Wednesday, May 17, 2006

Selamat Hari Guru!!!


Assalamualaikum,

Rasanya tak terlewat nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 yang membaca ruangan ni. Sahabat2 kita pun dah ramai yang jadi guru.

Bila tiba Hari Guru ni. Masih teringat juga saya zaman berada di Madrasah Idrisiah. Cara sambutan Hari Guru siap ada macam2 game dan pertandingan lagi.

Tiap2 kumpulan dianggotai dengan pelajar dan guru. Pastu plak, ada perlawanan persahabatan bolasepak, takraw,bola tampar,ping pong dan badminton antara barisan guru dan pelajar2.

Masih ingat! Pak Lah main takraw???? Apa cerita Pak Lah sekarang ni ek??? Cikgu Hamdan, cikgu Razak, cikgu Adib, cikgu Nazri. Ramai lagi....tapi tak terucap kat sini. Lama dah tak jumpa cikgu2 tu semua.

Arwah Ustaz Musa pun pernah lawan badminton dengan pelajar. Boleh tahan jugak arwah Ustaz main badminton. Respek dan suspek sangat kat dia. Ada sekali tu seingat saya pernah main sepak raga ratus dengan Arwah Ustaz. Walaupun berkasut kulit dan berseluar slack kelabu, selamba je Arwah Ustaz timbang bola. Mmmm... Kalau dikenang-kenang seronok rasanya nak sambut Hari Guru ni macam dulu-dulu. Tapi sekarang ni dah tak rasa dah semua tu. Tinggal kenangan je laa... Rindu rasanya nak ulang semua peristiwa tu..

Bercerita tentang nak kumpul semula semua batch kita ni... Ada sesapa yang boleh manage satu tarikh? Kalau boleh buat kat Kuala Kangsar. Ramai yang boleh turun sebab dekat ngan sekolah. Perempuan pun dapat turut serta. Hari tu, saya ada survey Sg. Perak Resort kat sebelah Sg. Perak sebelah jambatan. Okey gak tempatnya. Cuma kalau boleh kita buat program 2hari satu malam. Check-in sabtu, check-out Ahad. Kalau duduk dorm, Seorang RM15 (boleh nego kalau ramai). Kalau ada yang nak dok bilik family bayar RM30-40.

Jadi kalau sesiapa ada cadangan satu tarikh yang sesuai, boleh utarakan kat ruangan ni atau masa kita kumpul lepas perasmian oleh Pak Lah di Hari Ihtifal nanti. Masa kumpul2 tu akan kita tubuhkan jawatankuasa yang nak manage segala aktiviti alumni idrisiah98 kita ni. Harap-harap ramai yang datang. Kalau ramai, lepas settle meeting, apa kata kita buat konvoi pi rumah2 cikgu, pi rumah sahabat2 kat sekitar Kuala kangsar. Macam Raya plak. Tapi kalau nak tunggu raya, orang lain banyak komitmen lain yang nak didahulukan. Just suggestion je.. :)

Okeyla sahabat-sahabat. Bertemu lagi lain kali... Ilal liqa' :)

2 comments:

Anonymous said...

aku sebelum ni ngan gjie tiap-tiap kali raya mesti turun kuale ngan ipoh melawat umah kawan-kawan sekitar, rumah cikgu rahman najib dan kubur ustaz musa...tp time tuh tgh free giler..skrg nih susah ar sikit sbab selalu sibuk..cuti raya pun 2-3 hari jerr...tp yg sedihnyer kawan2 jer yg tak pernah melawat umah kitorang... :(

Anonymous said...

Salam endera...

Tule... masa aku kat KL ko tak nak ajak aku pi umah ko..
aku rajin gak jalan2 cari makan kat KL tu.. tapi tak pernah pun dapat jemputan dari mu untuk ku.

lain kali ajak le pi umah.. alamat pun tak pernah nak bagi...