Tuesday, September 30, 2008

Mampukah Kita Memiliki Hati Seikhlas Si Kelapa Tua?

Cuba kita renungkan bersama. Di akhir Ramadhan kita muhasabah diri. Ambil hikmah di Ramadhan kali ini… Tentang Si kelapa tua jadi cermin diri dan peribadi.

Semua orang kenal dan tahu pula gunanya. Sangat penting dan sangat berguna.
Kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan dan kelapa tua tak pernah jadi topik perbincangan, tak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalau kelapa tua ada emosi, tidak ramai yang dapat merasai dan menyelam perasaannya.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak pedulikannya.
Dirinya terbuai-buai di atas pokok, bila ditiup angin terasa nyaman sekali. Elok-elok kelapa tergantung di pokoknya sambil menikmati keindahan buana, datang orang menjoloknya dengan galah panjang.
Bukan selesa kena jolok macam tu.

Bila tangkainya menjadi lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-berpusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah, bukan setakat 5-10 kaki tapi sehingga 40-50 kaki. Bunyinya berdentum sampai ketanah. Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua bukan setakat ini sahaja. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk kedalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan, lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat dan ini berterusan sehingga tinggal tempurung. Dah tinggal tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya, keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu nak menilai seni seperti ini.

Tempurung bulat yang cantik ditetak dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua, di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sampai tahap ini maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Baru muqaddimah. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih diparut dan dikukur pula hingga lumat. Tempurungnya pula dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi , dituang pula air kedalam isi parut, kemudian diramas-ramas dan diperah-perah. Kalau hendak dikirakan ini sudah terkeluar dari batas-batas keperimanusiaan. Kemudian ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah lain ditumis. Bila dah cukup kuning dituanglah santan tadi dalam belanga. Maka berpanasanlah santan hingga pecah minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya: “Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?

Orang di dapur hanya menjawab,”Kari ikan bawal.” Kari dapat nama.
Ikan bawal dapat nama. Orang kata,”Oh! sedap kari ni.” “Oh! sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti si kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja tetapi ta’abud kepada Allah. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tetapi ada dalam perhatian Allah!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, September 18, 2008

TAKZIAH BUAT FAIZATUN ADAIWIYAH

Assalamualaikum kwn2.. ni nk bgtau yg ayah peja, pakcik Mat Puzi telah meninggal dunia pada pukul 1.30ptg tadi bersamaan dgn 17 Ramadhan.. INNA LILLAH HIWAINNA ILAIHIROJIUN.. marilah kita bersama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. arwah yang mempunyai sakit buah pinggang, telah menjalani rawatan dialisis dan fisioterapi.. arwah akan dikebumikan pada esok hari (18 Ramadhan) di Tanah Perkuburan Meru Raya..

Arwah seorang yang kelakar, suke buat lawak, cepat ramah dgn org.. aku ingat lg, dlu mase faliq rajin col umah parent peja, arwah la yg rajin melayan faliq.. hehe.. btol x peja?? sorry la sbb mengimbau kenangan lame.. dgn kwn2 anak2 pun, arwah mmg baik dan cepat mesra..

Kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. Amin..

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, September 15, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Apa khabar semua!


Udah lame rasenye teman tak menyesakkan ruangan blog kita ni. Ni ada kelapangan sikit ni, teman semakkan le ye serba sedikit buah fikiran dan juga idea yang boleh la sahabat-sahabat semua renung-renung dan fikir-fikirkan sejenak.


Kita dah masuk pertengahan Ramadhan ni. Ada yang tertinggal puase? Yang Muslimat mungkin ada dharar yang menimpa, takpela. Tapi takut-takut jugak yang Muslimin ni ada jugak yang terkantoi puase nye. Mintak jauhkan le ye...


Bila masuk bulan pose ni, kalau kita bersembang sesama kengkawan blajo dulu... banyak cerita yang teringat-ingat di kepala. Antaranya, masa sahurnye... masa berbukanye... masa nak bertadarus Al-Qurannya.... masa nak merebut tempat dlm bas pi berbuka kat satu2 masjid. Uish! Macam-macam lagi la kalau nak dikenang-kenang. Peristiwa2 n kejadian2 ni semua telah banyak mematangkan kita dan mengajar kita untuk kenal dunia dan lebih bertanggungjawab. Kalau cerita bab bersahur, jgn cakap le... sapa awal bertuahlah badan dapat menikmati makanan seselesa yg amat. Tapi bila ada yg bangun lambat, almarhum la jawabnye idak le dapat makan. Kalau ada zumrah yg nak bagi amik lauk takpe le... Kalau takde, jawabnye menitis le airmata lapor di pagi yg hening tu. Takpun ada ikhtiar lain, pi la koperasi Cikgu Nazri buat dibeli apollo sepeket dua... Kalau Pakcik Amir ada, berasap kantin, ada la makanan alternatif untuk kita semua.... Tak gitu?


Pastu, cerita plak ttg nak berebut tempat sapa yg bakal dipilih untuk pergi berbuka di masjid. Uish! Ni la pengalaman yg teman tak dapat lupakan. Masa tu, yang nak rasa diri tu dipilih pergi ke satu2 masjid tu... kenalah pandai baca Quran. Kalau kurang bijak, jawabnya takde la peluang nak pi makan sedap2 di masjid yang best2. Yela, bas bole muat 40 org je... kena berebut tempat le.... pengawas ngan MPMI tak payah nak risau...tempat depa gerenti ada kan???


Rasenye cukup dulu untuk kali ni... Ada masa kita sembang-sembang lagi... Ada kerja n tugas menanti di pagi ini. Apalagi bicara la wahai semua teman sejati.


Ni ada sikit tazkirah yang teman 'cilok' dan buat sesama kita renungkan... Sedikit kasar cara sahabat kita ni bagi tazkirah... apa-apa respon ek?


"Namun ada juga orang yang terlampau-lampau dalam mengaut pahala Ramadan hingga mengganggu orang lain. Golongan itu memerangkap atau memaksa orang lain turut dalam apa yang hendak diperbuatnya, tanpa memikir bahawa setiap orang ada hak masing-masing yang haram diganggu.Contohnya, ada jawatankuasa surau atau masjid yang menghentikan solat pada pertengahannya dengan memberi laluan kepada tazkirah, kononnya supaya orang mendapat ilmu. Tetapi, sebenarnya adalah paksaan yang mengandungi agenda tidak baik yang tersirat dalamnya. Buatlah tazkirah selepas selesai solat atau pada waktu lain. Mengapa perlu pada pertengahan Tarawih?Jika ia baik, tentu cara yang sama dilakukan oleh Rasulullah, setidak-tidaknya pada zaman sahabat atau oleh ulama muktabar.Ramadan walaupun bulan kerehatan, ia bukanlah bulan untuk bermalas-malasan, menjadikan orang Islam tidak produktif atau menjadikan alasan berpuasa untuk tidak membereskan sebarang pekerjaan.Sepatutnya pada Ramadan, umat Islam bertambah cergas, kuat kerja, aktif dan lebih kuat semangat. Ini kerana setiap tanggungjawab yang dibereskan pasti mendapat ganjaran berlipat ganda.Ramadan juga adalah bulan kemurahan, murah hati dengan mengeluarkan zakat dan sedekah. Namun, Ramadan bukan bulan pembaziran dan menambah daya nafsu serakah. Bulan ini kita berkongsi kebaikan, pahala dan keberkatannya. Jangan sampai dikatakan orang ?awak sajakah yang hendak buat pahala?? Ini pernah berlaku seorang yang mengaji al-Quran dengan pembesar suara masjid dihidupkan, sampai dinihari masih belum berhenti. Jiran tidak boleh tidur, sedangkan esok semua orang hendak bekerja, yang tidur siang dia seorang."


Lu fikirlah sendiri.... Ops! Sesama la kita fikir-fikirkan. :)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, September 01, 2008

SELAMAT BERPUASA..!

Enter Fleedy

Assalamualaikum kwn2..

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk merasai nikmat dan pahala di bulan ramadhan al-Mubarak ini.. bln ramadhan pada kali ini juga adalah ramadhan kali kedua aku menyambut puasa tanpa ayah yg tcinta.. (Al-Fatihah pada semua yg telah tiada..)

Bagaimana dgn sambutan kwn2 semua? ramai yg sambut dgn "org baru" kan?? hehee.. org baru yg aku mksudkn tentulah suami / isteri (yg baru dinikahi) dan anak (yg baru lahir).. ekhya dan fairuz sambut dgn suami masing2.. lee & oat, eda, sambut dgn anak yg bru lahir.. ade yg sambut puasa tanpa keluarga ke?? mgkin ade, tmbh2 lg yg berada jauh di perantauan..

Diharap semoga dgn kedatangan ramadhan kali ini, hati kita lebih bersih berbanding sebelumnya.. semoga amal ibadat kita juga berlipat kali ganda, tiada umpat keji sesama kita..

Di kesempatan ini, aku nak minta maaf banyak2 pd sesiapa sahaja yg pernah terguris, tersinggung, terase, sakit hati (dan yg sewaktu dgnnya) dgn aku.. antara sedar @ tidak, mungkin aku pernah melakukannya.. MAAFKAN AKU, YE!.. pd sesiapa pula yg pernah mbuat aku tguris, terase, tsinggung dsb, jgn risau.. awal2 lg aku dh maafkn.. terutama pd faizal whb, warak, dukun..

Last but not least, jgn tinggal puase yer!! jgn lupe g tarawih.. n jgn lupe anggota lain pon kena puase gak.. wassalam..

P/S : aku mengalu-alukan pd sesiapa yg nk tegur aku secara tbuka, tetapi mestilah dgn cara yg bhemah.. aku x suke pd umpat keji, hina nista dsb.. sekuat n setabah mane pon aku hadapi pancarobaa duniawi, aku tetap insan yg lemah..
And here is the rest of it.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..