Tuesday, November 20, 2007

Undangan Majlis Perkahwinan (Ikram & Fadzliah)

"Bersama kunyit kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai."

Assalamualaikum,
Perutusan dari Padang Rengas dengan rasa syukur dan berbesar hati mempersilakan sekalian sahabat hadir kediamannya kerana berhajat untuk merasmikan tambatan janji, izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati seperti berikut :

Fadzliah binti Mohammad Suffian
dengan pasangannya
Mohd Ikram bin Ahmad

Sabtu 24 November 2007 bersamaan 14 Zulkaedah 1428 Hijrah
bertempat di 7/8, Kampung Kroh Hulu, 33700 Padang Rengas, Perak Darul Ridzuan.

Semoga dengan kehadiran kalian akan menyerikan lagi majlis tersebut.

Jom la kita pakat pi ramai-ramai, mana tau boleh jumpa sahabat handai, kalau tak pun jumpa bakal teman bersantai, jangan plak kita putus sahabat bercerai berai. Apa hai!!!!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, October 09, 2007

Jemputan Kahwin Lagi!

Assalamualaikum...

Bunga rampai ditacik-tacik,
Hati longlai bertambah asyik,
Bunga rampai harum baunya,
Kalau dah jodoh bertemu jua.

Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan ini iaitu bulan kita berlumba-lumba memperbanyakkan amalan, ada jugak sahabat kita yang nak kahwin lepas raya ni... Baguih la kahwin tu... tapi tak baguih tu asyik berdua-duaan je... Nasib baik dah nak kahwin.. Heheheee.. :)

Sapa plak yang nak kahwin ni??? Seperti yang telah dihebah dan diheboh-hebohkan di chatbox, InsyaAllah sahabat kita Shahril Mokhtar @ Sharut akan mengadakan majlis pernikahan beliau dengan bakal pasangannya Saudari Siti Nazirah pada:

Tarikh : 26hb Oktober 2007 (Jumaat)
Tempat : Al-Muttaqin, Taman Meru


Seterusnya majlis kenduri di rumah pengantin perempuan (Nazirah) akan diadakan pada :

Tarikh : 27hb Oktober 2007
Tempat : No. 524, Laluan Taman Meru 37, Taman Meru, Ipoh, Perak.

Dan InsyaAllah keesokan harinya plak majlis sambut menantu di rumah Sharut akan diadakan pada :

Tarikh : 28hb Oktober 2007
Tempat : No. 19, Persiaran Lahat Baru 4, Bandar Lahat Baru, Perak Darul Ridzuan.

Oleh yang demikian, saya yang diamanahkan oleh pihak pengantin lelaki dengan ini menjemput seluruh sahabat untuk bersama-sama menghadiri majlis tersebut bagi meraikan sahabat kita ni yang dah dok lama bercinta. InsyaAllah..kahwin jugak depa naaa???

Jadi apa tunggu lagi?? Masing-masing cuba try test check diary or planner annually. Mana la tau ada kesempatan boleh pergi... Jangan lupa bawa semua anak isteri. Kalau nak bawa bapa mertua pun boleh join sekali... Almaklumlah makan n minum free, tapi kena la bawa hadiah buat sisipan pasangan raja sehari. Bukan selalu nak adakan majlis kenduri ni.. Paling banyak pun 4 kali... Itu pun kalau poket penuh berisi dan banyak duit di peti besi.

Buat kengkawan yang nak sertai rombongan n pergi bersekali. InsyaAllah cuba le rajin-rajinkan diri call Encik Khairul Fitri.. Kiranya dia jadi ketua rombongan kita kali ni... Nak kumpul2 mana2 call la dia ni...

Tahniah buat Oat dan juga Lee! Moga berbahagia hingga ke akhir nanti. Buat akhirnya, SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI! Jumpa lagi...

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Wednesday, September 12, 2007

SELAMAT DATANG RAMADHAN!

