salam.. seperti yg telah diberitahu sebelum ini dlm chatbox hijau, salah seorang sahabat kita iaitu FARIDATUL HUSNA BINTI AHMAD ALWI telah menjemput semua sahabat ke majlis perkahwinannya pada 27 SEPTEMBER 2009 di alamat NO. 719, LORONG 22, TAMAN RIA, 34700 SIMPANG,TAIPING,PERAK.
Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..Friday, September 25, 2009
Tuesday, September 15, 2009
FADILAT PUASA BAGI KESIHATAN..
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).
Para ilmuwan menganggap berpuasa sebagai fenomena yang penting dan semula jadi, di mana kehidupan yang sempurna dan kesihatan yang baik tidak dapat diperoleh tanpa berpuasa. Apabila seseorang atau bahkan seekor haiwan tidak berpuasa, maka ia akan terjangkit berbagai macam penyakit.
McFadon, seorang ahli kesihatan Amerika, menyatakan: "Setiap orang perlu berpuasa, kerana kalau tidak berpuasa maka ia akan sakit. Sebab racun makanan berkumpul dalam tubuh dan membuatnya seperti orang sakit, memberatkan tubuhnya, dan mengurangkan vitalitinya.
"Apabila ia berpuasa, maka berat badannya menurun, dan racun-racun terurai daripada tubuhnya dan keluar, sehingga tubuhnya menjadi bersih secara sempurna dan sel-sel kembali baik".
Menurut kajiannya, di antara manfaat kesihatan daripada berpuasa ialah:
*Merehatkan tubuh dan memperbaiki saraf.
*Menyerap zat-zat yang mengendap di usus. Pengendapan dalam jangka waktu yang lama mengakibatkan perubahan endapan itu menjadi kotoran yang beracun.
*Memperbaiki fungsi pencernaan dan penyerapan.
*Mengembalikan virtaliti organ pembuangan, dan memperbaiki fungsinya untuk membersihkan tubuh, yang mengakibatkan terkawalnya kestabilan dalam darah dan berbagai cairan dalam tubuh.
*Mengurai zat-zat yang berlebihan dan endapan di dalam jaringan yang sakit.
*Mengembalikan keremajaan dan vitaliti sel-sel serta berbagai jaringan dalam tubuh.
*Menguatkan indera dan meningkatkan IQ.
*Memperelok dan membersihkan kulit.
Alexis Carrel, pemenang hadiah nobel di bidang kedoktoran, dalam bukunya Man the Unknown menyatakan: "Banyaknya bahan makanan dapat melemahkan fungsi organ, dan itu merupakan faktor yang besar bagi berdiamnya jenis-jenis virus dalam tubuh.
"Fungsi tersebut adalah fungsi adaptasi terhadap bahan makanan yang sedikit. Gula pada jantung bergerak, dan bergerak pula lemak yang tersimpan dalam kulit.
"Semua organ tubuh mengeluarkan zat khususnya untuk mempertahankan keseimbangan dalaman dan kesihatan jantung. Berpuasa benar-benar memberikan dan pengganti jaringan tubuh kita".
Allah berfirman yang bermaksud: Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. (al-Baqarah: 185).
Sementara Prof. Nicko Lev dalam bukunya, Hungry for Healthy menyatakan: "Setiap orang mesti berpuasa dengan berpantang makan selama empat minggu setiap tahun, agar ia memperoleh kesihatan yang sempurna sepanjang hidupnya".
Seterusnya, menurut penelitian beliau, mukjizat penepatan waktu berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam, adalah dengan tidak berlebihan saat berbuka puasa. Penelitian ilmiah membuktikan bahawa jarak waktu yang tepat untuk berpuasa adalah antara 12 hingga 18 jam. Selepas itu, simpanan gula dalam tubuh mulai terurai.
Dreanik dan kawan-kawannya, pada tahun 1964, mencatat sejumlah penyakit komplikasi kritis akibat berpuasa lebih dari 31 hari.
Di sini nampak jelas mukjizat Nabi SAW dalam larangan berpuasa bersambung (tidak termasuk puasa sunat Syawal).
Di samping itu, penelitian ilmiah membuktikan kepentingan makan sahur dan berbuka adalah untuk membekalkan tubuh dengan zat asam lemak dan amino, tanpa kedua zat ini, lemak dalam tubuh kita akan terurai dalam jumlah besar, sehingga mengakibatkan sirosis pada hati, dan menimbulkan berbagai bahaya besar bagi tubuh.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Umatku akan tetap dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan makan sahur." (riwayat Ahmad)
Mengenai bersahur (makan sahur), Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bersahurlah kamu sekalian, kerana bersahur itu ada keberkatannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Waktu bersahur itu selepas pertengahan malam sampai menjelang terbit fajar (waktu Subuh).
Menyegerakan berbuka, iaitu setelah mengetahui waktu Maghrib. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka." (riwayat Bukhari dan Muslim).
Berdoa sewaktu berbuka dan sepanjang melaksanakan puasa. Dari Abdullah bin Amr bin As r.a, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi orang yang sedang berpuasa, saat berbuka doanya tidak ditolak". (riwayat Ibnu Majah).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga doa yang tidak akan ditolak Allah, orang yang berpuasa sampai ia berbuka, imam (pemimpin) yang adil dan orang yang teraniaya". (riwayat Tirmizi).
Adapun doa saat berbuka yang bermaksud: "Telah hilang haus dan telah basah tenggorakan, dan telah tetap pahala insya-Allah". (riwayat Tirmizi).
PETIKAN DARI UTUSAN ONLINE..