURULZEE- ZEE, PAKUZEE, PAK PAK PAKUZEE
MUHAMAD FAISAL- SA'E
MOHD ILHAM-ILHAM
FAIZAL-FAIZAL WAHAB
AKHIRUDDIN-KIRUD
IBRAHIM-IBE
MOHD ADIB- AH DIB
FAKHRUDDIN- KIRUD

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, May 29, 2006

Selamat Pengantin Baru!!!

Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat teman seperjuangan semua,
Seorang sahabat dah berumahtangga.
Bilakah agaknya giliran saya???
Burung merpati dua sejoli,
Terbang diawan mencari hidangan,
Kalau diikut kata di hati,
Hendakku cari pasangan idaman.
Apa khabar semua??? Hah! Siapa nak jawab pantun saya ni?? Ada berani, silakan jawab.
Alhamdulillah! Pada tanggal 27/5/06 kami telah berjaya sampai ke rumah sahabat kami Wahidah. Dialah merupakan sahabat lama kita dan pengantin perempuan kali ini. Pada kenduri yang lalu NorDina telah selamat diijabkabulkan. Kali ini Wahidah dan pasangannya telah selamat diijabkabulkan di Gopeng, Perak.
Rasa2 ingat lagi tak sahabat kita ni??? Endera ingat ker?? Saya rasa, saya masih ingat lagi. Tak salah la kan dia ni dulu kelas 3 Ibnu Rushd. Rakan seperjuangannya kalau tak salah lah Hafizah Yahaya. Kalau salah tolong perbetulkan ek?? Dah kahwin dah dia. Endera Faizal bila lagi??? Jangan tunggu lama2. Nanti melepas plak burung yang dikejar.
Di maljlis perkahwinan ni, sempat jugalah kami ketemu sahabat lama Fazlin. Endera Faizal kenal tak?? Hahahaa!!! Endera je kena...! Sorry En.., jangan marah nanti kena jual! Fazlin kirim salam kepada semua kawan2 yang masih ingat kat dia. Masa jumpa tu, macam2 cerita diketengahkan. Rasa macam tak cukup je masa nak bersembang. Kami tiba kat rumah pengantin jam 1.30petang. Lambat nye.... Yelah!!! Kan ke kita ada gathering sebelum tu kat Idrisiah....
Okeylah kawan2, rasa takde apa nak diceritakan lagi. Semoga perkahwinan sahabat kita Wahidah ni berbahagia sehingga ke akhir hayat hendaknya. InsyaAllah!
Tentang Gathering Alumni 98, lain kali saya cerita ek??? Jumpa lagi! Ilal liqa' :)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..