Tuesday, December 16, 2008

UNDANGAN PERKAHWINAN FHAKURULZEE

assalamualaikum kwn2.. undangan kelima pd bulan ni n yg terakhir utk bln n tahun ni adalah datangnya dari NOOR FHAKURULZEE pd 28 DEC, same dgn walimah Faisal Ismail.. jemputlah semua kawan2 memeriahkan lagi walimah mereka yer..!!
Alamat umah zee --> NO. 2, JALAN DESA 4/6, BANDAR COUNTRY HOMES, 48000 RAWANG, SELANGOR.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

UNDANGAN PERKAHWINAN AZLINA & FAISAL

DIJEMPUT SEMUA WARGA MIBCKK MENGHADIRKAN DIRI KE MAJLIS PERKAHWINAN AZLINA PD 27 DISEMBER 2008 DI ALAMAT --> NO. 10, LALUAN TASEK TIMUR 12, TAMAN SERI DERMAWAN, 31400 IPOH, PERAK & FAISAL PD 28 DISEMBER 2008 DI ALAMAT NO. 194, LALUAN MERANTI 5, TAMAN KUALA KANGSAR, 33000 KUALA KANGSAR, PERAK.. TQ!!




Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, December 09, 2008

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN AZIE..


Assalamualaikum kwn2.. Bln ni ramai btol la kwn2 kite yg naik jinjang pelamin.. 6 dec yg lalu, Nurull Hillmi di Grik.. minggu ni (13 dec) Azilawati pulak.. minggu dpn xde kot.. mggu satu lagi sape ek?? heheheehehe.. Kla, ni kad undangan azie.. Alamat umah azie --> 120, Batu 16 1/2, Kpg Kedai 2, 33700 Padang Rengas, Perak.. Jom kite pergi ramai2 yer..!!


Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

SATU LAGI KELAHIRAN..

Pada 2 dec (05:42am) yg lalu, aku menerima sms dr kwn kite, Nur Rahayu Ayob yang mengatakan bahawa beliau selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2 dec bersamaan dgn 12.14 pagi seberat 3.2 kg.. bayi lelakinya diberi nama "MUHAMMAD ATIF AKASHAH".. di bawah disertakan gambar bayinya.. TAHNIAH AYU!! sesiapa yang hendak datang melawat, silalah ke rumah ibu bapa ayu di alamat Lot 40670, Kpg Sindu, 31300 Kpg Kepayang, Ipoh.


Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Sunday, November 16, 2008

Undangan Perkahwinan Nuurul Hillmi

Assalamualaikum kwn2.. Nuurul Hillmi telah melayangkan kad undangan perkahwinannya kepada kite semua.. Insya Allah majlisnya akan berlangsung pada hari SABTU bersamaan dgn 06/12/08 di alamat No. 17C, Kampung Bersia Lama, 33320 Grik, Perak. Di bawah disertakan pelan umah Emi.. Marilah kite same2 memeriahkan lagi majlis perkahwinan Nuurul Hillmi dgn pasangannya yer..!!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, November 06, 2008

Gambar Anak Munir Irfan..


5nov08 8.16 pm - Nur Adleena Qaisarah telah selamat dilahirkan.. Beratnya 2.82kg.. Sesiapa yg ingin dan berpeluang utk melawat, dtg la ke UMRA Specialist Centre, Seksyen 13 (blkg stadium), Shah Alam.. di Tingkat 1, Bilik 208.. Waktu melawat adalah 24 jam.. maknenyer pukul brape korg nk dtg melawat pon boley.. Tahniah Munir!!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, October 10, 2008

PENGUMUMAM PENTING!

Assalamualaikum,

LIDAH PENGARANG MENGUCAPKAN, "SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI"

InsyaAllah kita akan buat gathering seperti berikut:-

Tarikh : 11hb Oktober 2008 (Sabtu)

Tempat : Rumah Ina

Waktu : 10 pagi

Diharap semua kengkawan dapat hadir bersama keluarga pada Sabtu ni....

Kalau rajin, bawa le serba sedikit juadah.. boleh kita sesama merasa kuih2 raya or masakan sahabat2 yang lain...

Okla.. tu je kot nak announce kat sini... Ni Ipin ada buat karangan Bahasa Malaysia ni tentang kenangan dia di Idrisiah. Sesama kita baca ye.....???


Pertama sekali ingin ku nyatakan disini bahawa Madrasah Idrisiah merupakan tempat aku menimba ilmu yang tidak akan ku lupakan. Banyak pengalaman manis / pahit yang aku timba kat sana. Antara kenangan manis yg aku dapat di Madrasah Idrisiah ialah KANTOI FLY beramai2 pergi Pekan Kuala Kangsar. Padahal jika aku fikir balik, bukan ada faedah pun kuar fly tu, lebih kepada nak seronok yg akhirnya membuatkan diriku n kawan2 lain dipukul oleh Arwah Ustaz Musa ketika itu ditapak kaki.. SAA.....KIT!!!

Terlupa plak nak cerita pengalaman pertama aku dirotan di Madrasah Idrisiah ialah disebabkan aku tak hafal Doa Ma’thurat oleh Akhi Herman (apa citer dia skang?).. Pastu aku kena rotan ngan Ustaz sapa ntah namanya (Ustaz yang selalu cakap loghat tu, naik vespa n selalu kata “apa dia apa dia”)… ((Nama dia Ustaz Kamal la Ipin a.k.a Red Bull...)) Dirotan nya aku sampai patah rotan tu… lepas tu dia risau n baginya aku bagi ubat sapu..sebab dirotan ialah aku dituduh bersubahat memanjat syiling asrama nak amik sarang burung layang (cdgnya nak buat sup la) n menyebabkan syiling tu pecah..HAHAHAH

Apa lagi yer…kenangan ku digossipkan ngan si “DIA”..hahahah! kelakar la, nak sebut nama tak payah la sebab aku rs ramai yg tahu n dia pun dah kawin n aku pun dah kawin… tapi memang lawak la.. ASRUL APEK mengenakan aku dengan menghantar surat kepada si DIA n mengatakan aku yg buat surat tu..syahdu aku mengenangnya, aku pun tak tahu apa yg ditulisnya..hahahaha! aku no hal, benda dah lepas..

Pasal ngan Ustazah Aminah plak, aku ni lemah bahasa arab..sampai skang aku lemah, huhuhu! Ruginya aku belajar 5 tahun tapi tak boleh nak menguasai Bahasa Arab.. Waktu exam, aku bawa karangan yg sudah siap ditaip (tajuknya HadikatulHaiwan).. Ntah macam mana Ustazah Aminah nampak aku pun tak tahu… dirampasnya kertas tu walaupun dah disorok bawah meja, dapatla aku kosong markah arab (huuuuh).. Selepas kejadian tu, aku belajar sesuatu “ jgn MENIRU walau perit macam mana pun”… Hasilnya PMR bahasa arab aku dapat “C”… hahahahah!

Selepas PMR aku pindah sekolah, tapi sekolah baru yg aku pergi tu tak sama macam Madrasah Idrisiah… Secara peribadinya MIBC lagi mencabar minda / fizikal ku.. Cthnya, pagi2 kena beratur nak pergi masjid ( penat ooo, ngantuk ) pastu kena hafal macam2 la, outing cukup payah kena tulis karangan bahasa arab yg dicopy berapa ribu kali ntah..hahah! Senangnya, aku kuar ngan Ilham setiap hari Sabtu ikut belakang sekolah ke K.K tgk wayang etc… tak kantoi pun..hahaha! Pergi sekolah baru, kantoi jugak fly malam dituduh toyol malam yg merayap masuk asrama perempuan (kesalahan yg tak dilakukan).. hahah!

Walau apa2 pun, aku berterima kasih kepada Tenaga Pendidik MIBC yang mendidik ku sepenuh hati, walaupun aku dirotan, dilempang etc.. aku tahu semua itu utk kebaikan diri aku jugak. Justeru itu, kepada bakal2 ibu n bapa, jgn manja2 kan sgt anak tu.. kalau kena pukul kt di sekolah dek cikgu, biorkan..bukan sengaja nak dipukul kalau tak buat kesalahan…

Sekarang, alhamdulillah aku boleh lah dianggap apa ya? Risau riak plak nak cakap… kira macam ni la, aku dah ada kerja tetap yang selesa utk aku menanggung isteri n bakal anak ku yg dijadualkan lahir pada 3/11/2008.. Insyaallah, kalau takda aral, salah seorang anakku nanti pasti akan aku hantar ke Madrasah Idrisiah…

WASSALAM..

SALAM AIDILFITRI, SALAM KEMAAFAN BUAT SEMUA SAHABAT..

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, September 30, 2008

Mampukah Kita Memiliki Hati Seikhlas Si Kelapa Tua?

Cuba kita renungkan bersama. Di akhir Ramadhan kita muhasabah diri. Ambil hikmah di Ramadhan kali ini… Tentang Si kelapa tua jadi cermin diri dan peribadi.

Semua orang kenal dan tahu pula gunanya. Sangat penting dan sangat berguna.
Kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan dan kelapa tua tak pernah jadi topik perbincangan, tak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalau kelapa tua ada emosi, tidak ramai yang dapat merasai dan menyelam perasaannya.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak pedulikannya.
Dirinya terbuai-buai di atas pokok, bila ditiup angin terasa nyaman sekali. Elok-elok kelapa tergantung di pokoknya sambil menikmati keindahan buana, datang orang menjoloknya dengan galah panjang.
Bukan selesa kena jolok macam tu.

Bila tangkainya menjadi lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-berpusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah, bukan setakat 5-10 kaki tapi sehingga 40-50 kaki. Bunyinya berdentum sampai ketanah. Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua bukan setakat ini sahaja. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk kedalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan, lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat dan ini berterusan sehingga tinggal tempurung. Dah tinggal tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya, keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu nak menilai seni seperti ini.

Tempurung bulat yang cantik ditetak dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua, di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sampai tahap ini maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Baru muqaddimah. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih diparut dan dikukur pula hingga lumat. Tempurungnya pula dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi , dituang pula air kedalam isi parut, kemudian diramas-ramas dan diperah-perah. Kalau hendak dikirakan ini sudah terkeluar dari batas-batas keperimanusiaan. Kemudian ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah lain ditumis. Bila dah cukup kuning dituanglah santan tadi dalam belanga. Maka berpanasanlah santan hingga pecah minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya: “Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?

Orang di dapur hanya menjawab,”Kari ikan bawal.” Kari dapat nama.
Ikan bawal dapat nama. Orang kata,”Oh! sedap kari ni.” “Oh! sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti si kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja tetapi ta’abud kepada Allah. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tetapi ada dalam perhatian Allah!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, September 18, 2008

TAKZIAH BUAT FAIZATUN ADAIWIYAH

Assalamualaikum kwn2.. ni nk bgtau yg ayah peja, pakcik Mat Puzi telah meninggal dunia pada pukul 1.30ptg tadi bersamaan dgn 17 Ramadhan.. INNA LILLAH HIWAINNA ILAIHIROJIUN.. marilah kita bersama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. arwah yang mempunyai sakit buah pinggang, telah menjalani rawatan dialisis dan fisioterapi.. arwah akan dikebumikan pada esok hari (18 Ramadhan) di Tanah Perkuburan Meru Raya..

Arwah seorang yang kelakar, suke buat lawak, cepat ramah dgn org.. aku ingat lg, dlu mase faliq rajin col umah parent peja, arwah la yg rajin melayan faliq.. hehe.. btol x peja?? sorry la sbb mengimbau kenangan lame.. dgn kwn2 anak2 pun, arwah mmg baik dan cepat mesra..

Kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. Amin..

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, September 15, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Apa khabar semua!


Udah lame rasenye teman tak menyesakkan ruangan blog kita ni. Ni ada kelapangan sikit ni, teman semakkan le ye serba sedikit buah fikiran dan juga idea yang boleh la sahabat-sahabat semua renung-renung dan fikir-fikirkan sejenak.


Kita dah masuk pertengahan Ramadhan ni. Ada yang tertinggal puase? Yang Muslimat mungkin ada dharar yang menimpa, takpela. Tapi takut-takut jugak yang Muslimin ni ada jugak yang terkantoi puase nye. Mintak jauhkan le ye...


Bila masuk bulan pose ni, kalau kita bersembang sesama kengkawan blajo dulu... banyak cerita yang teringat-ingat di kepala. Antaranya, masa sahurnye... masa berbukanye... masa nak bertadarus Al-Qurannya.... masa nak merebut tempat dlm bas pi berbuka kat satu2 masjid. Uish! Macam-macam lagi la kalau nak dikenang-kenang. Peristiwa2 n kejadian2 ni semua telah banyak mematangkan kita dan mengajar kita untuk kenal dunia dan lebih bertanggungjawab. Kalau cerita bab bersahur, jgn cakap le... sapa awal bertuahlah badan dapat menikmati makanan seselesa yg amat. Tapi bila ada yg bangun lambat, almarhum la jawabnye idak le dapat makan. Kalau ada zumrah yg nak bagi amik lauk takpe le... Kalau takde, jawabnye menitis le airmata lapor di pagi yg hening tu. Takpun ada ikhtiar lain, pi la koperasi Cikgu Nazri buat dibeli apollo sepeket dua... Kalau Pakcik Amir ada, berasap kantin, ada la makanan alternatif untuk kita semua.... Tak gitu?


Pastu, cerita plak ttg nak berebut tempat sapa yg bakal dipilih untuk pergi berbuka di masjid. Uish! Ni la pengalaman yg teman tak dapat lupakan. Masa tu, yang nak rasa diri tu dipilih pergi ke satu2 masjid tu... kenalah pandai baca Quran. Kalau kurang bijak, jawabnya takde la peluang nak pi makan sedap2 di masjid yang best2. Yela, bas bole muat 40 org je... kena berebut tempat le.... pengawas ngan MPMI tak payah nak risau...tempat depa gerenti ada kan???


Rasenye cukup dulu untuk kali ni... Ada masa kita sembang-sembang lagi... Ada kerja n tugas menanti di pagi ini. Apalagi bicara la wahai semua teman sejati.


Ni ada sikit tazkirah yang teman 'cilok' dan buat sesama kita renungkan... Sedikit kasar cara sahabat kita ni bagi tazkirah... apa-apa respon ek?


"Namun ada juga orang yang terlampau-lampau dalam mengaut pahala Ramadan hingga mengganggu orang lain. Golongan itu memerangkap atau memaksa orang lain turut dalam apa yang hendak diperbuatnya, tanpa memikir bahawa setiap orang ada hak masing-masing yang haram diganggu.Contohnya, ada jawatankuasa surau atau masjid yang menghentikan solat pada pertengahannya dengan memberi laluan kepada tazkirah, kononnya supaya orang mendapat ilmu. Tetapi, sebenarnya adalah paksaan yang mengandungi agenda tidak baik yang tersirat dalamnya. Buatlah tazkirah selepas selesai solat atau pada waktu lain. Mengapa perlu pada pertengahan Tarawih?Jika ia baik, tentu cara yang sama dilakukan oleh Rasulullah, setidak-tidaknya pada zaman sahabat atau oleh ulama muktabar.Ramadan walaupun bulan kerehatan, ia bukanlah bulan untuk bermalas-malasan, menjadikan orang Islam tidak produktif atau menjadikan alasan berpuasa untuk tidak membereskan sebarang pekerjaan.Sepatutnya pada Ramadan, umat Islam bertambah cergas, kuat kerja, aktif dan lebih kuat semangat. Ini kerana setiap tanggungjawab yang dibereskan pasti mendapat ganjaran berlipat ganda.Ramadan juga adalah bulan kemurahan, murah hati dengan mengeluarkan zakat dan sedekah. Namun, Ramadan bukan bulan pembaziran dan menambah daya nafsu serakah. Bulan ini kita berkongsi kebaikan, pahala dan keberkatannya. Jangan sampai dikatakan orang ?awak sajakah yang hendak buat pahala?? Ini pernah berlaku seorang yang mengaji al-Quran dengan pembesar suara masjid dihidupkan, sampai dinihari masih belum berhenti. Jiran tidak boleh tidur, sedangkan esok semua orang hendak bekerja, yang tidur siang dia seorang."


