Friday, August 08, 2008

Saat Gembira....


Adi dibenarkan pulang bercuti
Assalamualaikum....

Suriani mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi memberikan sumbangan. Hampir RM300 yang diperolehi, dapatlah Nani belikan suppliment untuk Adi (Sahabat kita, Adip telah membantu untuk mendapatkan separuh harga bagi ubat tersebut) dan dengan baki yang ada dicampur bersama bantuan2 saudara lain, Nani dapat membuat sedikit bayaran ke atas bil rawatan Adi. Jadi, Adi berpeluangla balik bercuti selama seminggu ke kampungnya setelah hampir 2 bulan di HUSM. Ikutkan Julai yang lepas Adi dibenarkan pulang bercuti seminggu tapi Nani tak lepas nak buat bayaran bil. Mengikut jadual rawatan, Adi dijangka akan menjalani rawatan ini selama 2 tahun...kepada semua yang mulia, senaraikanlah sahabat kita ini di dalam senarai sedekah anda...

Adi bersama kakak-kakaknya

No comments: