Assalamualaikum,
Bulan Ramadhan di penghujung hari,
Mengintai kini Syawal nan suci,
Maaf bermaafan menginsafi diri,
Semoga ukhuwwah kekal abadi.
Berakhirnya terawih sayu di hati,
Entahkan sempat bertemunya lagi,
Selamat menyambut Aidilfitri,
Bersama hidupkan ziarah di Syawal ini.
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang diingati. Dah lama blog kita ni sunyi sepi tak dikunjungi. Kenapa ni??? Ada apa-apa yang tak memuaskan hati? Apa-apa beritahu dan tegur la apa-apa yang kurang kat blog ni...
Terlebih dulu nak mohon maaf andai sepanjang perkenalan ada terkasar bahasa terlanjur bicara, terlebih laser dan tersalah perilaku sengaja atau tak sengaja. Maafkanlah ya...
Bila teringat kenangan beraya, ramai insan-insan yang mula diingat bersama. Yelaa... dah 25 tahun hidup di dunia boleh tahan lamanya. Tapi yang paling dihormati pada sikap segelintir sahabat kita, mereka ni rajin sungguh menziarahi rumah sahabat-sahabat lama.
Kalau sahabat nak tau siapa mereka-meraka ni semua, endera, munir, gjie dan beberapa orang yang terlupa namanya. Bukan takde yang lain ziarahi kita, tapi mereka ni sanggup datang jauh-jauh dari KL buat beraya di rumah member-member yang ada. Baguih dok ada la depa semua ni yaa....
Dalam menyambut Aidilfitri, ramai sahabat kita yang sebelum ni beraya dengan family sendiri, tapi tahun ni lain sekali, yelaaa kan... kena beraya ngan family keluarga tiri..opss... keluarga belah suami ataupun isteri. Dulu confirm bayar zakat fitrah sendiri, tapi sekarang dah ada tanggungjawab yang perlu digalasi. Alhamdulillah, moga kekal bahagia suami isteri. Walaupun pelbagai dugaan dan pancaroba yang bakal dihadapi.
Yang bujang tak lupa juga, panjang langkahnya mencari insan yang boleh dicinta, hari raya ni la nak cucuk jarum bolot peluang yang ada, menziarahi rumah bakal jadi mertua. Nak datang hari biasa.. alamak kantoi la pula... malu kat mak bapak orang di sana.
Bercerita kisah rancangan kita nak buat program SALAM 94-98. Sahabat-sahabat semua jangan pulak buat-buat lupa dan hilang ingatan, semua AJK dah sibuk buat persiapan, takdela gempak sangat samapai masuk TV9, cuma ala kadar tapi mungkin akan bawa seribu kenangan.
Sahabat-sahabat jangan plak lupa, cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita ada dijemput bersama, antaranya cikgu adib, ustazah aminah, cikgu nazri dan mungkin akhi salim pun ada. Jangan lupa ye, kita jumpa di sana.!!!! :) SELAMAT HARI RAYA!
No comments:
Post a Comment