Lu fikirlah sendiri.... Ops! Sesama la kita fikir-fikirkan. :)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, September 01, 2008

SELAMAT BERPUASA..!

Enter Fleedy

Assalamualaikum kwn2..

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk merasai nikmat dan pahala di bulan ramadhan al-Mubarak ini.. bln ramadhan pada kali ini juga adalah ramadhan kali kedua aku menyambut puasa tanpa ayah yg tcinta.. (Al-Fatihah pada semua yg telah tiada..)

Bagaimana dgn sambutan kwn2 semua? ramai yg sambut dgn "org baru" kan?? hehee.. org baru yg aku mksudkn tentulah suami / isteri (yg baru dinikahi) dan anak (yg baru lahir).. ekhya dan fairuz sambut dgn suami masing2.. lee & oat, eda, sambut dgn anak yg bru lahir.. ade yg sambut puasa tanpa keluarga ke?? mgkin ade, tmbh2 lg yg berada jauh di perantauan..

Diharap semoga dgn kedatangan ramadhan kali ini, hati kita lebih bersih berbanding sebelumnya.. semoga amal ibadat kita juga berlipat kali ganda, tiada umpat keji sesama kita..

Di kesempatan ini, aku nak minta maaf banyak2 pd sesiapa sahaja yg pernah terguris, tersinggung, terase, sakit hati (dan yg sewaktu dgnnya) dgn aku.. antara sedar @ tidak, mungkin aku pernah melakukannya.. MAAFKAN AKU, YE!.. pd sesiapa pula yg pernah mbuat aku tguris, terase, tsinggung dsb, jgn risau.. awal2 lg aku dh maafkn.. terutama pd faizal whb, warak, dukun..

Last but not least, jgn tinggal puase yer!! jgn lupe g tarawih.. n jgn lupe anggota lain pon kena puase gak.. wassalam..

P/S : aku mengalu-alukan pd sesiapa yg nk tegur aku secara tbuka, tetapi mestilah dgn cara yg bhemah.. aku x suke pd umpat keji, hina nista dsb.. sekuat n setabah mane pon aku hadapi pancarobaa duniawi, aku tetap insan yg lemah..
And here is the rest of it.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Sunday, August 31, 2008

SELAMAT HARI MERDEKA!!!

Assalamualaikum kwn2.. sedar atau tidak, dah 51 thn negara kite MERDEKA.. korg perasan x thn ni sambutan hari kemerdekaan kurg meriah?? mksud aku, promosi & iklan yg dilakukan mengenai hari yg bersejarah ini.. (cont : kempen kibarkan bendera) tak seperti thn2 yg lps, di mana media cetak dan elektronik sibuk berlumba2 siarkan iklan ttg hari merdeka.. cuma ade 1 syarikat gergasi yg aku perasan menyiarkan iklan (baru) mengenai hari kemerdekaan.. syarikat ni klo x silap aku, mmg tiap2 thn n setiap kali kite menyambut apa2 perayaan, msti melibatkan diri.. tau x syarikat ape?? tentulah PETRONAS.. hehee..

ops, jgn salah sangka tau.. aku xde ape2 kepentingan langsung dgn petronas nih.. jgn lak ade yg wt spekulasi yg bkn2 k..!! :-D aku juz ckp bende yg benar..

ape erti merdeka pd kite yg x pernah merase jerih perih datuk moyang kite zmn dulu utk menuntut kemerdekaan?? hidup sbl merdeka?? hmm, pikir-pikirkan ler..

aku tgk bdk2 muda zmn skrg ni (ceh, mcm la aku ni tua sgt.. kui kui.. ;p), bile nk smbut merdeka, msti nk ade konsert la, nk kira detik pukul 12 la, nk tgk bunga api la, nk kumpul ramai2 nk jerit MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! la.. mcm2 lg la.. sdgkan dlm hati, xde lgsung menghayati ape erti merdeka tu sdiri.. mmg btol2 ikut cara penjajah.. (aku pon penah sambut merdeka cara penjajah ni.. hehe..) sebenarnye, bdk2 muda ni x slh.. diorg mmg x slh sbb smbut mdeka ikut budaya penjajah.. diorg x slh sbb klo xde bende2 tu sume, xde la diorg g smbut dgn cara cm2.. so sape yg bsalah sebenarnye ni?? dah tentulah pihak2 yg menganjur, merancang dan meluluskannya.. betol x??
aku selalu terfikir, nape la pihak2 ni tak anjurkan sesuatu yg berfaedah utk bangsa, agama n negara?? terutama sekali utk bangsa n agama.. (tmbh2 nk dkt bln ramadhan ni) adakah kerana mereka lebih mementingkan keutamaan utk negara? yela, negara kite kan berbilang bangsa dan agama, so mybe kerana dorg terlalu nk jage kepentingan negara sehingga membelakangkan bangsa dan agama nenek moyang asal TANAH MELAYU kite ni..

kla, xnk la ckp lebih2 kt cni.. kang kena BOM! lak aku ni kang.. daaa!! sok sembg ttg smbutan ramadhan lak yer.. ;-D

And here is the rest of it.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, August 29, 2008

GAMBAR PERKAHWINAN FAIRUZ



Assalamualaikum semua.. ni gambar perkahwinan fairuz.. aku amik dr FS adik dia.. kwn2 kite yg dtg cume eda n kudin.. eda kate nk bg gambar kawen fairuz ni, tp lmbt beno nunggu.. tibe2 aku tnmpk FS adik fairuz ni dlm FS pipud.. so aku amik la.. SELAMAT PENGANTIN BARU, FAIRUZ!! eda kate, fairuz sedih sbb kwn2 kite x rmi dtg kduri dia.. maaf ye fairuz!!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, August 18, 2008

GAMBAR PERKAHWINAN EKHYA..

assalamualaikum kwn2.. korg sume msti tertanye2, sape yg pegi kduri ekhya?? pastu sebok la nk tgk gmbo kawen dia.. tol x?? hehee.. so kt atas ni ade gmbr kawen ekhya.. tgk puas2 k!! da kurus dh dia.. kt bawah ni lak, gmbr kwn2 yg pegi kduri ekhya.. 3 org tmasuk aku.. gmbr aku je xde.. kebetulan, naha sekampung dgn ekhya, tp dorg x knl sesame sdiri n xtau pon same2 penah skolah kt mibc.. yela, mane taknye, ekhya kuar pas f3, naha lak masuk mase f4.. mase sampai kt kwsn umah ekhya, sae kate naha pon dok cni.. tros dia col naha ajak jmp kt kduri ekhya, sdgkn naha dhpon mkn kduri kt c2.. so deme dok sembg2 la.. kitorg sampai pon lewat.. ade dlm kol 2.30pm.. peja lak x dpt dtg sbb ayah dia masuk hospital.. utk pengetahuan semua, mak peja ade kaitan sedare dgn ekhya ni.. (psl 2 dpt jemputan dr ekhya).. xtau la sedara yg mcm mne.. nk tau, tny la peja sdiri k!! heheee..
p/s : klo korg x puas tgk gmbr ekhya kt cni (sbb kecik), klik jer kt "GALERI PERKAHWINAN" yer..

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, August 08, 2008

Saat Gembira....


Adi dibenarkan pulang bercuti
Assalamualaikum....

Suriani mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi memberikan sumbangan. Hampir RM300 yang diperolehi, dapatlah Nani belikan suppliment untuk Adi (Sahabat kita, Adip telah membantu untuk mendapatkan separuh harga bagi ubat tersebut) dan dengan baki yang ada dicampur bersama bantuan2 saudara lain, Nani dapat membuat sedikit bayaran ke atas bil rawatan Adi. Jadi, Adi berpeluangla balik bercuti selama seminggu ke kampungnya setelah hampir 2 bulan di HUSM. Ikutkan Julai yang lepas Adi dibenarkan pulang bercuti seminggu tapi Nani tak lepas nak buat bayaran bil. Mengikut jadual rawatan, Adi dijangka akan menjalani rawatan ini selama 2 tahun...kepada semua yang mulia, senaraikanlah sahabat kita ini di dalam senarai sedekah anda...

Adi bersama kakak-kakaknya

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, August 04, 2008

UNDANGAN PERKAHWINAN FAIRUZ ( 23/08/08 )

Kad ke-2 pula ialah perkahwinan Fairuz @ lebih dikenali sbg Yong.. same daerah dgn Ekhya.. kt batu gajah.. jom kite pergi ramai-ramai yer..!!

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

UNDANGAN PERKAHWINAN EKHYA ( 16/08/08 )


Assalamualaikum semua.. kt atas ni kad undangan perkahwinan ekhya.. korg ingt lg x?? aku mmg ingat sgt dia nih.. dia dlu kecoh orgnyer.. perangai gile2.. mmg best kwn dgn dia.. x sgka aku yg skrg ni dia jd cikgu bhs arab.. klo cikgu bhs melayu, xde la aku tkejut.. hehehehehe.. sorry ek ekhya.. katenyer cikgu KPLI.. same la dgn razak kn?? kt bawah ni, ade alamat ke rumah pehgantin.. jom kite serbu ramai2..

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Wednesday, July 23, 2008

lee selamat bersalin.. (21/07/08 - 1.20am)



TAHNIAH buat lee (ct nazirah) dan oat (sharil mokhtar).. lee selamat melahirkn anak perempuan pada 21 julai pada pukul 1.20 pagi.. ni pic anak dorg.. diberi melalui mms oleh lee n fizah.. fizah, 2 keping je aku bole ltk k.. xleh byk2.. heheee.. namanya FATIN HUMAIRA.. thanks pd hafizah yahya sbb bgtau name anak lee n oat ni..

And here is the rest of it.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

sehari di rumah eda..



Assalamualaikum kwn2.. hari ahad yang lps (20hb julai), beberapa org kwn2 kite telah pergi melawat eda yg baru abis pantang.. kwn2 yg dtg - kwa n family, peja n family, fairuz n adik dia, iza n family, ina n sae.. ni pic anak eda.. nama dia muhammad al-imran.. eda msk laksa, ayam msk merah dan mcm2 lg.. aku serta kn skali gambar kwn2 kite.. alamak sae, sori la ek.. pic ko xde lak.. heheee.. ;p

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, July 17, 2008

Suriani Yassin dan Anak

Khabar terkini Adi Rahman (17/7/2008)


Rawatan Adi masih diteruskan di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan. Suriani hanyalah seorang suri rumah, dan suaminya bekerja sendiri (kerja kampung), mereka tinggal di Kuala Terengganu (kampung). Suriani mengakui mereka tidak pandai untuk mendapatkan sokongan mana-mana pihak tertentu dan tidak tahu jalan-jalan yang boleh diambil untuk mendapatkan bantuan. Beliau telah mencuba memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan di dalam Hospital atas nasihat Doktor dan Jururawat.

Jabatan kebajikan hanya meluluskan RM250 sebagai kos tambang perjalanan beliau untuk mendapatkan rawatan sahaja. Berikutan itu, beliau amat memerlukan sumbangan dari semua yang sudi membantu untuk menanggung kos rawatan dan belanja sehari beliau sepanjang menemani Adi menjalani rawatan di HUSM. Tolonglah beliau kerana dia hanya mempunyai seorang adik lelaki manakala ibu dan ayahnya sudah lama tiada. Disamping bantuan keluarga yang Alhamdulillah walau tidak seberapa bantuan dari kalian amatlah berharga untuk beliau yang mempunyai 2 lagi anak yang sudah bersekolah.




Khabar terkini Adi Rahman (30/6/2008):


Adi telah selamat menerima mesin kemopod ehsan sumbangan MAKNA. Nani mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang sudi menghulurkan bantuan. Adi masih menjalani rawatan dan gambar di atas adalah gambar terkini Adi. Kepada yang sudi, teruslah menghulurkan bantuan agar dapat membantu Nani sekeluarga. Wassalam


Khabar terkini Adi Rahman (31/5/2008):

Adi yang baru saja dikesan mengidap leukemia berada di dalam keadaan yang setabil, cuma kendungan darah Adi selalu tidak stabil menyebabkan Adi selalu megalami pendarahan. Adi mmg memerlukan rawatan segera, iaitu membuat pembedahan untuk memasukkan mesin kemopod ke dalam jantungnya supaya rawatan kemoteraphy dapat dijalankan. Berikutan rawatan adalah segera dan kewangan agak meruncing (kos rawatan telah menjangkau RM800, kos mesin kemopod RM1000) Adi terpaksa juga menjalanai rawatan kemoteraphy iaitu melalui line tangan. Kemoteraphy melalui line tangan adalah agak berisiko tinggi terutamanya untuk kanak-kanak. Menurut nani, dapat mesin kemopod itu pun sudah memadai untuk dia, tak sanggup lihat anak yang menderita sakit dan terpaksa menderita menahan sakit rawatan lagi...

Kepada kawan-kawan, tak dapat bagi sumbangan RM sebar2kan la pada semua org, mudah2an ada yang bersimpati dan mampu menderma untuk Adi. Walau setakat RM1 pun, dengan sampainya pada 1000 org maklumat ini insyaALLAH RM1000 dah dapat....


Assalamualaikum

Sahabat kita Nani telah menghubungi saya (RA) memaklumkan yang anak bongsunya ingin mendapatkan rawatan leukemia di HUSM. Seperti yang dimaklumkan;

Mohd Adi Rahman B. Ramlee, 3 tahun memerlukan RM1000 untuk membeli alat kemotraphy bagi membolehkan rawatan terhadapnya dimulakan dengan segera. Pada petang 20/5/2008 Adi telah diambil air sum sum tulang, dan jadual pembedahan sepatutnya dilakukan pada Ahad (25/5/2008) setelah mesin tersebut terbeli. Nani memerlukan bantuan kewangan bagi menyegerakan rawatan Adi. Kepada kawan-kawan yang ingin memberikan bantuan peribadi bolehlah terus menyumbang ke akaun beliau;

SURIANI BINTI MOHD YASSIN
AKAUN BSN : 11100-29-00061969-2
0129484771




Gambar atas, Adi sebelum ambil air tulang belakang. Gambar bawah, esoknya selepas ambil air tulang belakang. Nani tinggal di Terengganu, suri rumah sepenuh masa, ibu kepada 3 orang anak, suami bekerja sendiri (kampung)...

Semoga ALLAH memberkati kita semua...




Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, July 11, 2008

CERMIN DIRI

  1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambing kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati.
  2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah kerana itu tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
  3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
  4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
  5. Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu ialah cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di suatu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
  6. Orang yang sudah hilang sifat marah itu dayus, cepat melahirkan sifat marah itu lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat munasabah inilah manusia normal.
  7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
  8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
  9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jgn putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNYA pula.
  10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan penghinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
And here is the rest of it.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, June 10, 2008

MAJLIS PERKAHWINAN KUSHAIRI


assalamualaikum sume.. ni aku sertakn gambar mase perkahwinan kushairi.. korg ingt lg x nonee?? ala, haznor aznee.. haa, dia la yg jd cameraman di mjlis kawen kushairi ni kt dewan Majlis Perbandaran Taiping.. mase bru nk mkn, tibe2 tnampak zaki.. lame giler x jmp dia.. kla, kt bwh ni gambar kwn2 yg g kduri.. silap x amik gmbr nonee skali..

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, May 30, 2008

LOBAK, TELUR & KOPI

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru. Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi tiga periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.. Setelah duapuluh minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak. Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?
Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut. "Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?" Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu. Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, May 26, 2008

Undangan Majlis Perkahwinan

Ramai jugak nak kahwin musim cuti sekolah ni. Ucapan tahniah kita awalkan kepada mereka. Hari Ahad lepas dah langsung kawan kita Norainshatun. Siapa yang pergi ye?? Kepada sesiapa yang hadir ke kenduri ainshatun, tlg bagi gambarnya bole?? SELAMAT PENGANTIN BARU, AINSHATUN!!

Minggu depan ni hari Ahad ni plak bersaman 1hb Jun 2008, kawan kita si Amir Sharifuddin plak nak menamatkan zaman bujangnye. Rumah die kat Tasek, Ipoh. Alamatnye aku tak pasti, tapi boleh tanye geng2 ipoh mesti deme tahu. Mari kita pegi buat gempak ramai2.

Satu lagi kawan kita yang dah nak kahwin plak ialah saudara Khushairi. Dia nak adakan majlis pada 8hb Jun 2008 iaitu hari ahad. Kad undangannya ada tertera kt bawah ni :

So jika kawan2 ade masa dan tak banyak agenda lain boleh la kita memeriahkan majlis kawan2 kita yang nak kawin ni yer. Undangan WAJIB dipenuhi jika tiada halangan. Kepada sesiapa yang hadir ke majlis perkahwinan kwn2 kite ni, jgn lupe snap gambar ye!! Bole letak kt blog ni utk tatapan kawan2 yg lain..
. And here is the rest of it.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, May 20, 2008

e-mail collection

Assalamualaikum

Kepada semua kawan-kawan, minta jasa baik untuk berikan email terkini dan juga email kawan-kawan SALAM yang korang selalu contact (active email address) ... send via idrisiah98@yahoo.com... (private email tak boleh display kat sini, kang abis penuh spam email korang lak kang, send kat email default kita la yek)

Saya sedang cuba mengumpul email semua sebagai 2nd method untuk sebarkan ape2 news... terima kasih atas kerja sama...

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Sungai Klah Hot Springs Park (www.malaysiavacationguide.com)

Information to all my friends...
If you are looking for a unique holiday with your family, try this park and you will be fascinated with the facilities provided here. This place was built at a cost of RM6 million and was opened in December 2003. It is reputed to be one of the best managed hot spring in Malaysia and is located 200 feet above the sea level at the foothill of the Titiwangsa Range, the backbone range of Peninsular Malaysia. Once you arrive here, you will be amazed by the lush greeneries, hills, streams and rivers that abounds in the vicinity.

The hot spring is one of the other alternative to modern day spa centres. Spas have become one of the attractions in many hotels and resorts in this region. Many believed that the natural springs have healing properties that will help to heal and detoxify toxic from your body. Those with stiff muscles, stiff joints, rheumatism, spinal injuries, insomnia and skin related problems should consider soaking themselves here.


Private Jacuzzi
If you and your family prefer to have the
privacy of soaking in a private atmosphere instead of joining the crowd at the big pool, try the normal or the superior private jacuzzi. You will need to pay RM25/hour for a normal type and RM50/hour for the superior type. Remember to book early to avoid disappointment, especially during the weekends.

Egg Boiling Activity
Families will enjoy the egg-boiling activity at this place. The water temperature at this area can go up to 100 °C and baskets are provided for those who want to enjoy this activity. The reading of the water temperature can be seen by the thermometer that are placed here. As the water temperature can scald your skin, remember to take care of your children and warn them about the danger of the
hot water.


Water Reflexology
Walk barefoot along the hot stream of water that is covered with stones. This is part of the water
reflexology that was built to enable visitor to enjoy this facility. Some said that if you are able to walk without feeling much pain on the sole of your feet, it means that you are healthy.


Board Walk
The natural hot springs board walk will lead you to the heat source of the water that comes bubbling out from the ground. Here, at the platform that is built over the springs, you will be able to experience the radiated heat from the water. The temperature range from 60 °C to 101 °C. Clouds of steam that surround the greeneries is a good sight to see especially during the night when the spot lights are activated.
Other Facilities
In making this place an even more attractive tourist spot, there is a big cafeteria that offers a variety of food and drinks. Get some souvenir from the souvenir shop nearby. If you are into burgers, try the local burgers that are sold at the stalls nearby. Toilets and shower facilities are also provided here. If you need further massage, try the traditional massage that are available during the weekends.

Dip your tired feet into this hot pool with temperature that range from 35 °C to 38 °C
Accommodation
If you would like to stay here for a night or two, there are 5 villas that are available for you to book. Villa A type costs RM600/night during weekdays and RM800/night during weekend, school holidays and public holidays. Villa B type which has 2 rooms costs RM450/night during weekdays and RM600/night during weekend, school holidays and public holidays.

Getting Here and Entrance Fees
Sungai Klah is located 10km away from the town of Sungkai in Perak. Whether you are coming from the North or the South of Peninsular Malaysia, get to the nearest PLUS Highway and head for Sungkai toll exit. The journey from Kuala Lumpur to Sungkai is approximately 70 minutes. After the exit, turn left at the junction. Travel 1km along the trunk road and turn left. Follow the signage to Sg. Klah Hot Springs Park and you will pass Sungai Klah FELDA village before reaching here.


Operating hours: 8am - 10pm dailyEntrance Fee: RM9/adult and RM6/child
Address:
Sungai Klah Hot Springs Park36000 SungkaiPerak
For reservation of private pool or more information, call
Tel: +6 05 4414 493 or +6 03 2698 3833

Related Places of Interest
If you are driving and are looking for a good local meal after your time here, head for
Bidor town and enjoy a meal of duck noodle soup, one of the main attractions in the town of Bidor.

P/s : Nak nengok gambo g ler ke web address kat title tu ye...wassalam

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Wednesday, April 30, 2008

SELAMAT HARI PEKERJA!!

SELAMAT HARI PEKERJA BUAT KORANG SEMUA.. APA ERTINYA 1 MEI PADA KORANG? APA PLAN KORANG ESOK? BALIK KAMPUNG? PERGI BERCUTI? ANYWAY, APA PUN PLAN KORANG, JANGAN LUPAKAN ALLAH DAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI PEKERJA.. KERJA ITU KAN 1 IBADAH?? ;D

KAT BAWAH NI, ADA ARTIKEL BERKAITAN HARI PEKERJA.. BACALAH YER..

Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh pekerja-pekerja tempatan pada hari ini merupakan kali yang ke-36 dalam sejarah negara ini apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.
Pengumuman itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.

Dalam penjelasannya, Allahyarham menyatakan bahawa keputusan itu telah dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai satu hari dedikasi sesuai dengan cita-cita kebangsaan dan berharap gerakan pekerja akan didorong oleh tujuan dan rasa terikat kepada cita-cita kebangsaan tersebut.
``Pengumuman itu disusuli dengan tepukan gemuruh para hadirin seminar kerana ia merupakan kejayaan yang berharga kepada pekerja,'' kata bekas Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Jamaluddin Mohd. Isa dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia baru-baru ini.
Mengulas lanjut pengalaman beliau ketika saat-saat kejayaan memperoleh cuti umum itu, Jamaluddin, salah seorang anggota biro berkenaan, menjelaskan: ``Pengumuman itu signifikan kerana Malaysia secara tidak langsung mengiktiraf Hari Pekerja yang diluluskan oleh Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).''
Jamaluddin, kini Setiausaha Kerja Kesatuan Pegawai-Pegawai Hutan Melayu Malaysia Barat, menambah: ``Saya rasa sungguh bertuah kerana berpeluang memainkan peranan dalam merealisasikan tuntutan meskipun ia sebenarnya telah diperjuangkan oleh Cuepacs dan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia).''
Langkah itu sekali gus meninggikan martabat dan kedudukan negara di peringkat antarabangsa, ujarnya.
Mengimbas kembali peristiwa bersejarah hampir tiga dekad yang lalu, bekas Pengarah Pendidikan MTUC, S. Radhakrishnan pula berkata, pendekatan yang diambil oleh kerajaan ketika itu telah menyumbang kepada situasi perundingan bukan konfrontasi.
``Sejak itu hubungan antara kerajaan dan kesatuan sekerja bertambah baik, suasana yang sangat positif di mana wujud keadaan boleh menyatakan pendirian tidak setuju dalam erti kata yang boleh dipersetujui, bukan konfrontasi,'' kata beliau yang juga bekas Presiden Majlis Tindakan Sosial Pendidik Malaysia, yang dipinjamkan sebagai Pengarah Pendidikan MTUC selama dua tahun mulai 1974 oleh kerajaan.
Hasil hubungan baik itu, kata beliau, kerajaan juga telah meluluskan cadangan MTUC untuk menubuhkan Bank Buruh pada tahun 1975.
``Projek ini membolehkan MTUC menerokai bidang-bidang baru,'' jelasnya. Bekas guru itu yang kini merupakan perunding firma guaman di Kuala Lumpur menambah, 1 Mei sebenarnya dianjurkan untuk melihat paras pencapaian semasa dan langkah-langkah yang perlu dilakukan demi memperbaiki kedudukan masa akan datang.
``Selain itu, 1 Mei bertujuan memberi pengiktirafan ke atas perjuangan lalu dalam pembangunan negara dan sumbangan para pekerja,'' katanya.
Sebenarnya kesatuan-kesatuan pekerja negara ini menyambut Hari Pekerja sebelum kerajaan mengisytiharkan cuti umum.
Usaha itu disusuli dengan tindakan V. David (ketika itu anggota Dewan Perwakilan dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Kilang dan Am) membawa usul menuntut cuti seumpama itu pada 24 Februari 1960.
Dalam buku yang dikeluarkan sempena Hari Pekerja 1973, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Malaysia menyifatkan tahun 1972 sebagai sinar harapan bagi kelas pekerja kerana perubahan pada pendirian kerajaan.
Sambutan Hari Pekerja tidak disambut pada hari yang sama oleh setiap negara yang mengiktiraf Konvensyen ILO yang berkaitan. Pada tahun 1884, Persekutuan Kesatuan Buruh dan Pekerja Berkesatuan meluluskan resolusi yang menggariskan kerja lapan jam sehari yang sah mulai 1 Mei 1886. Resolusi itu juga menggesa diadakan mogok umum untuk mencapai matlamat memandangkan pendekatan perundangan menemui kegagalan. Kira-kira 250,000 pekerja berhimpun pada gerakan Hari Mei. Bagaimanapun rekod juga menunjukkan Hari Pekerja telah mula disambut pada September 1882 di Amerika Syarikat.
``Oleh itu, tidak semua negara menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Pada peringkat permulaan, negara-negara fahaman komunis menyambut hari keistimewaan ini pada 1 Mei, manakala yang bukan komunis pada hari-hari yang lain,'' kata Setiausaha Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Getah Malaysia, A.J. Patrick.
Austria, Argentina, Belgium, Jerman, Norway (Hari Mei, 1 Mei), Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand, Perancis, Hong Kong, Vietnam, Korea Selatan dan Itali menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei, Kanada dan Amerika Syarikat (2 September), Jepun mengenalinya sebagai Hari Terima Kasih Pekerja (23 November), New Zealand (28 Oktober), Britain (6 Mei).
Bekas pemimpin MTUC itu menambah: ``Hari Pekerja pada peringkat awal disambut sebagai hari patriot untuk perjuangan kebajikan pekerja-pekerja.
``Tetapi, hari ini ia dilihat sebagai satu hari yang berlainan.''
Di peringkat awal kesatuan-kesatuan mengadakan mengikut kemampuan masing-masing, termasuk menganjurkan rapat-rapat umum dengan dihadiri antara 3,000 hingga 4,000 orang.
``Kini kemudahan bertambah baik, banyak kemudahan pengangkutan diadakan. Sambutan anjuran kerajaan pula menyediakan anugerah dan hadiah pengiktirafan kesatuan dan pekerja terbaik.
``Cara sambutan berbeza. Kesatuan sekerja seharusnya lebih ke depan dalam menganjurkan sambutan Hari Pekerja,'' kata Jamaluddin dengan merujuk cara sambutan peringkat Cuepacs pada masa sekarang.
Tambah beliau, ``pekerja-pekerja tidak merasai makna sebenar sambutan. Kesatuan tidak harus tenggelam dalam suasana sedemikian.'' Pengalaman lalu menunjukkan ucapan-ucapan pemimpin kesatuan lebih bersifat `mengapi-apikan' semangat para pekerja. Kini ia berubah sama sekali.

-dipetik dan disunting dari Yassin Official Website..

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, April 28, 2008

TIPS MENGHARGAI PASANGAN

Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boley jugak baca untuk knowledge

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya spt 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'

5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya..........

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Thursday, April 17, 2008

INNA LILLAH HI WA INNA ILAI HI ROJIUN..

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Al-Fatihah buat Ustaz Ahmad Nasaruddin bin Ismail yang telah pergi buat selama-lamanya ke rahmatullah pada jam 5.45 petang tadi. Arwah pernah mengajar Bahasa Arab Tinggi dan Pendidikan Quran & As-Sunnah. Buat sesiapa yang ingin menghubungi keluarga arwah, di bawah ada disertakan alamat rumah arwah.

NO 1, Persiaran Anggerik, Taman Anggerik, Kuala Kangsar.

Inna lillah hi wa inna ilai hi rojiun.. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah..

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, April 14, 2008

PM: Tell your family before you convert

Friday April 11, 2008
By V.P. SUJATA

PUTRAJAYA: The Government will soon introduce a regulation requiring non-Muslims wishing to convert to Islam to inform their family before doing so.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said this would prevent problems of families disputing the conversion of their loved one s when they die.

He suggested that non-Muslims who intend to convert have a form or letter declaring that their families had been told and had understood his or her decision.

Noting that there was no such regulation at present, Abdullah advised them to inform their families to “make things easier for every one .”

“We will have a regulation. When a person wants to convert to Islam, we have to ask him whether his wife knows abo ut it. If people want to convert, there is nothing wrong, why must they hide? Tell them (the family).

“We don’t want problems later when the man converts and converts the children also, when the wife has rights too,” he told reporters after chairing a meeting of the National Council on Islamic Religious Affairs here yesterday.

Abdullah pointed out that withholding such information from the family would pose a problem to religious authorities performing their duties.

He said he told those at the meeting that religious is sue s were “very sensitive” and should be tackled wisely to avoid racial tension.

This included the demolition of places of worship and funeral disputes, he said.

Abdullah also said that it was agreed that the halal certificate would now be is sue d by the Halal Industry Development Corporation (HIDC) but would still bear the logo of the Malaysian Islamic Development Department (Jakim).

He said the meeting also discussed the assimilation of Jakim’s research officers into the HIDC.

P/S : IMAGINE THESE SCENES

Scene 1

"Mum, I want to be a Muslim."
"What?! Are you out of your mind?"
"No, I'm perfectly sane. I just want to believe in another God called Allah."
"You must have been charmed. Who is your Malay girl friend?"
"I don't have a Malay girl friend. I don't even have a girl friend at all."
"Then why on earth do you want to be a Muslim for? Don't you love your family anymore? Why do you want to put us to shame by being a Muslim? Isn't being a Buddhist/ Taoist/ Christian/Hindu good enough for you?"
"I don't believe in that anymore."
"Well you can believe in anything you want but don't be a Muslim."
"Can't we talk without you raising your voice?"
"I'm angry with you. I am your mother. I have every right to raise my voice! You are going to disgrace me and your family."

Minutes later.

"Mum! Why are you taking my stuff from the cupboard?"
"I'm throwing them away. They are making you crazy."
"Mum, those are my translations of the Quran and my prayer mat. They are my things. You have no rights to throw them away."
"You dare to talk to me like that? You ungrateful son! After everything I and your father sacrifice to bring you up, give you an education? Now you want to bring shame to us by being a Muslim? What's so good abo ut being a Muslim anyway? You can longer take part in our religious ceremonies, and you can never turn back and be a Buddhist/Taoist/Christian/Hindu again."
"I am still your son."
"Go! Leave this house if you want to be a Muslim. Be a Muslim and you are no longer my son!"
"Mum, I need you to sign this form."
"What form?"
"This form will prove that you have been informed abo ut my intention to be a Muslim."
"What?!"
"So can I have your signature?"
Shrekkkk!!!
"Mum! Why did you tear the form?"
"Do you think I'd be crazy to allow you to convert into Islam? Over my dead body!"
"But... but I'll still be your daughter even after being a Muslim."
"If you consider me your mother don't even dare to bring up this is sue again. I will never agree to have a Muslim for a daughter."

Scene 2

"I am going to convert to Islam next week."
"So you fina lly confess that you have a boyfriend."
"Look, I'm telling you that I'm going to be a Muslim, whether you like it or not. It is the new requirement that non-Muslims have to inform their family members before converting. And for your information, I don't have a boyfriend."
"Good then, go ahead and be a Muslim. I will contact my lawyer. The children will belong to me." "Why do you have to bring the children into this?"
"Because they will have to know that their mother deserts them for a Muslim man."
"I've told you, I don't have a Muslim boyfriend. And I am still their mother, and I have my rights towards them too."
"Then why do you want to convert to Islam? Why can't you be a free-thinker? I have never forced you to pray before the gods?"
"I want to live my life as a Muslim. I've waited long enough. It's abo ut time I come out from the closet. You can choose to follow my footsteps and be a Muslim or you can remain in your religion. If you don't, we will divorce."
"I will not divorce you. And when you convert to Islam, you no longer have the rights to divorce me under your Syariah law. Don't think I don't know abo ut Islamic laws. Only I will have the right to divorce you in the civil court. We'll see how you live your life without a husband (since you can't remarry if I refuse to divorce you) and your children. I will make sure you lose your visitation rights to the children, so that you can't convert them along with you."
"Look can't we be civil to each other?"
"Civil? You stop this nonsense, continue your life as a non-Muslim and we can forget abo ut this whole conversation."

Scene 3

"Alhamdulillah... syukur kerana saudari diberi hidayah olehNya untuk memeluk agama Islam."
"Cik sila isi borang ini."
"Cik sudah beritahu ahli keluarga Cik tentang hasrat Cik hendak memeluk Islam?"
"Sudah. tapi..."
"Tapi apa?"
"Mereka membantah."
"Oh begitu... mana borang persetujuan daripada ahli keluarga Cik?"
"Minta maaf Tuan. Saya gagal mendapatkan persetujuan mereka. Keluarga saya telah membantah hasrat saya untuk memeluk Islam. Malah borang yang saya serahkan juga telah dikoyak."
"Kalau begitu Cik tunggu sebentar. Saya perlu menghubungi pihak atasan untuk mendapatkan nasihat."
"Tuan, tak bolehkah saya memeluk Islam sek ara ng juga?"
"Sabar Cik, sabar... kami perlu ikut peraturan. Kami tidak mahu berlaku masalah pada masa hadapan."
"Tak bolehkah pihak tuan membenarkan saya memeluk Islam dahulu, baru memberitahu keluarga saya? Apa akan jadi sekiranya saya keluar daripada pejabat ini dan mati dilanggar kereta tanpa berpeluang mengucap dua khalimah-syahadah?"
"Sabar Cik... Ini peraturan baru."

I rest my case. (taken with few alteration from pukullima.blogspot.com)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Friday, April 11, 2008

Berurus niaga dengan emas

Last Saturday my wife and two of my neighbour kak bee and kak mah went to a house of a small time dress trader (while I locked myself in a room to finish up my assignment which nerly to due). Both of my neighbour went there to pay their debt (monthly instalment and my wife just want to look up the dress. This trade sell many things according to my wife, including dress, baju kurung, headscarf and many other. My wife also said that this trader also sell gold jewellery. The trader persuade my wife to buy the gold jewellery even offering by paying in monthly instalment.

Then it come out in my mind almost instantly the rule of shariah regarding gold trading and transaction which I learn when iwas in the Fiqh class at university and the article I read recently. Many of us in this society doesn’t realize the ruling in Islam has outlined regarding transaction involving gold.

In our society, to buy a gold in monthly instalment is almost a common thing which happen everyday. They feel that gold jewellery is precious commodity and don’t mind paying in instalment. Almost all the time when they still pay the monthly instalment, the possession of the gold jewellery still at the trader. And only after they finih paying the whole price of the gold the will get it. What is the hukum regarding this transaction. Majority schools of thought (jumhur ulama’) regard this transaction is haram. This because transaction involving gold need to be concluded on the spot, meaning that the exchange need to be done in one majlis and should not be postponed. This refer to Arabic term “taqabud”. Gold is regarded as ribawi item. Therefore buying gold in deferred payment has created riba. So how can people can buy gold if it is to be pay the whole price. The answer is planning and saving. This behaviour should be in muslim.

Another issue is, lot of us buying gold jewellery in trade in mode of transaction. Where if you already have a gold jewellery and want to buy a new one by forgoing the existing one. Normally people will go to jeweller shop and ask them to value her gold jewellery. Then she will choose and pick new gold jewellery in display. The transaction concluded when the customer paying the different of the new gold and the old one (usually the new one will price more). This transaction also in the view of shariah is haram because of the element of “tafadhul” or additional. The hukum of gold transaction must be in the same weight. If you want to exchange gold, it must of the equal weight, should not more or less.

So what to do if you want trade in your gold? The answer was given by Prophet in a popular narration about Bilal Bin Rabbah buying tamar (remember tamar also regarded as ribawi item). One day Bilal come to prophet and offer him a hugh quality tamar. Then prophet asked Bilal, “how did you get this tamar?” Bilal said he has exchanged 2 kilo (or what ever the measurement mentioned in the narration) of poor quality tamar with I kilo of high quality tamar. Then prophet replied,”you should’ve sell the tamar first and buy the high quality tamar with that money”.

Now we have the solution for it. When you wanted to trade in a gold, you should sell it first completely and get the money. Only then you can buy another new gold jewellery.

* note that there is minority group of ulama in the view that the hukum of gold transaction is not applied to the transaction of gold jewellery because the function of the gold has changed.

Ibrahim – 7/4/2008

You can also read about buying gold in monthly instalment here http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=286&Itemid=93

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Tuesday, April 08, 2008

TAZKIRAH MINGGU INI : 3 JENIS HATI BENTUK PERIBADI MANUSIA

PERKEMBANGAN jiwa dan watak manusia mempunyai hubungan rapat dengan kedudukan dan bentuk hati (qalbu) yang dimilikinya. Secara umumnya hati atau jiwa manusia itu memiliki sifat hidup dan mati.

Bagi hati yang suci dan hidup (qalbun sahih) maka ia akan membawa tuannya ke jalan selamat di mana kemurniaan ubudiyahnya meletakkan seluruh aktiviti kehidupan hanya untuk Allah SWT. Bagi hati yang keji dan mati (qalbun Mayyit) pula akan membawa tuannya ke arah kebinasaan dengan menjerumuskannya ke dalam tuntutan nafsu syahwat yang penuh kejahilan sehingga lupa menyembah Allah SWT selaku khaliqnya.

Di antara kedua-dua jenis hati itu, ada pula hati Qalbun Maridh (hati yang sakit) yang masih lagi memiliki nur keimanan tetapi berada dalam keadaan yang samar kerana tidak berupaya berhadapan dengan desakan hawa nafsu.

Dalam penelitian kaum sufi, qalbu disebut sebagai nurani kerana ia memiliki kesedaran antara baik dan buruk. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang yang kami pilih dari kalangan hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-Quran), dan di antara mereka ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului orang lain dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah.

Yang demikian itulah limpah kurnia yang besar dari Allah semata-mata” (surah Fathir:32). Berdasarkan ayat ini Syeikul Islam Ibnu Taimiyyah membahagikan manusia kepada tiga darjat kedudukan:

Golongan Zhalimun Linafsih iaitu golongan yang sentiasa menzalimi dan menganiaya dirinya. Mereka adalah golongan yang derhaka kepada Allah SWT, meninggalkan perintah (suruhan dan larangan) serta mengerjakan kejahatan (kemungkaran).

Golongan Mukhtasid iaitu golongan manusia darjatnya pertengahan dengan sifatnya cermat, berhati-hati dengan melaksanakan kewajipan dan menjauhi larangan-NYA.

Golongan Sabiqun Bil-Khairat iaitu golongan yang sentiasa aktif dan proaktif dalam melakukan dan mengerjakan kebaikan. Golongan ini tinggi kerohaniannya di mana mereka tidak hanya menunaikan kewajipan, sebaliknya melakukan amalan sunat, tetap istiqamah melaksanakan perintah (suruhan dan larangan) serta meninggalkan perkara yang syubhat dalam kehidupannya.

Sayid Sabiq pula telah membahagikan kekuatan kerohanian manusia kepada tiga tingkat, iaitu nafsu amarah iaitu tingkat nafsu insan paling rendah dan hina yang hanya mengutamakan desakan atau dorongan hawa nafsu semata-mata serta godaan syaitan.

Nafsu Lawwammah iaitu nafsu yang dapat mengawal amal salih serta gemar menegur atau mengkritik diri apabila terjerumus ke dalam lembah kemungkaran.

Nafsu Mutmainnah iaitu tingkat kerohanian insan paling tinggi dan luhur. Ini adalah jiwa yang tenang lagi suci dalam keadaan kekal melakukan kebaikan amal salih.

Menurut Iman al-Ghazali, proses penyucian diri (tazkiah al-nafs) untuk mencapai tahap nafsu yang diredai seperti tahap nafsu di atas dapat diperoleh melalui jalan ilmu dan beramal. Tazkiyyah al-nafs mengandungi dua keadaan iaitu membebas (mengosongkan) diri dari sebarang sifat mazmumah (keji) mengisi (menghiasi) jiwa dengan sifat mahmudah (mulia).

Ilmu tasawuf berkaitan dengannya. Dalam pengertian ilmu, tasawuf bermaksud mensucikan qalbu dan menjernihkan roh agar dapat merasai limpahan cahaya ilahi. Amalan tasawuf dibangunkan di atas latihan kerohanian (riyadhat ruhiyyah). Pengamalan dan penghayatan tasawuf adalah bermatlamatkan ibadat dan zuhud semata-mata.

Sesungguhnya kesejahteraan, kedamaian dan kebaikan jiwa insan mukmin itu bergantung kepada tazkiyyah al-nafs. Nafsu pada hakikatnya adalah penggerak tingkah laku yang cenderung kepada sama ada kebaikan atau kejahatan. Allah mengilhamkan kepada jiwa insan itu dua ilham - ilham berbentuk fujur iaitu jalan yang membawa insan ke arah kesejahteraan dan ilham berbentuk takwa iaitu jalan yang membawa manusia ke arah kebaikan dan amal soleh.

Dua bentuk jalan ini terkandung dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa.

Sesungguhnya berjayalah orang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat “ jiwanya” (surah Asy-Syams:7-10).

Sifat qalbu (hati/jiwa) sering berbolak-balik dan sering berperang antara nafi dan isbat. Dalam ayat 1, surah Alam Nasyrah digunakan kata `sadr’ yang bererti “dada” untuk menggambarkan suasana hati (jiwa). Keadaan ini menjelaskan bahawa hati manusia itu bersifat tidak konsisten atau berbolak-balik.

“Perang batin” ini tidak akan berkesudahan selagi ia tidak mencapai kepada keyaqinan (aqidah/keimanan) yang teguh. “Perang batin” ini dapat dirasai ketika manusia ingin melakukan ibadat seperti solat, puasa, berzakat, berjihad dan sebagainya. Untuk mencapai keyaqinan maka jihad melawan hawa nafsu perlu dilaksanakan oleh manusia dan inilah yang sering disebut sebagai “jihad besar”.

Jihad melawan hawa nafsu inilah yang menjadi manhaj (jalan) mengenal Allah SWT. Qalbu (hati) perlu dijaga kerana pengaruhnya terhadap diri dan kehidupan bermasyarakat (bernegara) amat jelas; jika baik hati individu itu maka baiklah amalannya, sebaliknya jika kotor jiwa individu itu maka buruklah amalannya.

Sebuah hadis nabi bermaksud, “Ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada seketul darah (daging), apabila ia bersih, maka akan bersihlah tubuh badan semuanya dan apabila ia rosak (keji) maka akan rosaklah seluruh tubuh itu, Ketahuilah itulah hati” (Muttafaqun `Alaih).

Dalam masyarakat Melayu sering kita mendengar kata-kata seperti ‘Hati Iblis’, ‘Hati Yahudi’,’Hati Malaikat’ dan seumpamanya. Semua bentuk gelaran hati ini melambangkan keperibadian pemiliknya. Hati yang kotor (keji) boleh menjadi hijab kepada ‘Nur Ilahi’.

Qalbu (hati) terang bercahaya menjadi nur (pelita/cahaya) kepada manusia menempuh jalan baik dan haq. Al-Quran itu sendiri diturunkan menjadi huda lil muttaqin (petunjuk kepada hati yang bertakwa).

Justeru, hati mesti dibersihkan melalui jalan tarbiyyah rabbani ke dalam jiwa mukmin yang mampu dilakukan melalui amal ibadat yang dicontohkan oleh nabi dan sahabatnya serta para tabiin. Al-Quran menegaskan, “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Tuhan semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan jangan engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran” (surat al-Kahfi:28).

Hawa adalah kecenderungan nafs kepada syahwat. Ia adalah ciri tingkah laku negatif yang merosakkan kehidupan manusia. Ia menyukai, menyenangi dan merindui terhadap perkara yang dihajati atau dikehendakinya oleh syahwah.

Syahwah adalah kalimat dalam al-Quran yang menggambarkan keinginan insan terhadap keseronokan, kelazatan dan kesenangan (surah Maryam:4). Ia juga bermaksud fikiran tertentu yang cenderung ke arah melakukan kejahatan dan penyelewengan (An-Nisaa:27) dan syahwah juga bermaksud perilaku terhadap seks ( An-Naml:55).

Untuk mencapai kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan hati maka manusia perlulah mengikis penyakit hati yang bersarang di jiwanya.

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..

Monday, March 31, 2008

SALAM 98

Salam....sambutlah salamku ini
Menusuk ke lubuk telingaku laungan azimat tanpa suara ini
Menusuk hati hiba ini tiada siapa mengerti
Jauh dari keramaian yang selama ini dinanti
Rindu tajam meruncing menghiris kalbu sepi
Sepi dikejauhan takkan mungkin ku dapat lari

Puas Pasar Sarijeh ini aku jelajah
Melihat watak-watak manusia berbeza wajah
Satu persatu ku imbasi sahabat-sahabatku di Idrisiah
Aduh! ada juga iras saling tak tumpah
Tapi ku masih di sini mencari arah
Arah kaki melangkah, kata hati tak mampu ku ubah

Kata orang ikut rasa binasa
Tapi rasa ini sungguh luarbiasa
Bisa mencungkil nostalgia kita bersama
Seangkatan jatuh bangun tegak berdiri lantang bersuara
Suara kecil bermaruah takkan mungkin ku lupa
Ku harus pulang segera janji lama belum dikota

Bergema di telinga ini alunan nasyid keramat
Cita-cita besar kita dulu sudah lama tersemat
Tapi belum ku tunaikan...ahh! masih belum terlambat
Ayuh kita langsaikan sebelum masa ditambat
Sudahkah kita jadikannya sebagai amanat?!
Amanat besar tanggungjawab ke atas umat
Mulakan dari anak generasi kita bertatih membina matlamat
Taburlah benih bunga subur penguat semangat
Semangat berkekalan hingga ke garisan penamat

Guru...
Pasti tidak ku lupa jasa-jasa besarmu
Berkorban bak dian dibakar menyampaikan ilmu
Ilmu berguna sejak dulu hingga sampai seru
Biarpun mati hidup semula tak mampu ku hitung jasa-jasamu
Oh! masa terus beredar berlalu begitu laju
Lama sudah rasanya kita tidak bertemu
Bukan ku sudah lupa asalku berguru
Tapi diri ini begitu kerdil umpama berlian dengan batu
Membawa diri menongkah arus kali yang menderu
Menuju destinasi yang ku impikan dahulu
Walaupun di hilir ku kan tetap kembali ke hulu
Melihat semangat berkobar generasi baru
Pulang mencurahkan cahaya bekalan darimu guru
Tabah menabur bakti langsung tak kenal jemu


Wahai sahabat-sahabatku!
Jangan biarkan masa emas ini terus berlalu
Berlalu tanpa erti terbang ditiup bayu
Ayuh bangunlah kita bina generasi baru
Menuju era baru meniti jalan yang satu
Tiada duanya pastikan kita terus bersatu
Inilah azam besar yang kita janjikan dahulu
Setiap langkah kita ini bagaikan irama dan lagu
Tautan ukhuwwah suci ini ibarat isi dan kuku


MUHAMMAD NUR HAFIZUDDIN
DAMSYIK, SYRIA (SHAM)

Nak tau lebih lanjut?? Klik kat sini..