Thursday, July 17, 2008

Suriani Yassin dan Anak

Khabar terkini Adi Rahman (17/7/2008)


Rawatan Adi masih diteruskan di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan. Suriani hanyalah seorang suri rumah, dan suaminya bekerja sendiri (kerja kampung), mereka tinggal di Kuala Terengganu (kampung). Suriani mengakui mereka tidak pandai untuk mendapatkan sokongan mana-mana pihak tertentu dan tidak tahu jalan-jalan yang boleh diambil untuk mendapatkan bantuan. Beliau telah mencuba memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan di dalam Hospital atas nasihat Doktor dan Jururawat.

Jabatan kebajikan hanya meluluskan RM250 sebagai kos tambang perjalanan beliau untuk mendapatkan rawatan sahaja. Berikutan itu, beliau amat memerlukan sumbangan dari semua yang sudi membantu untuk menanggung kos rawatan dan belanja sehari beliau sepanjang menemani Adi menjalani rawatan di HUSM. Tolonglah beliau kerana dia hanya mempunyai seorang adik lelaki manakala ibu dan ayahnya sudah lama tiada. Disamping bantuan keluarga yang Alhamdulillah walau tidak seberapa bantuan dari kalian amatlah berharga untuk beliau yang mempunyai 2 lagi anak yang sudah bersekolah.




Khabar terkini Adi Rahman (30/6/2008):


Adi telah selamat menerima mesin kemopod ehsan sumbangan MAKNA. Nani mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang sudi menghulurkan bantuan. Adi masih menjalani rawatan dan gambar di atas adalah gambar terkini Adi. Kepada yang sudi, teruslah menghulurkan bantuan agar dapat membantu Nani sekeluarga. Wassalam


Khabar terkini Adi Rahman (31/5/2008):

Adi yang baru saja dikesan mengidap leukemia berada di dalam keadaan yang setabil, cuma kendungan darah Adi selalu tidak stabil menyebabkan Adi selalu megalami pendarahan. Adi mmg memerlukan rawatan segera, iaitu membuat pembedahan untuk memasukkan mesin kemopod ke dalam jantungnya supaya rawatan kemoteraphy dapat dijalankan. Berikutan rawatan adalah segera dan kewangan agak meruncing (kos rawatan telah menjangkau RM800, kos mesin kemopod RM1000) Adi terpaksa juga menjalanai rawatan kemoteraphy iaitu melalui line tangan. Kemoteraphy melalui line tangan adalah agak berisiko tinggi terutamanya untuk kanak-kanak. Menurut nani, dapat mesin kemopod itu pun sudah memadai untuk dia, tak sanggup lihat anak yang menderita sakit dan terpaksa menderita menahan sakit rawatan lagi...

Kepada kawan-kawan, tak dapat bagi sumbangan RM sebar2kan la pada semua org, mudah2an ada yang bersimpati dan mampu menderma untuk Adi. Walau setakat RM1 pun, dengan sampainya pada 1000 org maklumat ini insyaALLAH RM1000 dah dapat....


Assalamualaikum

Sahabat kita Nani telah menghubungi saya (RA) memaklumkan yang anak bongsunya ingin mendapatkan rawatan leukemia di HUSM. Seperti yang dimaklumkan;

Mohd Adi Rahman B. Ramlee, 3 tahun memerlukan RM1000 untuk membeli alat kemotraphy bagi membolehkan rawatan terhadapnya dimulakan dengan segera. Pada petang 20/5/2008 Adi telah diambil air sum sum tulang, dan jadual pembedahan sepatutnya dilakukan pada Ahad (25/5/2008) setelah mesin tersebut terbeli. Nani memerlukan bantuan kewangan bagi menyegerakan rawatan Adi. Kepada kawan-kawan yang ingin memberikan bantuan peribadi bolehlah terus menyumbang ke akaun beliau;

SURIANI BINTI MOHD YASSIN
AKAUN BSN : 11100-29-00061969-2
0129484771




Gambar atas, Adi sebelum ambil air tulang belakang. Gambar bawah, esoknya selepas ambil air tulang belakang. Nani tinggal di Terengganu, suri rumah sepenuh masa, ibu kepada 3 orang anak, suami bekerja sendiri (kampung)...

Semoga ALLAH memberkati kita semua...




No comments: