Saturday, May 20, 2006

Berita Tergempar!!!


Assalamualaikum,

Berita tergempar!!! Berita tergempar!!!

Perhatian! Kepada semua sahabat-sahabat, dengan ini dimaklumkan bahawa Ihtifal Madrasah Idrisiah yang akan dirasmikan oleh YAB Pak Lah akan ditunda ke waktu malam 25hb Mei 2006 bersamaan hari Khamis(malam Jumaat). Jadi.... apa kata kalau kita datang petang Jumaat tu jee... Bermalam di sekolah bagi yang jauh. Memandangkan masing2 ada kerjaya, kita kumpul 27hb laaa. Boleh ker ni?? Saya dah discuss dengan Sa'e (faisal ismail) warden aspura dan dia pun dah setuju.

Kalau boleh, kita semua kumpul pagi sabtu 27hb dan bergerak ke rumah2 cikgu atau rumah sahabat2 yang berdekatan. Tentatif dan tempat bermalam diuruskan oleh Sakinah Sakor dan Faisal Ismail. Pukul 9pagi kita berkumpul di dewan ye!

Diharap sahabat-sahabat dapat menghadirkan diri ke perjumpaan kita ni... Semoga dengan bermulanya perjumpaan pertama ini, maka akan bermulalah bergeraknya jawatankuasa Alumni98 kita. Masa meeting ni, jangan pulak ada yang tak beri cadangan atau pendapat tentang apa saja perancangan aktiviti yang bakal diadakan. Datang ek???

Lepas tu kita nak ke Bagan Datoh terus memancing pun boleh...(dibawah perhatian pihak Munir Irfan).

Sesiapa yang terbaca atau membaca ruangan ini... hebahkan lah ye maklumat yang berkenaan kepada semua sahabat-sahabat kita. Biar ramai-ramai, baru syok.

Rasanya Helmi Baharum kahwin dalam bulan ni la... Tarikh saya tak tahu. Entah2 dah lepas. SELAMAT PENGANTIN BARU HELMI BAHARUM! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya. Amin.

Buat saudara Endera Faizal bin Abdul Khalil. Anda tersangatlah diharap dapat menghadirkan diri ke perjumpaan kita ni. Datang malam Jumaat la ye? Ajak semua konco-konco berkumpul sekali. Kasi gempar satu Idrisiah dengan kedatangan kita... Apa-apa hal hubungi Faisal Ismail atau Sakinah Sakor.

Macamanalah rupa sahabat-sahabat lama yang keluar masa form 3 dulu ek?? Mesti dah lain sangat. Dulu mungkin kecil sekarang dah besar.... Dulu besar, mungkin sekarang dah kecil.... Dulu lain sekarang lain. Dulu macam bebudak je, mesti sekarang macam mak budak dan bapak budak... Ada yang dah jadi Tok atau Opah ker???

Macam2 lah nanti kejutan yang akan tersingkap. Kalau sahabat2 nak jumpa sahabat yang lain, datanglah ye... Harap sangat ni. Bila lagi kita nak mulakan. Nak tunggu Hari Raya, susah sikit. Saya pun akan berikan keutamaan pada keluarga dahulu di hari raya. Datang, jangan tak datang!

Okeylah ye, rasanya takde apalagi nak dikhabarkan. Itulah, saya harap sangat kita semua dapat berkumpul hari Sabtu (27hb Mei). Kalau ramai datang malam, kita pakat makan malam beramai-ramai kat dewan makan. Mesti teringat kenangan lama masa belajar kat situ. Best laa..

Jumpa lagi... Ilal liqa' :)

P/S: Ibrahim Alang masuk wad kat Pulau Pinang. Katanya ada ketumbuhan kat mata. Bersama-sama kita berdoa moga dia cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Amin!

6 comments:

Anonymous said...

a'kum kawan2...maaf lah yer kerana saya tidak dapat hadir ke idrisiah pada arikh yg telah ditetapkan kerana 27hb tuh saya ada jemputan khawin dan macam2 hal lagik la..nanti saya bgtau kat kawan2 yg lain mana tau diorang bleh datang...

ps:semoga ibrahim alang cepat sembuh

Anonymous said...

mat anak pak mat dapat anak pempuan semalam..baru lahir..

Anonymous said...

Assalamualaikum, ni first time aku bukak blog web ni sebab baru tahu. Alhamdulillah aku dah sihat dah cuma sakit mata sikit je, takde le sampai ketumbuhan. mengenai pertanyaan endera yang lepas ni aku nak bagitau le semua yang baca blog ni, aku dah bertunang ngan ena seminggu lepas raya tahun lepas, insyaallah semoga diizinkan tuhan kitaorang akan buat kenduri kawin 20 & 21 hb ogos ni (doakan kami). secara tak rasmi nye aku jemput semua orang datang. nanti aku edarkan kad jemputan.

Seperkara lagi, pipud suruh aku bagitau kome sume yang die akan balik cuti pada 13 june ni. cuti sampai bila aku tak pasti le.

Okey kekawan, apa-apa hal ni no contact aku 013-5305541, 04-3829161, imohamad@mailcity.com , mibrahim@bankislam.com.my

Anonymous said...

saper ingat kes rosli awang nyer gigi patah terhentuk kepala helmi shahrizan???...hahahahha

aku suka..aku suka...

Anonymous said...

hahahaaaaa....

macam2 aku ingat lagi...
semuanya kat musolla.. aku tengah gelak sorang2 ni.. hahhaaahhaaa..

lawak siut...
siap patah lagi gigi dier...
berdarah2 plak tu...
hahahaaa.. kelako laa..

Anonymous said...

hahaaahhaaa...
musolla form 1 banyak tinggal kenangan la..
aku ingat lagi first time aku nangis bila akhi asri buka cerita sedih... tu malam pertama aku kat idrisiah. tak pernah jauh ngan family tu..
Seingat aku, ramai gak yang meleleh airmata..
Touching giler...akhi asri cakap.
mana dier skang ek???