Buah kurma gugur menimpa,
Jatuh ke bumi berderai-derai,
Bulan Ramadhan dah kunjung tiba,
Ayuh hayatinya beramai-ramai.

KEHADIRAN Ramadan yang kita lalui sekarang hendaklah disambut dan dipenuhi dengan amal soleh. Jangan biarkan Ramadan ini berlalu begitu saja tanpa dipenuhi dengan kegiatan atau amalan berfaedah yang mendapat keberkatan dan keredaan Allah.
Kita perlu memanfaatkan kedatangan Ramadan sebaiknya dengan doa dan harapan amalan puasa dan ibadat lain diterima Allah.

Suasana orang yang menyambut Ramadan berbeza. Ada yang gembira dan tidak sabar mengalu-alukan ketibaan Ramadan. Ada juga tidak ceria dengan kedatangannya kerana tidak terasa keseronokan dan kenikmatan berpuasa. Malah golongan ini terasa terseksa hidup dalam sebulan ini.

Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiup angin al-Mutsiiratu dari Arasy dan menggerakkan daun-daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun.

"Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: "Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada Ramadan dengan bidadari cantik."

Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian bulan Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.

Kita harus bersyukur kerana dapat menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka.

Semoga kita mendapat ketiga-tiga kelebihan itu.
Bagi mereka yang ingin menjinakkan hati untuk merasakan keseronokan Ramadan, perlu dibuat beberapa inovasi dalam pengisian dan menghayati bulan mulia ini. Mungkin saranan amal Ramadan di bawah ini lebih praktikal untuk keseronokan berpuasa dan menggamit kegembiraan.

Kita perlu mencipta suasana ceria dan menyeronokkan pada Ramadan agar jiwa tenang dan puas dengan amalan yang hanya sebulan ini.

Badan dakwah dan kebajikan atau organisasi Islam di setiap daerah menyediakan kain rentang dengan ungkapan mengalu-alukan Ramadan seperti "Ahlan Wa sahlan Ya Ramadan" dan "Ramadan Karim, samalah kita merebut piala Ramadhan". Jika sudah terlepas awal Ramadan, kita masih sempat membuatnya untuk menyambut hari raya seperti "Raya Tanpa Maksiat". Mungkin di rumah kita boleh cipta suasana sebegini.

Hantar ucapan atau sistem pesanan ringkas (SMS) "Selamat Berpuasa" kepada rakan.

Latih anak-anak kecil lima tahun ke atas untuk mula berpuasa. Berikan ganjaran dan galakan kepada mereka.

Galakkan iftar (buka puasa) secara berjemaah bersama ahli kariah dan rakan di surau atau bergilir-gilir di rumah ahli keluarga terdekat, jiran atau sahabat handai. Dengan cara ini, kita juga dapat merapatkan silaturahim sesama umat.

Galakkan menghantar juadah berbuka kepada jiran. Namun isteri atau kaum ibu jangan keterlaluan menyediakan juadah sehingga kepenatan. Ini akan menjejaskan tumpuan untuk melakukan ibadat seperti solat Tarawih.

Jemput rakan beriftar di rumah, pejabat atau tempat biasa kita berkumpul atau bertemu.

Bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga di rumah atau rakan sepejabat ketika waktu rehat. Inilah peluang mendapatkan bekalan ruhiyah pada bulan mulia ini.

Galakkan bertadarus bersama isteri dan anak.

Tadabbur, telaah dan mengkaji isi kandungan al-Quran. Baca tafsir dan maknanya untuk meningkatkan ilmu dan iman. Al-Quran, pemberi panduan, pemisah antara hak dan batil, seterusnya membebaskan kita dan manusia daripada kesesatan.

Rajinkan diri bersolat jemaah Tarawih di surau dan masjid. Inilah peluang untuk menambah amalan solat dan meramaikan kenalan baru..

Rajinlah berqiamullail di surau dan masjid. Kalau takut hendak buat seorang diri, ajak rakan dan ahli keluarga yang lain.

Setiap hari ringankan tangan untuk menghulur sedekah wang, walaupun RM1 dan harta (infaq) seperti sumbangan untuk tabung Palestin, tanah wakaf, sekolah, anak yatim, fakir miskin, tabung iftar di surau dan masjid. Derma kepada orang yang memerlukan dan galakkan anak menjadi dermawan dan suka menyumbang.

Iktikaf di masjid. Ini secara tidak langsung memberi peluang kita beruzlah dan fokus untuk mengenali diri dan menghampirkan diri kepada Pencipta kita, selepas setahun sibuk dengan dunia dan kehidupan.

Bersedia untuk "Kembara Ramadan" pada 10 malam terakhir bersama kaum keluarga, rakan atau sekampung. Kembara Ramadan adalah ekspedisi untuk mengejar harta karun malam seribu bulan, Lailatul Qadar yang hanya berlaku sehari dalam setahun.

Semoga puasa kali ini lebih baik daripada pada tahun sebelumnya.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Wednesday, August 29, 2007

Warkah Dari PBPI!

Dato’ Seri / Dato’ / Tuan / Puan / Saudara/i ,

MAJLIS MAKAN MALAM BEKAS PELAJAR IDRISIAH

Semoga pihak tuan sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah subhanahu wa taala.
2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak Madrasah Idrisiah dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar Idrisiah berhasrat untuk mengumpulkan data semua bekas pelajar Madrasah Idrisiah. Oleh yang demikian, pihak kami telah mencadangkan untuk mengadakan program makan malam untuk mencapai tujuan yang tersebut.
3. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:

Tarikh : 1 September 2007
Tempat : Dataran Madrasah Idrisiah
Waktu : 8.00 – 10.30 malam.


Semua urusan maklumbalas dan keterangan lanjut, sila hubungi:
Alamat surat menyurat : Pengetua Madrasah Idrisiah,Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak .
No. telefon: 05-7761961 No. faksimili: 05-7768268
E-mail : mibckk@hotmail.com
Telefon bimbit : 013-5283143 / 012-5599181

Adalah didoakan semoga pihak Dato’ Seri / Dato’ / Tuan / Puan / Saudara/i dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya demi memastikan usaha-usaha ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Segala kerjasama tersebut adalah didahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathiraa.

Sekian.
Saya Yang Menjalankan Amanah,
(KHAIRUL ANWAR EL SYAZALLI MUSA)
Setiausaha,
Persatuan Bekas Pelajar Idrisiah.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Sunday, June 17, 2007

Jemputan Walimaturus Muhamad Faizal

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh,

Sekapur sirih seulas pinang,
Jadi santapan tuan puteri,
Dijemput semua sahabat bertandang,
Ke Majlis Perkahwinan Muhamad Faizal sebagai penyeri
.

Apa khabar semua? Dipertemuan kali ini, pihak ALUMNI IDRISIAH 1998 sukacita ingin menjemput semua sahabat-sahabat untuk menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan Saudara Muhamad Faizal Bin Abdul Wahab.

InsyaAllah beliau akan mengadakan Majlis Perkahwinan seperti berikut:


Tarikh : 14hb Julai 2007 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1428 Hijrah (Sabtu)
Masa : 12.30 tengahari hingga 3.00 petang
Tempat : Dewan Cafeteria JKR Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh,Perak.


Diharap dapatlah sahabat-sahabat meluangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis tersebut.

"Buah selasih idaman teruna,
Bunga wardah digumpal-gumpal,
Terima kasih sahabat semua,
Sudi-sudikanlah hadir ke kenduri Faizal."


P/S:Di bawah ni ada le rupabentuk kad jempuatan beliau. Kalau sesapa yang tak dapat kad n nak kad jemputan daripada beliau. Sila SMS alamat terbaru anda ke no phone 013-324 3229 (Faizal).


Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, June 14, 2007

Al-Fatihah

Setiap yang hidup pasti menemui saat kematian.


Pada jam 12.52pagi tanggal 14hb Jun 2007, saya telah menerima satu SMS yang dikirim oleh Azlina bahawa ayahanda tercintanya telah kembali ke rahmatullah.

Sayup hati mendengar berita kematian ini...tapi apakan daya dan lumrah alam, kita sekadar manusia memang akan tetap akan kembali pada Pencipta Yang Esa. Cuma mungkin masa, saat dan waktunya sahaja kita belum pasti dan ketahui.

Bersama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk roh dan juga untuk diri sesiapa yang memerlukannya..

Kami wakil dari ALUMNI IDRISIAH 1998 mengucapkan Takziah kepada Azlina dan keluarga serta diharapkan berbanyaklah bersabar di atas segala suratan atau kebetulan ini.

Kita merancang...tapi Allah lebih Maha merancang dan menentukan tiap sesuatu.

Mungkin tiap apa yang terjadi di sekeliling kita ada hikmah yang bakal hadir. Kita tak tahu apa nasib dan takdir kita selepas ini. Berbanyaklah bermuhasabah dan bermujahadah kepadaNya.

AL-FATIHAH.

P/S: Sesiapa yang nak ucapkan takziah atau ingin menghubungi Azlina ..sila hubungi di talian 012-554 4552.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, May 25, 2007

Walimatul Urus!

Assalamualaikum pembuka kata,
Sudah lama tidak bersua,
Apa khabar sahabatku semua,
Bertemu kali ini dalam khabar gembira.

Hajat di hati ingin mengembara,
Jauhnya destinasi tidak diketahui,
Singgah sat arini ada cerita,
Bagi mengkhabarkan tentang majlis kenduri.

Buat semu sahabat-sahabat yang setia, ini ada berita tentang beberapa majlis kenduri kahwin sahabat seangkatan kita yang berhajat menjemput semua yang berkelapangan.

Menghadiri walimatul urus ni boleh jatuh wajib ye tuan puan sahabat sekalian.
Kalau takde aral... silakanlah menghadiri kenduri sahabat-sahabat kita ni.

Okey... jemputan yang pertama saya telah terima ialah datangnya dari Saudara Mohd Azmi bin Hj Mat Rashid dengan pasangannya Norfaizah bt. Ishak pada Sabtu 2hb Jun 2007, bertempat di No. 72, Jalan Zamrud, Rancangan Belia Khas, (P) Seberang Perak, 36000 Teluk Intan Perak.

Jemputan kedua datangnya dari Saudara Syahril Rahim.... dia bagi kad jugak tapi sampai kat rumah org lain.... rasanya kenduri dia 2hb Jun 2007 jugak.. sama ngan Azmi.. bertempat di Behrang Stesen... pi balai polis behrang stesen..ada le sign pi ke rumah dia..

Sapa lagi ye yg nak kahwin.... tu je setakat ni... kalau ada sesapa lagi yg tak dimaklumkan... sila la berbuat demikian secepat mungkin...

Perhatian... sesapa yg nak berkonvoi ... sila daftarkan nama anda atau maklumkan kepada ketua konvoi iaitu Saudara Khairul Fitri Roslan di talian 012-598 1257 @ 014-303 6507.

Sebarang perubahan atau tindakan susulan akan diberitahu oleh pihak Fitri Roslan harap maklum....

Cepat Yop Yong bagitau dier....

Ilal Liqa' :)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, April 17, 2007

Bahaya IFC!

Ya Allah selamatkan kami dunia akhirat...matikan kami
saat iman kami paling tinggi YA ALLAH!!
Mudah-mudahan ianya tak akan diluluskan.. .

Bertindaklah sebelum terlambat.Bahaya IFC diantaranya ialah:-
Bangsa2 lain yang bukan beragama islam di Malaysia menuntut supaya :
1. Peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada masjid,
diberi sama kepada agama mereka yakni kuil, tokong, gereja dll.
( bermakna. ada mesjid Negeri ada juga tokong Negeri, kuil Negeri,
gereja Negeri. Imam masjid dpt elaun... sami dpt elaun, paderi dpt elaun)

2. Orang Islam dibenarkan berkahwin dgn bkn Islam TANPA pasangannya
memeluk agama Islam, dan orang Islam DIBENARKAN KELUAR Islam untuk
berkahwin dgn bkn Islam( MURTAD - PERSOALANNYA NAK NIKAH KAT
KADI KE KAT SAMI KE, PADRI KE ? halal darah orang murtad hadith sahih)

3. Anak orang Islam tidak boleh diislamkan sebelum berumur 18 thn. Dan ia
bebas memilih agamanya selepas 18 thn. ( bermakna kita tak boleh AZAN
KAN anak kita selepas lahir, tak boleh ajar anak kita mengaji quran tak leh
ajar sembahyang, takleh ajar pose.. lps 18 thn dia pasti pilih agama BLACK METAL.

NABI BERPESAN:

TERPUTUS LAH HUBUNGAN DUNIA ANAK ADAM SELEPAS MATI MELAINKAN 3
PERKARA. AMAL SOLEH, SEDEKAH JARIAH, DOA ANAK YANG SOLEH. Haa...
boleh ke anak agama Black Metal doa kat kita...?

4. Wang kutipan zakat fitrah harus diagihkan kepada semua agama dan bangsa.
( zakat fitrah dikutip daripada orang Islam je.. yang hampa nak sekali pasal?
Hampa kutipla sendiri... yahudi betoi.. ( ALLAH BERFIRMAN: AGAMA
KAMI HAK KAMI, KAMU DGAN AGAMA KAMU...) KAMI TAKLA
KACAU AGAMA KAMU.. BUAT LA TOKONG BANYAK MANA PUN, BAWAH
POKOK BESAR, TEPI JALAN, DLM GUNUNG, SAMPAI TUTUP JLN BILA MUSIM
THAIPUSAM, BERIBU POLIS ISLAM DOK JAGA.., LAGI TOLONG KAT HAMPA..
( kalau ceramah agama beribu polis dok sembur ayaq... )
Dan banyak lagi perkara yang depa nak gangu hak umat islam di Negara
Malaysia ni.. kalau nak keterangan lanjut call no tel kat bawah nanti...

Wahai saudaraku... ! dunia dah nak kiamat.. diantara tanda2 kiamat..
Allah akan mematikan ulama2, akan menarik rasa gerun org kafir terhadap
orang islam dan mencampak kan kehati org islam rasa gerun terhadap orang
kafir, kebenaran dilihat kebatilan dan kebatilan dilihak kebenaran, muzik
bermaharaja lela, artis disanjung ulama dihina, takut menegah kemungkaran
berani menghalang kebajikan, ibubapa bertuan kan anak,
harta negeri beredar dikalangan sendiri dan mcm2 lagi ( mls nak habaq kot ada
yg salah paham ) Plastin kena godam, pasal arab tak habis2 perang
saudara puak sunnah ngan syia'h... kita yang kat sini takan takleh ambik pengajaran
kot... jgn dok sibuk mawi la... jgn dok sibuk siti...( kalau minat beli je album, sudah
laa...) jgn dok sibuk menteri gaduh pasal jambatan bengkok... ( lurus pun berapa kali
hampa gi s'pore sebulan! ) Pasal AP pun takyah ( kalau sekadar pakai wira ngan
kancil...) Takan la tak boleh bersatu lansung bab2 agama kita yang dah nak
kena godam ngan yahudi ala Malaysia ni.. jgn sekadar nama je Muhammad,
Abdullah, Ahmad, Omar, Ali, Osman, Abu Bakar, Shafie, Aishah, Khadijah,
Adam, Isa, Musa, Harun dan nama nabi dan rasul kita, kalau Allah Tanya
" apa yang kamu telah buat sewaktu agama kamu dihina, dicaci, dipermainkan dan
diancam oleh orang kafir" dan kita jawab " eh... tak perasan pulak..!, sebab hari
tu mawi ngan siti ada gossip "

Mari lah saudara ku kita bersatu, saya merayu pada yang bijak pandai, yang
kaya, yang berpangkat, yang berpengaruh, yang bangsawan, yang belum kena
sawan agar kita bersatu dlm hal ini pun jadilah.. gunakan lah apa2 kuasa
yang dianugrahkan allah untuk kembali kepadanya..hal minyak lain kali, AP
kemudian, jambatan bengkok tak layan, menteri gaduh.. depa cari makan.....

Wassalam...

P/S: Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli Nordin), beliau
telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI JAYA,
Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat
untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah
Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan
sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya
besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih
lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini. Sila
sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius...

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, April 02, 2007

Karnival Kerjaya & Pembelajaran

Assalamualaikum,

Apa habaq semua warga bekas pelajar Idrisiah semua??? Lama tak menyibuk kat blog ni. Apa cerita sahabat-sahabat semua?? Dah ada yang baru bersalin.... Ada yang baru kahwin.. ada yang gatal nak kahwin pun ada...

Di sini ada la Cik Sakinah Sakor minta tolong promote supaya kita ramai-ramai kasi gempar KARNIVAL KERJAYA & PEMBELAJARAN.

Dengar katanya ada buka stall pameran or jualan ke apa...

Jadi, moh le kita reramai pi Karnival ni ek??? Mana la tau boleh jumpa ustaz, ustazah or cikgu2 yang dah lama kita tak jumpa tu. Moh kitee...

Bertempat di : Stadium Indera Mulia Ipoh.
Tarikh : 7 & 8 April 2007 (Sabtu & Ahad)


Menurut pesanan Cik Sakinah Sakor, karnival ni sempena Idrisiah dah mencecah 85 tahun kewujudannya. Uish! Lama tu... Kalau manusia, dah macam tok aku tu...

Okey kengkawan semua. Jom pakat kita ramai-ramai pi Karnival ni. Kalau bukan kita sapa lagi naak memeriahkan dan meraikannya. Betoii tak???

Ok, jumpa lagi. Tata.... :)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, February 12, 2007

Sekitar kenduri Kahwin Wak Din!

Assalamualaikum,

Kabare kengkawan semua????
Sejak dua menjak ni sibuk nampak chat box kat sebelah ni...
Alhamdulillah, jangan hangat-hangat tahi ayam udah le....

Okey, ni ada sikit gambar kenduri kahwin Wak Din. Ashraf la ni.. dah la bagi lambat... dua keping je yang sesuai masuk kat blog ni... Yang lain2 semua kena edit dgn FINAS. Ada benda yang tak sesuai dipertontonkan kepada umum... Yang ni je manis untuk dipertontonkan...

Inilah dunia.....


Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Wednesday, February 07, 2007

salam98... sambungan

ape kabo sume? lame udah rasanya tgn ini tidak meniti di alam maya salam98, di atas nukilan warkah syahdu berlagu pilu( udah mcm lagu la plak)... keh3... konon2 nk menggantikan abg apis yg jauh nun di perantauan sana...

ok... zaaaasssss

kepada kengkawan sume... dvd salam98 telah pun berada di pasaran... sebarang pembelian atau permintaan boleh dibuat terus kepada sir faisal (019-5289607)atau ustaz fuad (017-5190119, atau di alamatkan kepada email ini - almaliksal@yahoo.com.
AWAS!!! DAPATKAN YG ORI!!!... :)

kedua... secara rawaknya, melalui persembangan yg berlaku di chatroom blog, satu tournament boling ala2 persahabatan n suke2 akan diadakana seperti tarikh berikut:

tarikh: 18 februari 2007 (ahad)
masa : 12.00 tengahari
tempat : ampang bowl (parade) atau jusco alley (jaya jusco)
*tempat akan di'kompom'kan kelak.

bayaran? ape kate RM20... lebih kasi balik... hehehe.. x de la, klu ada baki, kita akan masukkan dlm tabung salam98 k...

sehubungan itu, adalah diajak beramai2 rakan2 sume join da club... bolwing nie just jadik sebab je utk kite hav fun, myb after dat kite leh buat xtvt lain seperti mkn malam or ziarah ruamh2 sahabat2 terdekat di ipoh...

ok... ape2 pertanyaan, sila hubungi sa'e (019-5289607) atau fitri (012-5981257)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Wednesday, January 17, 2007

Kenduri kahwin Wak Din!

Assalamualaikum,

Kehadapan semua sahabat-sahabat bekas pelajar Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar.

Di sini ada berita yang baru diterima dan baru sahaja disahkan. Sahabat kita saudara Khairuddin bin Md. Zin dah nak bernikah. Berikut adalah alamat dan tarikh perkahwinan:


Pada : 28hb Januari 2007 (Ahad)
Alamat : 615, Kg. Baru Sg. Kroh, Kampar, Perak.
No. Tel: 013-6348670 @ 012-3132124



Oleh yang demikian, buat sahabat-sahabat dijemput untuk berkonvoi ke sana. Sila maklumkan kepada Fitri Roslan 012-5981257 untuk turut serta dan tindakan seterusnya.

Marilah bersama kita memeriahkan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, January 11, 2007

Tengok Bola!

Assalamualaikum semua....

Apa khabar? Saya dah seminggu dah demam ni... Tak tahu la kenapa. Tapi dalam demam-demam pun pi gak Stadium Shah Alam semalam. Buat apa? Apa lagi, tengok bola la Perak lawan Selangor Liga Super 2007.

Pergh.... Power team Perak main....tapi first half je la... Semasa nak masuk entrance gate stadium tu, terserempak la ngan Riduan dan akhi Fakhrulrazi. Kenal lagi ker akhi Fakhrulrazi tu? Ala.... MPMI yang satu batch ngan Leh tu. Mmm.. tak sangka plak boleh terjumpa depaa kat situ. Pastu, pakat-pakat la tengok sama. Kami masuk lambat sikit.. Tak sempat nak tengok 3 gol awal.

Perlawanan mula pukul 8 malam. Tu pasal tak sempat tu... Balik kerja kul 6pm. Pastu nak solat maghrib lagi... Apa la FAM ni buat match mula awal... kalau lambat sikit ok gak.. ni mesti ramai yang dok ada kat stadium tu kantoi maghrib. Kena minta FAM tukar jadual perlawanan ni. Tak fikir kemaslahatan orang Islam betul la.

Kiranya Perak menang 4-2. Separuh masa kedua tak plak Perak score. Dah tinggal 9 orang player Selangor pun tak boleh score. Yela.. dah dua pemain Selangor kena kad merah. Ni la masalah team Perak yang cepat berpuashati dengan apa yang ada. Kiranya peluang semalam adala lebih 20 peluang depan gol. Kena palang n tiangnya jangan cakap la adala dekat 10 kali.

Kalau ikutkan semalam, Perak dah berpesta gol dah. Kieta Mandjou yang score hatrick tu pun dah banyak sangat peluang disia-siakan. Nak gol cantik la konon. Bayangkan 1 by 1 dengan goalkeeper je dah lebih 5 kali. First half je enjoy tengok, bila masuk second half gerakan Perak jadi slow. Macam tak nak main je.. Tiket dah bayar RM10. Tapi tak puashati sangat ngapa tak dikeluarkan Kieta tu lepas banyak kali sia-siakan peluang.

Buat kengkawan yang nak tengok bola kat sekitar Lembah Klang bila ada match Perak, boleh la call saya ek? 013-3243229. Boleh kita pi sekali.

Ok, jumpa lagi akan datang.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..