Dato’ Seri / Dato’ / Tuan / Puan / Saudara/i ,
MAJLIS MAKAN MALAM BEKAS PELAJAR IDRISIAH
Semoga pihak tuan sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah subhanahu wa taala.
2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak Madrasah Idrisiah dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar Idrisiah berhasrat untuk mengumpulkan data semua bekas pelajar Madrasah Idrisiah. Oleh yang demikian, pihak kami telah mencadangkan untuk mengadakan program makan malam untuk mencapai tujuan yang tersebut.
3. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:
Tarikh : 1 September 2007
Tempat : Dataran Madrasah Idrisiah
Waktu : 8.00 – 10.30 malam.
Semua urusan maklumbalas dan keterangan lanjut, sila hubungi:
Alamat surat menyurat : Pengetua Madrasah Idrisiah,Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak .
No. telefon: 05-7761961 No. faksimili: 05-7768268
E-mail : mibckk@hotmail.com
Telefon bimbit : 013-5283143 / 012-5599181
Adalah didoakan semoga pihak Dato’ Seri / Dato’ / Tuan / Puan / Saudara/i dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya demi memastikan usaha-usaha ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Segala kerjasama tersebut adalah didahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathiraa.
Sekian.
Saya Yang Menjalankan Amanah,
(KHAIRUL ANWAR EL SYAZALLI MUSA)
Setiausaha,
Persatuan Bekas Pelajar Idrisiah.
Wednesday, August 29, 2007
Warkah Dari PBPI!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum... bertemu lagi kita di arena ini, salam merdeka dari SK Pos Poi... dah lama tak masuk blog nie... wow! ada gambar faizal Wahaaab dengan Farhah. Selamat Pengantin Baru, alhamdulillah kat sini dah ada internet. dapat lah aku berhubung dengan kalian semua. seperti yang kita telah sedia maklum, idrisiah nak buat dinner, datang laa, tak makan pun jengok2 laa jumpa ustaz2, ustazah2 serta cikgu2 kita. yang lebih penting sekali kita semua dapat berjumpa kat sana... menjawab kembali kata2 faizal, aku memang ada kat KL masa cuti sekolah yang seminggu aritu, aku lepak kat rumah sewa paen, tak teringat langsung pasal kau faizAl, minta maaf sangat. sedih gak... asal aku call je tak angkat... ops! sori pengantin baru laa katakan... (ke arah meramaikan umat Muhammad)demikian saja bingkisan dari SK pos Poi... rindu nak jumpa korang semua... datang laa idrisiah nanti ye.. Assalamualaikum
Post a Comment