Friday, May 05, 2006

Pertama kali...

Assalamualaikum sahabat-sahabat,

Apa khabar semuanya??? Di harap sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Pertama kali...
Kalau sahabat-sahabat ingat... kali pertama kita berada di Madrasah Idrisiah merupakan saat dan langkah bermulanya episod perubahan atau penghijrahan kita dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Dari zaman tak tahu nak basuh kain sendiri, kena basuh kain sendiri.... Dari suasana hidup berkepit ngan mak ayah, kena hidup sendiri disamping sahabat baru rasa senang susah... Dari asal diri jahil hal ehwal agama dan syariah Islamiah, jadi seorang yang celik ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Ingat lagi???
Pertama kali melangkah kaki di bumi Idrisiah, kita rasa gah dan berkobar-kobar nak belajar kat sekolah depan masjid Ubudiah.
Pertama kali melangkah, semua sanak saudara kaum keluarga turut menghantar kita masuk sekolah. Yelah, sekolah terbaik di Perak yang tak nak kalah.
Pertama kali nak cuba-cuba hidup di ASPURA dan Asrama Mariah.
Pertama kali nak rasa hidup dikawal selia oleh Akhi Salim dan Ustazah Aminah.
Ingat tak???
Mula-mula sampai kat Idrisiah, kena check-in kat Rumah Bulat. Nak kata bulat, takla bulat sangat. Lepas tu, pakat kumpul rapat-rapat kat dewan Bangunan Induk yang baru dicat. Mak ayah kaum kerabat, semua pakat dengar Arwah Ustaz Musa bagi taklimat. Macam-macam Arwah Ustaz Musa beri ingat. Jangan diganggu anak-anak tuan puan dalam masa 40 hari ni, ingat! Bukan nak merotan atau mendera sampai berbirat-birat. Tapi cuma nak mengajar anak tuan puan jadi umat Nabi Muhammad yang bermanfaat. Berguna untuk agama, negara dan masyarakat sejagat. Bagi memperjuangkan kehidupan yang berlandaskan syariat.
Maka, bermulalah detik-detik orientasi kita bersama. Tangan mak ayah disambut dicium tanda ingin undur diri tinggalkan anak bagi mengejar cita-cita. Maka, ada di sudut-sudut di bumi Idrisiah bercucuran airmata yang tak pernah berpisah ngan anak yang tercinta. Sedih memang sedih tapi nak buat macamana, dah sampai masa. Akur dan redha je laa...
Tangan dilambai berbaur hiba. Sebak hati rasanya.
Kalau tak salah la ye, 19 haribulan Disember 1993... Jam 6.30petang berkunjung tiba. Kita diminta berkumpul di dewan Bangunan Induk bagi diberi penerangan yang pertama. Pelbagai jenis rupa bentuk di antara kita. Ada yang 'sihat', tinggi, kecil molek, comel lotee, kurus dan yang besar macam bapak budak pun ada.
Ingat lagi???
Akhi Asri dan Akhi Syazali. Dua orang yang sama tinggi cuma colour berwarna-warni. Berserta dua orang ukhti yang saya lupa namanya di kali ini. Nanti-nanti sahabat-sahabat khabarkan pada saya yang lupa ini. Bercakap macam bapak tiri dan ibu tiri. Tapi mereka-meraka ni patut kita puji. Kalau tak kerana mereka ni, tak kita jadi macam apa yang kita miliki hari ini. Terima kasih akhi dan ukhti. Lama tak jumpa, mesti dah beranak isteri.
Herman, Firdaus Rizal Shahrunrizan dan Zulhadi. Ajk orentasi bagi kami lelaki. Ajk perempuan maaf saya lupa lagi. Yelah, tak pernah masuk asrama mariah walaupun sekali. Sesiapa yang ingat boleh bagi ingat nanti. Bagi yang lelaki, musolla form 1 tempat berkumpul pasti. Di tingkat lima, belah atas hujung sekali. Di situlah kami berkumpul nak memotivasikan diri. Belajar solat berjemaah yang jarang dibuat kat rumah sebelum ini. Macam-macam diajar, tengoklah apa dah jadi sekarang ni...
Pelbagai kerenah dan feel nak saya cerita. Tapi waktu Jumaat dah hampir tiba. Nanti-nanti kita sambung sembang-sembang dan bercerita. Banyak suka duka nak saya kongsi bersama. Andai ada jodoh kita jumpa di lain masa. Kalau sahabat-sahabat ada cerita nak dikongsi buat penghibur duka nan lara. Silalah turut serta meriahkan ruangan ini bersama. Salam sayang dari saya untuk semua yang tercinta. :)

1 comment:

Anonymous said...

k.kin...
info la apa2 perkembangan kat idrisiah la ni..

nak harap sa'e ngan kirud almarhum laaaaa....

dah mula sekolah dah kan??

:)