Friday, October 10, 2008

PENGUMUMAM PENTING!

Assalamualaikum,

LIDAH PENGARANG MENGUCAPKAN, "SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI"

InsyaAllah kita akan buat gathering seperti berikut:-

Tarikh : 11hb Oktober 2008 (Sabtu)

Tempat : Rumah Ina

Waktu : 10 pagi

Diharap semua kengkawan dapat hadir bersama keluarga pada Sabtu ni....

Kalau rajin, bawa le serba sedikit juadah.. boleh kita sesama merasa kuih2 raya or masakan sahabat2 yang lain...

Okla.. tu je kot nak announce kat sini... Ni Ipin ada buat karangan Bahasa Malaysia ni tentang kenangan dia di Idrisiah. Sesama kita baca ye.....???


Pertama sekali ingin ku nyatakan disini bahawa Madrasah Idrisiah merupakan tempat aku menimba ilmu yang tidak akan ku lupakan. Banyak pengalaman manis / pahit yang aku timba kat sana. Antara kenangan manis yg aku dapat di Madrasah Idrisiah ialah KANTOI FLY beramai2 pergi Pekan Kuala Kangsar. Padahal jika aku fikir balik, bukan ada faedah pun kuar fly tu, lebih kepada nak seronok yg akhirnya membuatkan diriku n kawan2 lain dipukul oleh Arwah Ustaz Musa ketika itu ditapak kaki.. SAA.....KIT!!!

Terlupa plak nak cerita pengalaman pertama aku dirotan di Madrasah Idrisiah ialah disebabkan aku tak hafal Doa Ma’thurat oleh Akhi Herman (apa citer dia skang?).. Pastu aku kena rotan ngan Ustaz sapa ntah namanya (Ustaz yang selalu cakap loghat tu, naik vespa n selalu kata “apa dia apa dia”)… ((Nama dia Ustaz Kamal la Ipin a.k.a Red Bull...)) Dirotan nya aku sampai patah rotan tu… lepas tu dia risau n baginya aku bagi ubat sapu..sebab dirotan ialah aku dituduh bersubahat memanjat syiling asrama nak amik sarang burung layang (cdgnya nak buat sup la) n menyebabkan syiling tu pecah..HAHAHAH

Apa lagi yer…kenangan ku digossipkan ngan si “DIA”..hahahah! kelakar la, nak sebut nama tak payah la sebab aku rs ramai yg tahu n dia pun dah kawin n aku pun dah kawin… tapi memang lawak la.. ASRUL APEK mengenakan aku dengan menghantar surat kepada si DIA n mengatakan aku yg buat surat tu..syahdu aku mengenangnya, aku pun tak tahu apa yg ditulisnya..hahahaha! aku no hal, benda dah lepas..

Pasal ngan Ustazah Aminah plak, aku ni lemah bahasa arab..sampai skang aku lemah, huhuhu! Ruginya aku belajar 5 tahun tapi tak boleh nak menguasai Bahasa Arab.. Waktu exam, aku bawa karangan yg sudah siap ditaip (tajuknya HadikatulHaiwan).. Ntah macam mana Ustazah Aminah nampak aku pun tak tahu… dirampasnya kertas tu walaupun dah disorok bawah meja, dapatla aku kosong markah arab (huuuuh).. Selepas kejadian tu, aku belajar sesuatu “ jgn MENIRU walau perit macam mana pun”… Hasilnya PMR bahasa arab aku dapat “C”… hahahahah!

Selepas PMR aku pindah sekolah, tapi sekolah baru yg aku pergi tu tak sama macam Madrasah Idrisiah… Secara peribadinya MIBC lagi mencabar minda / fizikal ku.. Cthnya, pagi2 kena beratur nak pergi masjid ( penat ooo, ngantuk ) pastu kena hafal macam2 la, outing cukup payah kena tulis karangan bahasa arab yg dicopy berapa ribu kali ntah..hahah! Senangnya, aku kuar ngan Ilham setiap hari Sabtu ikut belakang sekolah ke K.K tgk wayang etc… tak kantoi pun..hahaha! Pergi sekolah baru, kantoi jugak fly malam dituduh toyol malam yg merayap masuk asrama perempuan (kesalahan yg tak dilakukan).. hahah!

Walau apa2 pun, aku berterima kasih kepada Tenaga Pendidik MIBC yang mendidik ku sepenuh hati, walaupun aku dirotan, dilempang etc.. aku tahu semua itu utk kebaikan diri aku jugak. Justeru itu, kepada bakal2 ibu n bapa, jgn manja2 kan sgt anak tu.. kalau kena pukul kt di sekolah dek cikgu, biorkan..bukan sengaja nak dipukul kalau tak buat kesalahan…

Sekarang, alhamdulillah aku boleh lah dianggap apa ya? Risau riak plak nak cakap… kira macam ni la, aku dah ada kerja tetap yang selesa utk aku menanggung isteri n bakal anak ku yg dijadualkan lahir pada 3/11/2008.. Insyaallah, kalau takda aral, salah seorang anakku nanti pasti akan aku hantar ke Madrasah Idrisiah…

WASSALAM..

SALAM AIDILFITRI, SALAM KEMAAFAN BUAT SEMUA SAHABAT..

1 comment:

Anonymous said...

mmg ye...lain pengalaman kat idrisiah ni...istimewa walau dengar macam tersiksa je...tapi kesan dia mendalam...