Kawan ???
kawan...nak sebut memang mudah..
tapi hakikatnya nak cari kawan sejati punya la payah..
Kawan..
bila tak ada kita cari...
tapi bila dia di depan mata kita tak hargai.
bila kawan berjanji kita nak dia tepati..
terlewat seminit muncung kita panjang sedepa tambah sekaki...
alasan kawan langsung tak nak didengari..
Tapi kalo kita yang tak tepati, manisnya bibir menuturkan maaf ,I'm Sorry..
bila kita ada masalah kawan setia di sisi..
bukan setakat nasihat malah wang ringgit pun sanggup diberi..
waktu tu kita rasa dia la sahabat sehidup semati..
Tapi bila kawan dihimpit masalah terkini..
kita biarkan dia menangis sendiri..
jangankan mendekati, bertanya khabar jauh sekali.
Bila kita perlukan pertolongan kawan disisi..
sedia membantu berat sama dipikul ringan sama dijinjingi..
tak pernah sekali pun dia merungut itu dan ini.
Tapi bila kawan meminta sedikit kudrat..
kita tak habis-habis cerita dia ni jahat..
kita jual kononnya kawan menyusahkan kita sangat..
kawan simpan semua rahsia kita, siap ikat kuat-kuat..
kalo kita buat salah, kawan rela terima hukuman berat.
Tapi bila kawan tersilap langkah..
laju mulut kita menabur cerita kononnya kawan punya angkara amarah..
tak layak berkawan dengan kitalah..
walaupun hakikatnya kita turut sama melakukan perkara karahah..
Waktu kita susah kita cari kawan..
kita mengeluh bila kita tak ada kawan..
kita menangis bila kita ditakdirkan bersendirian..
tapi...kita tak pernah nak hargai nilai sebuah persahabatan..
kita tak tahu nak balas budi kawan..
biarpun bukan itu yang diharapkan kawan.
Kawan selalu memberi..
kawan tak minta dibalasi..
tapi sebagai kawan kita kena la beringat bukan wang ringgit yang kawan hajati..
bukan kudrat tenaga yang kawan tagihi..
tapi secebis kejujuran dan secarik kasih sayang yang dipertaruhkan sepenuh hati.
Kawan, jangan makan kawan...... :)
-abangehem-
Thursday, May 18, 2006
Kawan!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aku pernah gak kena makan ngan kawan aku.... tapi aku nak makan kawan aku...belum pernah lagi oooo!!! Kawan aku suka amik kesempatan kat aku..tension oo..
Post a Comment