Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat sahabat dikasihi semua,
Sudah lama kita tak beramah mesra,
Bila agaknya dapat ketemu muka.
Berarak awan mendung kelabu,
Mungkin tandanya hari nak hujan,
Beranak dah ramai, mengandung dah selalu,
Alumni tahun ni siapa nak anjurkan?
Apa khabar sahabat semua. Dah lama teman tak menukilkan kata-kata di ruangan ini, almaklumlah takde kesempatan masa nak dicuri buat mengisi blog yang hidup segan mati tak mahu ni.... InsyaAllah, teman akan cuba menukilkan seberapa kerap yang boleh. Mungkin lepas ni seminggu sekali je kot ada pengisiannya.
Okeylah, berkaitan dengan pantun kat atas tadi tu. Ada sesiapa nak respon??? Dengar kata ada sahabat kita di Kuala Lumpur nak organize Alumni kita ni. Udah masuk tahun ketiga dah... idak jugak teman dengor ataupun tengok ada apa-apa tindakan ke arah menjayakan Alumni kita ni...
Sapa yang dipertanggungjawabkan sebelum ini??? Kirud? Sa'e? Baim? Munir? Sapa yang hari tu beriya-iya nak organize Alumni kita ni??? Kalau tak ada tenaga kerja, cuba panggil sahabat-sahabat yang dulu ada tolong bantu menjayakan Alumni terdahulu. Kalau nak buat kat Kuala Lumpur, decide satu tempat. Pastu, kita boleh berbincang samada di Idrisiah atau mana2 tempat yang boleh kita together gather build a committee. Masa meeting tu, bincang le apa pengisiannya.... samada nak sama macam yang terdahulu, ataupun nak buat kelainan atau penambahan sikit. Terpulang....
AJK dah kita lantik. Apa lagi, bertindak le... Kalau alasan kata sibuk ngan kerja... itu teman kurang setuju tu... Pandai2 le bahagi2 masa.
Sahabat-sahabat pengantin baru apa cerita??? Ada kemungkinan pengkhabaran gembira. Penambahan umat Muhamad Rasul tercinta. Memang tujuan nikah nak tambah zuriat keturunan kita. Kalau kembar dua tiga, Alhamdulilah apa salahnya. Berkat sekali mengandung bersalin dua tiga.
Pengantin lama tidak juga dilupa. Menjaga, mendidik anak perkara rutinnya. Kekadang terlupa keperluan dirinya. Sampai sahabat-sahabat langsung tiada khabar berita. Boikot ker???
Diharapkan sahabat semua dapat respon tentang perkara Alumni ni.. Biar kita mula bincang awal. Kalau tak mula dari sekarang.. Jawabnya, tertangguh dan tertunggak lagi le kes Alumni kita ni.... Samada kita nak buat gathering bersempena dengan Hari Raya atau macamana... Terpulang lah... kat blog ni kita discuss ek??? Hope ur response?
Naik kereta ke Bukit Tinggi,
Tata... kita jumpa lagi.
Tuesday, March 03, 2009
Apa kata ALUMNI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment