Dato’ Seri / Dato’ / Tuan / Puan / Saudara/i ,
MAJLIS MAKAN MALAM BEKAS PELAJAR IDRISIAH
Semoga pihak tuan sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah subhanahu wa taala.
2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak Madrasah Idrisiah dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar Idrisiah berhasrat untuk mengumpulkan data semua bekas pelajar Madrasah Idrisiah. Oleh yang demikian, pihak kami telah mencadangkan untuk mengadakan program makan malam untuk mencapai tujuan yang tersebut.
3. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:
Tarikh : 1 September 2007
Tempat : Dataran Madrasah Idrisiah
Waktu : 8.00 – 10.30 malam.
Semua urusan maklumbalas dan keterangan lanjut, sila hubungi:
Alamat surat menyurat : Pengetua Madrasah Idrisiah,Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak .
No. telefon: 05-7761961 No. faksimili: 05-7768268
E-mail : mibckk@hotmail.com
Telefon bimbit : 013-5283143 / 012-5599181
Adalah didoakan semoga pihak Dato’ Seri / Dato’ / Tuan / Puan / Saudara/i dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya demi memastikan usaha-usaha ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Segala kerjasama tersebut adalah didahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathiraa.
Sekian.
Saya Yang Menjalankan Amanah,
(KHAIRUL ANWAR EL SYAZALLI MUSA)
Setiausaha,
Persatuan Bekas Pelajar Idrisiah.
Wednesday, August 29, 2007
Warkah Dari PBPI!
Monday, August 06, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)