Assalamualaikum pembuka kata,
Sudah lama tidak bersua,
Apa khabar sahabatku semua,
Bertemu kali ini dalam khabar gembira.
Hajat di hati ingin mengembara,
Jauhnya destinasi tidak diketahui,
Singgah sat arini ada cerita,
Bagi mengkhabarkan tentang majlis kenduri.
Buat semu sahabat-sahabat yang setia, ini ada berita tentang beberapa majlis kenduri kahwin sahabat seangkatan kita yang berhajat menjemput semua yang berkelapangan.
Menghadiri walimatul urus ni boleh jatuh wajib ye tuan puan sahabat sekalian.
Kalau takde aral... silakanlah menghadiri kenduri sahabat-sahabat kita ni.
Okey... jemputan yang pertama saya telah terima ialah datangnya dari Saudara Mohd Azmi bin Hj Mat Rashid dengan pasangannya Norfaizah bt. Ishak pada Sabtu 2hb Jun 2007, bertempat di No. 72, Jalan Zamrud, Rancangan Belia Khas, (P) Seberang Perak, 36000 Teluk Intan Perak.
Jemputan kedua datangnya dari Saudara Syahril Rahim.... dia bagi kad jugak tapi sampai kat rumah org lain.... rasanya kenduri dia 2hb Jun 2007 jugak.. sama ngan Azmi.. bertempat di Behrang Stesen... pi balai polis behrang stesen..ada le sign pi ke rumah dia..
Sapa lagi ye yg nak kahwin.... tu je setakat ni... kalau ada sesapa lagi yg tak dimaklumkan... sila la berbuat demikian secepat mungkin...
Perhatian... sesapa yg nak berkonvoi ... sila daftarkan nama anda atau maklumkan kepada ketua konvoi iaitu Saudara Khairul Fitri Roslan di talian 012-598 1257 @ 014-303 6507.
Sebarang perubahan atau tindakan susulan akan diberitahu oleh pihak Fitri Roslan harap maklum....
Cepat Yop Yong bagitau dier....
Ilal Liqa' :)
Friday, May 25, 2007
Walimatul Urus!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment