Monday, October 23, 2006

SELAMAT HARI RAYA PUASA!

Assalamualaikum,

Bulan Ramadhan di penghujung hari,
Mengintai kini Syawal nan suci,
Maaf bermaafan menginsafi diri,
Semoga ukhuwwah kekal abadi.

Berakhirnya terawih sayu di hati,
Entahkan sempat bertemunya lagi,
Selamat menyambut Aidilfitri,
Bersama hidupkan ziarah di Syawal ini.

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang diingati. Dah lama blog kita ni sunyi sepi tak dikunjungi. Kenapa ni??? Ada apa-apa yang tak memuaskan hati? Apa-apa beritahu dan tegur la apa-apa yang kurang kat blog ni...
Terlebih dulu nak mohon maaf andai sepanjang perkenalan ada terkasar bahasa terlanjur bicara, terlebih laser dan tersalah perilaku sengaja atau tak sengaja. Maafkanlah ya...
Bila teringat kenangan beraya, ramai insan-insan yang mula diingat bersama. Yelaa... dah 25 tahun hidup di dunia boleh tahan lamanya. Tapi yang paling dihormati pada sikap segelintir sahabat kita, mereka ni rajin sungguh menziarahi rumah sahabat-sahabat lama.
Kalau sahabat nak tau siapa mereka-meraka ni semua, endera, munir, gjie dan beberapa orang yang terlupa namanya. Bukan takde yang lain ziarahi kita, tapi mereka ni sanggup datang jauh-jauh dari KL buat beraya di rumah member-member yang ada. Baguih dok ada la depa semua ni yaa....
Dalam menyambut Aidilfitri, ramai sahabat kita yang sebelum ni beraya dengan family sendiri, tapi tahun ni lain sekali, yelaaa kan... kena beraya ngan family keluarga tiri..opss... keluarga belah suami ataupun isteri. Dulu confirm bayar zakat fitrah sendiri, tapi sekarang dah ada tanggungjawab yang perlu digalasi. Alhamdulillah, moga kekal bahagia suami isteri. Walaupun pelbagai dugaan dan pancaroba yang bakal dihadapi.
Yang bujang tak lupa juga, panjang langkahnya mencari insan yang boleh dicinta, hari raya ni la nak cucuk jarum bolot peluang yang ada, menziarahi rumah bakal jadi mertua. Nak datang hari biasa.. alamak kantoi la pula... malu kat mak bapak orang di sana.
Bercerita kisah rancangan kita nak buat program SALAM 94-98. Sahabat-sahabat semua jangan pulak buat-buat lupa dan hilang ingatan, semua AJK dah sibuk buat persiapan, takdela gempak sangat samapai masuk TV9, cuma ala kadar tapi mungkin akan bawa seribu kenangan.
Sahabat-sahabat jangan plak lupa, cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita ada dijemput bersama, antaranya cikgu adib, ustazah aminah, cikgu nazri dan mungkin akhi salim pun ada. Jangan lupa ye, kita jumpa di sana.!!!! :) SELAMAT HARI RAYA!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, October 03, 2006

Tahukah anda Sejarah Terawih?

Sejarah Terawih

Assalamualaikum,
Kali ini ada serba sedikit ilmu yang dikirimkan oleh saudara dan sahabat kita Nur Hafizuddin dari Syria. Kiranya rajin jugak pipud ni send and lawat blog ni... Yang lain tak rasa tercabar ke??? Yang dok jauh2 pun boleh send nukilan... inikan kita yang dekat.. tak terasa tak tahu laaa.. :(
Okey, ini tazkirah dan ilmu yang nak dikongsi oleh Pipud bersama....
MENURUT buku Ensiklopedia Malaysiana, terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas, mengambil udara baru dan seumpamanya. Dalam erti kata yang khusus, terawih ialah ibadat sembahyang pada bulan Ramadan. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Aishah bahawa Nabi Muhammad s.a.w.melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat.
Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai sembahyang fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad s.a.w.melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.
Saidina Umar bin Al-Khatab ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih berjemaah. Sewaktu beliau menjadi khalifah, solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.Kebiasaannya Saidina Umar bersolat terawih selepas solat Isyak pada setiap malam bulan Ramadan. Pada zaman ini di kebanyakan negara umat Islam menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid selepas solat Isyak.
Pengikut Mazhab Maliki bersolat terawih sebanyak 36rakaat pada setiap malam Ramadan dan jumlah bagi seluruh bulan Ramadan ialah 1,080 rakaat. Mazhab Syiah pula menggalakkan dilakukan 1,000 rakaat terawih dalam tempoh sebulan Ramadan. Di Masjid Al-Haram Mekah, sembahyang terawih dilakukanoleh jemaah yang besar.
Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali terawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan. Solat terawih termasuk solat tahajjud atau shalatullail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran. Solat terawih dikategorikan sebagai sunat muakkad yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara sendirian atau berjemaah.
Menurut Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat,walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Wujud kekhuatiran ada kemungkinan ia menimbulkan riakatau sifat malas individu yang menyimpang daripada tujuan utama untuk berkumpul dalam satu jemaah.
Barangkali orang yang berpegang pada alasan tersebut ingin berkata bahawa melakukan solat lebih baik daripada meninggalkannya kerana malas (bila sendirian)dan lebih baik daripada riak (solat berjemaah). Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikansolat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yanghanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat itu mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..