Naik bas mini ke Kuala Sepetang,
Mencari jodoh peneman hati,
Bertemu lagi tanpa diundang,
Buka cerita yang penuh kontroversi.
Assalamualaikum semua sahabatku sekalian. Tak kira yang berada dekat di depan mata ataupun yang jauh di hujung dunia. InsyaAllah kali ni kita akan berbincang mengenai komitmen sesama kita dalam menjayakan ALUMNI IDRISIAH 1998.
Rasanya belum terlambat teman nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat semua sahabat yang baru mendirikan rumahtangga. Diharapkan dengan pertambahan tanggungjawab sahabat semua terhadap rumahtangga tidaklah membataskan komitmen ataupun penyertaan dengan Alumni kita ni.
Berbalik kepada isu komitmen, kalau nak difikirkan. Dah ramai antara kita yang banyak tanggungjawabnya, peranannya, bidangkuasanya dan juga sibuk dengan kerja2 lain. Pendek kata, tak sempat la nak join program kita ni..... Toi tak?
Tapi kan.... pernah tak kita terfikir yang kalau kita tak mulakan Alumni ni dari sekarang.... alamatnya nak tunggu sampai tua.. n pencen.... idok le dapat kita teruskan ukhuwwah kita ni. Almarhum la jawabnya Alumni kita ni....
Teman rasa, baik kita buat sikit2. Dalam setahun sekali pun takpela..... Kalau nak buat selalu macam susah pulak nak jumpa2 kan..... Yang rasminya, kita buat setahun sekali reunion kita ni... Kalau ada kengkawan yang nak buat aktiviti selalu.. idok le diwajibkan semua turut serta. Mana yang ada kelapangan je la ye!!!!!
Atas dasar komitmen ni le teman rasa... bior le sahabat2 kita yang dok tinggal kat Perak ni yang organize Alumni tahun ni. Nak harap yang jauh nun.... idok le gamaknye nak tertanggung. Bior le kita buat, walaupun kurang sambutan asalkan ade je ke iye....!
Perkara komitmen ni tak dibayar dengan wang ringgit ataupun takde elaun yang dijanjikan. Cuma kalau mana kengkawan yang berkesempatan menyertai Alumni ini... mungkin akan ada rasa seronok mengimbau sejarah hidup membesar bersama di zaman sekolah. Kenangan orentasi bersama, mandi paip bomba, mandi sungai Perak bila sekolah takde air, makan kat dewan makan berebut2 dan macam2 lagi le... Bukan senang kita nak gather semua sekali dari form 1 sampai form 5. Tapi, mungkin inilah saja cara yang dapat kita mengekalkan lagi ukhuwwah sesama kita.
Memang ramai yang mengeluh. Katanya bukan dapat apa pun.... Bebuang duit n masa je join benda2 macam ni... Mungkin ada yang berfikir macam ni... Tapi, kalau ada yang masih tegar dengan sikap ada pun takpe, takde pun takpe.... Memang teman idak le dapat nolongnyeee...
Ruang dan peluang ni kenalah kita bersama manfaatkan dan jangan mengharapkan sesuatu yang belum tentu natijahnya. Apa yang penting...... kerjasama..... Wonderpet.... wonderpet.... kami datang.... Apa yang penting, kerjasama. :)
Okey, sesamalah kita fikirkan. Bertemu lagi....
Tuesday, March 17, 2009
KONTROVERSI !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment