Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat sahabat dikasihi semua,
Sudah lama kita tak beramah mesra,
Bila agaknya dapat ketemu muka.
Berarak awan mendung kelabu,
Mungkin tandanya hari nak hujan,
Beranak dah ramai, mengandung dah selalu,
Alumni tahun ni siapa nak anjurkan?
Apa khabar sahabat semua. Dah lama teman tak menukilkan kata-kata di ruangan ini, almaklumlah takde kesempatan masa nak dicuri buat mengisi blog yang hidup segan mati tak mahu ni.... InsyaAllah, teman akan cuba menukilkan seberapa kerap yang boleh. Mungkin lepas ni seminggu sekali je kot ada pengisiannya.
Okeylah, berkaitan dengan pantun kat atas tadi tu. Ada sesiapa nak respon??? Dengar kata ada sahabat kita di Kuala Lumpur nak organize Alumni kita ni. Udah masuk tahun ketiga dah... idak jugak teman dengor ataupun tengok ada apa-apa tindakan ke arah menjayakan Alumni kita ni...
Sapa yang dipertanggungjawabkan sebelum ini??? Kirud? Sa'e? Baim? Munir? Sapa yang hari tu beriya-iya nak organize Alumni kita ni??? Kalau tak ada tenaga kerja, cuba panggil sahabat-sahabat yang dulu ada tolong bantu menjayakan Alumni terdahulu. Kalau nak buat kat Kuala Lumpur, decide satu tempat. Pastu, kita boleh berbincang samada di Idrisiah atau mana2 tempat yang boleh kita together gather build a committee. Masa meeting tu, bincang le apa pengisiannya.... samada nak sama macam yang terdahulu, ataupun nak buat kelainan atau penambahan sikit. Terpulang....
AJK dah kita lantik. Apa lagi, bertindak le... Kalau alasan kata sibuk ngan kerja... itu teman kurang setuju tu... Pandai2 le bahagi2 masa.
Sahabat-sahabat pengantin baru apa cerita??? Ada kemungkinan pengkhabaran gembira. Penambahan umat Muhamad Rasul tercinta. Memang tujuan nikah nak tambah zuriat keturunan kita. Kalau kembar dua tiga, Alhamdulilah apa salahnya. Berkat sekali mengandung bersalin dua tiga.
Pengantin lama tidak juga dilupa. Menjaga, mendidik anak perkara rutinnya. Kekadang terlupa keperluan dirinya. Sampai sahabat-sahabat langsung tiada khabar berita. Boikot ker???
Diharapkan sahabat semua dapat respon tentang perkara Alumni ni.. Biar kita mula bincang awal. Kalau tak mula dari sekarang.. Jawabnya, tertangguh dan tertunggak lagi le kes Alumni kita ni.... Samada kita nak buat gathering bersempena dengan Hari Raya atau macamana... Terpulang lah... kat blog ni kita discuss ek??? Hope ur response?
Naik kereta ke Bukit Tinggi,
Tata... kita jumpa lagi.
Tuesday, March 03, 2009
Apa kata ALUMNI?
Tuesday, December 16, 2008
UNDANGAN PERKAHWINAN FHAKURULZEE

assalamualaikum kwn2.. undangan kelima pd bulan ni n yg terakhir utk bln n tahun ni adalah datangnya dari NOOR FHAKURULZEE pd 28 DEC, same dgn walimah Faisal Ismail.. jemputlah semua kawan2 memeriahkan lagi walimah mereka yer..!!
Alamat umah zee --> NO. 2, JALAN DESA 4/6, BANDAR COUNTRY HOMES, 48000 RAWANG, SELANGOR.
UNDANGAN PERKAHWINAN AZLINA & FAISAL
DIJEMPUT SEMUA WARGA MIBCKK MENGHADIRKAN DIRI KE MAJLIS PERKAHWINAN AZLINA PD 27 DISEMBER 2008 DI ALAMAT --> NO. 10, LALUAN TASEK TIMUR 12, TAMAN SERI DERMAWAN, 31400 IPOH, PERAK & FAISAL PD 28 DISEMBER 2008 DI ALAMAT NO. 194, LALUAN MERANTI 5, TAMAN KUALA KANGSAR, 33000 KUALA KANGSAR, PERAK.. TQ!!



Tuesday, December 09, 2008
UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN AZIE..


SATU LAGI KELAHIRAN..
Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..
Sunday, November 16, 2008
Undangan Perkahwinan Nuurul Hillmi
Assalamualaikum kwn2.. Nuurul Hillmi telah melayangkan kad undangan perkahwinannya kepada kite semua.. Insya Allah majlisnya akan berlangsung pada hari SABTU bersamaan dgn 06/12/08 di alamat No. 17C, Kampung Bersia Lama, 33320 Grik, Perak. Di bawah disertakan pelan umah Emi.. Marilah kite same2 memeriahkan lagi majlis perkahwinan Nuurul Hillmi dgn pasangannya yer..!!

