Sunday, June 17, 2007

Jemputan Walimaturus Muhamad Faizal

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh,

Sekapur sirih seulas pinang,
Jadi santapan tuan puteri,
Dijemput semua sahabat bertandang,
Ke Majlis Perkahwinan Muhamad Faizal sebagai penyeri
.

Apa khabar semua? Dipertemuan kali ini, pihak ALUMNI IDRISIAH 1998 sukacita ingin menjemput semua sahabat-sahabat untuk menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan Saudara Muhamad Faizal Bin Abdul Wahab.

InsyaAllah beliau akan mengadakan Majlis Perkahwinan seperti berikut:


Tarikh : 14hb Julai 2007 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1428 Hijrah (Sabtu)
Masa : 12.30 tengahari hingga 3.00 petang
Tempat : Dewan Cafeteria JKR Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh,Perak.


Diharap dapatlah sahabat-sahabat meluangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis tersebut.

"Buah selasih idaman teruna,
Bunga wardah digumpal-gumpal,
Terima kasih sahabat semua,
Sudi-sudikanlah hadir ke kenduri Faizal."


P/S:Di bawah ni ada le rupabentuk kad jempuatan beliau. Kalau sesapa yang tak dapat kad n nak kad jemputan daripada beliau. Sila SMS alamat terbaru anda ke no phone 013-324 3229 (Faizal).


No comments: