Tuesday, November 20, 2007

Undangan Majlis Perkahwinan (Ikram & Fadzliah)

"Bersama kunyit kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai."

Assalamualaikum,
Perutusan dari Padang Rengas dengan rasa syukur dan berbesar hati mempersilakan sekalian sahabat hadir kediamannya kerana berhajat untuk merasmikan tambatan janji, izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati seperti berikut :

Fadzliah binti Mohammad Suffian
dengan pasangannya
Mohd Ikram bin Ahmad

Sabtu 24 November 2007 bersamaan 14 Zulkaedah 1428 Hijrah
bertempat di 7/8, Kampung Kroh Hulu, 33700 Padang Rengas, Perak Darul Ridzuan.

Semoga dengan kehadiran kalian akan menyerikan lagi majlis tersebut.

Jom la kita pakat pi ramai-ramai, mana tau boleh jumpa sahabat handai, kalau tak pun jumpa bakal teman bersantai, jangan plak kita putus sahabat bercerai berai. Apa hai!!!!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..