Thursday, June 14, 2007

Al-Fatihah

Setiap yang hidup pasti menemui saat kematian.


Pada jam 12.52pagi tanggal 14hb Jun 2007, saya telah menerima satu SMS yang dikirim oleh Azlina bahawa ayahanda tercintanya telah kembali ke rahmatullah.

Sayup hati mendengar berita kematian ini...tapi apakan daya dan lumrah alam, kita sekadar manusia memang akan tetap akan kembali pada Pencipta Yang Esa. Cuma mungkin masa, saat dan waktunya sahaja kita belum pasti dan ketahui.

Bersama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk roh dan juga untuk diri sesiapa yang memerlukannya..

Kami wakil dari ALUMNI IDRISIAH 1998 mengucapkan Takziah kepada Azlina dan keluarga serta diharapkan berbanyaklah bersabar di atas segala suratan atau kebetulan ini.

Kita merancang...tapi Allah lebih Maha merancang dan menentukan tiap sesuatu.

Mungkin tiap apa yang terjadi di sekeliling kita ada hikmah yang bakal hadir. Kita tak tahu apa nasib dan takdir kita selepas ini. Berbanyaklah bermuhasabah dan bermujahadah kepadaNya.

AL-FATIHAH.

P/S: Sesiapa yang nak ucapkan takziah atau ingin menghubungi Azlina ..sila hubungi di talian 012-554 4552.

No comments: