Apa khabar semua!
Udah lame rasenye teman tak menyesakkan ruangan blog kita ni. Ni ada kelapangan sikit ni, teman semakkan le ye serba sedikit buah fikiran dan juga idea yang boleh la sahabat-sahabat semua renung-renung dan fikir-fikirkan sejenak.
Kita dah masuk pertengahan Ramadhan ni. Ada yang tertinggal puase? Yang Muslimat mungkin ada dharar yang menimpa, takpela. Tapi takut-takut jugak yang Muslimin ni ada jugak yang terkantoi puase nye. Mintak jauhkan le ye...
Bila masuk bulan pose ni, kalau kita bersembang sesama kengkawan blajo dulu... banyak cerita yang teringat-ingat di kepala. Antaranya, masa sahurnye... masa berbukanye... masa nak bertadarus Al-Qurannya.... masa nak merebut tempat dlm bas pi berbuka kat satu2 masjid. Uish! Macam-macam lagi la kalau nak dikenang-kenang. Peristiwa2 n kejadian2 ni semua telah banyak mematangkan kita dan mengajar kita untuk kenal dunia dan lebih bertanggungjawab. Kalau cerita bab bersahur, jgn cakap le... sapa awal bertuahlah badan dapat menikmati makanan seselesa yg amat. Tapi bila ada yg bangun lambat, almarhum la jawabnye idak le dapat makan. Kalau ada zumrah yg nak bagi amik lauk takpe le... Kalau takde, jawabnye menitis le airmata lapor di pagi yg hening tu. Takpun ada ikhtiar lain, pi la koperasi Cikgu Nazri buat dibeli apollo sepeket dua... Kalau Pakcik Amir ada, berasap kantin, ada la makanan alternatif untuk kita semua.... Tak gitu?
Pastu, cerita plak ttg nak berebut tempat sapa yg bakal dipilih untuk pergi berbuka di masjid. Uish! Ni la pengalaman yg teman tak dapat lupakan. Masa tu, yang nak rasa diri tu dipilih pergi ke satu2 masjid tu... kenalah pandai baca Quran. Kalau kurang bijak, jawabnya takde la peluang nak pi makan sedap2 di masjid yang best2. Yela, bas bole muat 40 org je... kena berebut tempat le.... pengawas ngan MPMI tak payah nak risau...tempat depa gerenti ada kan???
Rasenye cukup dulu untuk kali ni... Ada masa kita sembang-sembang lagi... Ada kerja n tugas menanti di pagi ini. Apalagi bicara la wahai semua teman sejati.
Ni ada sikit tazkirah yang teman 'cilok' dan buat sesama kita renungkan... Sedikit kasar cara sahabat kita ni bagi tazkirah... apa-apa respon ek?
"Namun ada juga orang yang terlampau-lampau dalam mengaut pahala Ramadan hingga mengganggu orang lain. Golongan itu memerangkap atau memaksa orang lain turut dalam apa yang hendak diperbuatnya, tanpa memikir bahawa setiap orang ada hak masing-masing yang haram diganggu.Contohnya, ada jawatankuasa surau atau masjid yang menghentikan solat pada pertengahannya dengan memberi laluan kepada tazkirah, kononnya supaya orang mendapat ilmu. Tetapi, sebenarnya adalah paksaan yang mengandungi agenda tidak baik yang tersirat dalamnya. Buatlah tazkirah selepas selesai solat atau pada waktu lain. Mengapa perlu pada pertengahan Tarawih?Jika ia baik, tentu cara yang sama dilakukan oleh Rasulullah, setidak-tidaknya pada zaman sahabat atau oleh ulama muktabar.Ramadan walaupun bulan kerehatan, ia bukanlah bulan untuk bermalas-malasan, menjadikan orang Islam tidak produktif atau menjadikan alasan berpuasa untuk tidak membereskan sebarang pekerjaan.Sepatutnya pada Ramadan, umat Islam bertambah cergas, kuat kerja, aktif dan lebih kuat semangat. Ini kerana setiap tanggungjawab yang dibereskan pasti mendapat ganjaran berlipat ganda.Ramadan juga adalah bulan kemurahan, murah hati dengan mengeluarkan zakat dan sedekah. Namun, Ramadan bukan bulan pembaziran dan menambah daya nafsu serakah. Bulan ini kita berkongsi kebaikan, pahala dan keberkatannya. Jangan sampai dikatakan orang ?awak sajakah yang hendak buat pahala?? Ini pernah berlaku seorang yang mengaji al-Quran dengan pembesar suara masjid dihidupkan, sampai dinihari masih belum berhenti. Jiran tidak boleh tidur, sedangkan esok semua orang hendak bekerja, yang tidur siang dia seorang."
Lu fikirlah sendiri.... Ops! Sesama la kita fikir-fikirkan. :)
Monday, September 15, 2008
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment