Dah lama tak bercerita tentang kenangan di Idrisiah. Rasa terpanggil semula nak menukilakan cerita-cerita kenangan kita bersama.
Mari bersama kongsi ini cerita, sambungan kisah orentasi 40 hari bersama, banyak cerita suka dan duka, menyingkap kenangan di bumi tercinta. Mana lagi, Madrasah Idrisiah laaa....
Maka bermulalah sessi orentasi, mak ayah dah jauh pergi tinggalkan kita mencari ilmu nak mantapkan diri, macam-macam ilmu yang ada kat sini, tak caya tanya akhi2 dan ukhti, ilmu agama, sukan, akademik dan juga ilmu kendiri, ilmu basuh kain sendiri pun masuk dalam pakej sekali.
Makanan terhidang tersedialah sudah, setiap meja 8 orang jadi satu zumrah, makan menghadap rakan sezumrah, jangan gaduh2 memang nasi tak boleh nak tambah, sebab kena makan sama sikit bahagi nasi sama banyaklah, itu masing2 kena ambil endah, kalau ikut hati dan nafsu amarah, alamat tak dapat makan la kawan yang lambat tiba di meja zumrah.
Pelbagai jenis kejadian di dewan makan, dari yang makan penuh sopan, hinggalah makan mengalahkan perangai syaitan, bukan nak baca doa bila mula makan, siap ambil makanan lebih... kesian kat kawan. Berlinang airmata tak dapat makan, kena tunggu semua habis makan, baru la boleh cari mana2 lebihan bekalan. Lepas makan perut pun kekenyangan, patutnya syukur alhamdulillah terima kasih kat Tuhan, ni tidak...ada yang terus lari keluar bertempiaran, lupa kot yang dah kecapi nikmat Tuhan.
Itu cerita dah abih makan, ni nak cerita sebelum nak masuk dewan makan di hari ayam ditetapkan, bukan nak mengaibkan, tapi sekadar nak cungkil telatah dan kerenah sesama kita yang dah jadi kenangan. Kawan-kawan ingat! Dewan makan jadi matlamat, di hari selasa ayam masak merah jadi hidangan paling nikmat, berebut2 siapa dulu masuk dewan makan nak tempah ayam besar2 pelipat, masa ni la boleh tengok siapa baik macam malaikat, dan siapa sebaliknya nak lepas dendam kesumat. Yelah.... siap berlari pecah pintu bukan main ligat, Tuhan je tahu punya la hebat, siap jatuh2 luka-luka tak ingat, mmm.... ni la antara gelagat, bagi bebudak lelaki yang pastinya lebih hebat.
Bagi yang perempuan saya tak tahu, rasa-rasanya semuanya makan tersipu2 malu, yelaaa kan makan depan lelaki nak control ayu, walaupun hakikatnya perut tu lapar mendendangkan lagu. Dengar cerita ada yang siap bungkus makan tak nak makan kat situ, samada malu nak tunjuk perangai sebenar tu, atau memang ada 'excuse' yang tak dapat nak diberitahu.
Rasanya cukup sampai disini dulu, nak sembang panjang2 takut nak baca plak tak lalu, lain kali kita sambung cerita bukannya merapu, sekadar singkapan kenangan dan mungkin penambah ilmu.
Okeyla sahabat-sahabat saya mohon permisi, InsyaAllah ada masa kita 'continue' lagi, mohon maaf andai ada terguris atau terasa hati, bye-bye.. kita jumpa lagi. :)