Wednesday, July 23, 2008

lee selamat bersalin.. (21/07/08 - 1.20am)



TAHNIAH buat lee (ct nazirah) dan oat (sharil mokhtar).. lee selamat melahirkn anak perempuan pada 21 julai pada pukul 1.20 pagi.. ni pic anak dorg.. diberi melalui mms oleh lee n fizah.. fizah, 2 keping je aku bole ltk k.. xleh byk2.. heheee.. namanya FATIN HUMAIRA.. thanks pd hafizah yahya sbb bgtau name anak lee n oat ni..

And here is the rest of it.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

sehari di rumah eda..



Assalamualaikum kwn2.. hari ahad yang lps (20hb julai), beberapa org kwn2 kite telah pergi melawat eda yg baru abis pantang.. kwn2 yg dtg - kwa n family, peja n family, fairuz n adik dia, iza n family, ina n sae.. ni pic anak eda.. nama dia muhammad al-imran.. eda msk laksa, ayam msk merah dan mcm2 lg.. aku serta kn skali gambar kwn2 kite.. alamak sae, sori la ek.. pic ko xde lak.. heheee.. ;p

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, July 17, 2008

Suriani Yassin dan Anak

Khabar terkini Adi Rahman (17/7/2008)


Rawatan Adi masih diteruskan di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan. Suriani hanyalah seorang suri rumah, dan suaminya bekerja sendiri (kerja kampung), mereka tinggal di Kuala Terengganu (kampung). Suriani mengakui mereka tidak pandai untuk mendapatkan sokongan mana-mana pihak tertentu dan tidak tahu jalan-jalan yang boleh diambil untuk mendapatkan bantuan. Beliau telah mencuba memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan di dalam Hospital atas nasihat Doktor dan Jururawat.

Jabatan kebajikan hanya meluluskan RM250 sebagai kos tambang perjalanan beliau untuk mendapatkan rawatan sahaja. Berikutan itu, beliau amat memerlukan sumbangan dari semua yang sudi membantu untuk menanggung kos rawatan dan belanja sehari beliau sepanjang menemani Adi menjalani rawatan di HUSM. Tolonglah beliau kerana dia hanya mempunyai seorang adik lelaki manakala ibu dan ayahnya sudah lama tiada. Disamping bantuan keluarga yang Alhamdulillah walau tidak seberapa bantuan dari kalian amatlah berharga untuk beliau yang mempunyai 2 lagi anak yang sudah bersekolah.




Khabar terkini Adi Rahman (30/6/2008):


Adi telah selamat menerima mesin kemopod ehsan sumbangan MAKNA. Nani mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang sudi menghulurkan bantuan. Adi masih menjalani rawatan dan gambar di atas adalah gambar terkini Adi. Kepada yang sudi, teruslah menghulurkan bantuan agar dapat membantu Nani sekeluarga. Wassalam


Khabar terkini Adi Rahman (31/5/2008):

Adi yang baru saja dikesan mengidap leukemia berada di dalam keadaan yang setabil, cuma kendungan darah Adi selalu tidak stabil menyebabkan Adi selalu megalami pendarahan. Adi mmg memerlukan rawatan segera, iaitu membuat pembedahan untuk memasukkan mesin kemopod ke dalam jantungnya supaya rawatan kemoteraphy dapat dijalankan. Berikutan rawatan adalah segera dan kewangan agak meruncing (kos rawatan telah menjangkau RM800, kos mesin kemopod RM1000) Adi terpaksa juga menjalanai rawatan kemoteraphy iaitu melalui line tangan. Kemoteraphy melalui line tangan adalah agak berisiko tinggi terutamanya untuk kanak-kanak. Menurut nani, dapat mesin kemopod itu pun sudah memadai untuk dia, tak sanggup lihat anak yang menderita sakit dan terpaksa menderita menahan sakit rawatan lagi...

Kepada kawan-kawan, tak dapat bagi sumbangan RM sebar2kan la pada semua org, mudah2an ada yang bersimpati dan mampu menderma untuk Adi. Walau setakat RM1 pun, dengan sampainya pada 1000 org maklumat ini insyaALLAH RM1000 dah dapat....


Assalamualaikum

Sahabat kita Nani telah menghubungi saya (RA) memaklumkan yang anak bongsunya ingin mendapatkan rawatan leukemia di HUSM. Seperti yang dimaklumkan;

Mohd Adi Rahman B. Ramlee, 3 tahun memerlukan RM1000 untuk membeli alat kemotraphy bagi membolehkan rawatan terhadapnya dimulakan dengan segera. Pada petang 20/5/2008 Adi telah diambil air sum sum tulang, dan jadual pembedahan sepatutnya dilakukan pada Ahad (25/5/2008) setelah mesin tersebut terbeli. Nani memerlukan bantuan kewangan bagi menyegerakan rawatan Adi. Kepada kawan-kawan yang ingin memberikan bantuan peribadi bolehlah terus menyumbang ke akaun beliau;

SURIANI BINTI MOHD YASSIN
AKAUN BSN : 11100-29-00061969-2
0129484771




Gambar atas, Adi sebelum ambil air tulang belakang. Gambar bawah, esoknya selepas ambil air tulang belakang. Nani tinggal di Terengganu, suri rumah sepenuh masa, ibu kepada 3 orang anak, suami bekerja sendiri (kampung)...

Semoga ALLAH memberkati kita semua...




Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, July 11, 2008

CERMIN DIRI

  1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambing kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati.
  2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah kerana itu tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
  3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
  4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
  5. Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu ialah cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di suatu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
  6. Orang yang sudah hilang sifat marah itu dayus, cepat melahirkan sifat marah itu lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat munasabah inilah manusia normal.
  7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
  8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
  9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jgn putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNYA pula.
  10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan penghinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
And here is the rest of it.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..